Monday, January 3, 2011

Pembukaan kain...

Ahhaaaii~~

Memang suka tajuk2 macam ni yek. Hampeh. Pandang ke kanan sikit dengan kepala teleng ke kanan. Ok bagus, kanan adalah positif. Apabila positif kita akan pandang pada makna yang positif jugak.

"Pembukaan Kain Tirai Untuk Tahun 2011". \(^_^)/ yeaaahh. Selamat Tahun Baru semua.. ok semua nak baru boleh? Owh suami baru ha.. hehehe balik rumah sure kene lempang tak pun kena cubit. Sekarang hobi kami berlumba siapa boleh cubit dengar kadar tekanan yang boleh melebamkan tangan. Kalau bawa pergi JAWI ni sure boleh kena kaunseling suami akak ni. hehehe sebab dia berjaya membuat tekanan yang boleh melebamkan sehingga kepekatan PH -10 (lebam gila)

Apalah yang best sangat korang dok terkinja2 dengan sesak2 orang untuk sambut new year tu. Buat lemas hidung kena nafas laju2 je dan tepaksa membesarkan diameter lubang hidung untuk membolehkan korang bernafas. lebih baik lepak di rumah dan tidur. Bunga api? ekelle.. macam tak pernah main bunga api je gaya, best sangat ke tengok bunga api di KLCC tu? Owhh terpercik sampai muka, patutlah best. Maaflah akak tak pernah nak pergi.

Tapi akak adalah pergi menyantai gedikkan diri pada 01.01.2011 di wangsa walk tu, lepas makan2 di rumah kazen di seremban. Pergi tengok wayang Gulliver. Mengikut pendapat akak tangan seni ni boleh di bagi 3 1/2 bintang. Tak boleh lawan Kak Limah balik Rumah weeiii hahaha (most recommended).

Seterusnya pergi buat duit. Memang buang duit serius. Kedai ni warna-warni menarik perhatian sangat. Ohh Tutti Frutti. Tetiba tekak mengidam. memang orang kata mahal. Padan muka sebab tak percaya.


Encik Suami pun tak percaya gak. Sekali ambillah kau sedekah makan ais krim RM18.60-

Ni akak punya murah sikitlah RM16.40.

Tak rasa pun yogurtnya...[bonda Auf] boleh ajar macam mana nak beli.

Tahun ni umur pon dah bertambah, jadi nama panggilan untuk tahun ini di belog ini ialah akak. Sekian terima kasih adik2.

Lots of Luv,
Dalee~~

3 comments:

fikaryna said...

uh..mahainya tutti fruiti..tp sdp kan..:)

Daleela said...

bolehlah wak... xdelah sedap saaaaaaaangat. biasa2 jek.

Peri PiA said...

salam

nmpk yummy!!xpenah cuba lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails