Thursday, January 13, 2011

Apa maksudnya kalau dapat hadiah anniversary macam ni hah???

Ahhaaiiii~~~

Dah lama tak update blog. Siapa menunggu entri baru, cecuba akan tangan? Jawapan yang lebih tepat sebabnya malas dan tak ada masa. Owh lupa. Turunkanlah tangan tu hah. Agak tertusuk jugaklah bau ketiak tu kan.

2 minggu lepas, makcik akak dari rawang ada bagi akak cup cakes yang comel dan sedap. Sehingga ke kek cawan [cup cakelah..] yang terakhir En. A ada bersuara "Kalau buat sendiri mesti banyak.". Akak pula mengada nak provok En. A "Kalau ada oven, semua saya boleh buat."

Berlanjutan sehingga... "Hadiah anniversary kita, saya beli oven bagi awak eh eh eh"

Alamak. Tak romantik langsung ni bagi oven. Esok2 kalau anak cucu tanya..

"Nek, dulu atuk bagi hadiah anniversary apa? Cecita cecita.."
"Bagi oven je ha..." Erk.. canggih ke? Orang lain dapat Blackberryla kan..

Tapi hadiah En. A ni akak rasa ada agenda tersendiri. Kesusah-payahan En. A men'survey' oven yang baik punya akhirnya terlaksana. Akak tak kesah sangatlah oven elektrik ke manual ke janji ada sudah.

Boleh diberi pujianlah sebab warna putihkan memang peberet akak. Tapi nak beli oven ni taklah semudah yang di sangka. Cecuba baca [Tips memilih oven yang sesuai] ni. Oleh itu, sila pilih oven yang baik punya apabila nak baking. Nanti tak adalah jadi kek masak di bahagian tepi sahaja dan tengah tidak masak.

Agenda En. A ialah nak suruh buat kek dan dia boleh makan.. Pandai betul.

Hari sabtu yang lepas, bermulalah kehidupan seorang pembuat oven.. eh silap.. baker. Akak buat cup cakes \(^_^)/. Akak membuat mengikut resepi yang di beri oleh kedai HERO di Ampang. [Cop cop nak cita pasal kedai ni. Baik je pekerja dia ni ajar akak beli barang2 nak buat cup cakes ni. Tapi malu jugalah kan.. diaorang ni suka cakap kuat2. Habis malu 1 kedai tau 1st nak buat cup cakes. "Abang2.. ajar akak ni jap, dia ni 1st time buat cup cakes".."Dik.. cakap2 perlahan sikit.. malu kat indon tu hah. 1st time nak buat cup cakes".."Kak, kat sini jangan malu, kami semua boleh ajar"...So abang tu pon ajar akak macam mana nak buat icing dan bahan2 yang akak boleh beli. *Nanti next entry akak tunjuk resepi dan bahan2nya*]


Nampak macam sedap kan. Tepung mix boleh didapati di kedai ini. Tak payah nak beli tepung gandum, tepung naik semua bagai. [susah ni sambil wat kek sambil nak ambil gambar]

Aceh ce ceh.. nak tunjuk skills sikit

Hahaha inilah hasilnya.. kat FB ramai komen too creamy.. tapi just nak bgtau.. cream yang digunakan sedap dan tak berminyak tauuu.. should try lo..


Lot of luvs,
Dalee~~

3 comments:

.:Mrs. Engineer:. said...

maksudnye, kne rajin2 wt kek...he3

eMMe said...

saya pun nak rajin cam awak la Daleela....mudah2an, dibuka pintu hati utk wat kek yg comel2...hihihi..Salam Kenal ~eMMe~

Daleela said...

yani : a ah rajin buat kek, nanti berat pon rajin jugaklah kan naik.. heheh

Emme : rajin2 tau.. nanti nak tgk dlm entry

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails