Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 28, 2011

Review W-Day | 1st year Ann : Hantaran Pihak Perempuan kepada Pihal Lelaki



Assalamualaikum dan ahhhhaaaaiii~~~

****

Sempena ulang tahun pertama kami, inginlah diri ini 'mengrefreshkan' memori2 indah dalam kotak ingatan ni. Saat yang paling indah dan susah di gambarkan. Penat, payah dan akhirnya selesai juga. Sessi 'review mengreview' di mulakan dengan hantaran pihak perempuan kepada lelaki. Semuanya di buat oleh my ibu chicken rice {hahaha. chicken rice tak ada kena mengena. Abaikan je.} dan my super ayah. Tak paham kenapa warna kuning? Meh nak cerita. Ayah cakap keluarga kami memang perlu ada warna kuning. Sama ada pelamin warna kuning atau hantaran atau baju nikah. Wuiiiissshhh ayah sikit tak agak nak suruh anak perempuan dia pakai kuning. Dah macam anak raja je tapi kulit kasar macam ular. Jadi akak play safe pilih warna hantaran jelah buat warna kuning.  


- 9 Dulang hantaran -

Sireh Junjung
Pulut Kuning
Kasut
Kemaja dan Seluar
Al-Quran
Jam dan wallet
Shaver and minyak wangi
Alat2 pembersihan diri
Tuala



Sireh Junjung

Ini ayah dan ibu yang buat. Petua untuk sesiapa yang teringin nak buat sireh junjung sendiri ialah pastikan anda menggunakan sireh india. Jangan sesekali menggunakan sireh melayu yang biasa nenek2 makan tu. Sireh melayu cepat layu [serius, terjadi masa akak tunang dulu]. Akibat dari peristiwa sireh layu time akak tunang tu, akak tanya makcik En. A macam mana sireh dia boleh segar sampai malam.

Dia kata pakai sireh India... OOoOoOoO now i noe edy.

Kayu ukiran beli di Masjid Jamek



Pulut Kuning

Yepp...ayah akak agak konservatif sikit. Penuh dengan adat dan tatasusila. Tapi kesian anak dia suka main redah je... Ni pun akak ikutttt je. Pulut kuning itu ibu yang rendam malam2 dan makcik2 yang masak dan hias. Pulut kuning yang di saluti telur dadar.

Kayu ukiran beli di Masjid Jamek



Kemaja dan seluar | SEED {if i'm not mistakenlah... dah xingatlah}

Ayah malas nak gubah2.. ayah beli bakul sangkar dan sumbat dalam tu.. dan hias sikit dengan bunga.. sekarang bakul tu kami guna buat letak barang kelengkapan En. A.

Baju beli di Isetan, KLCC
Bakul beli di Sin Ying, Semua House



Towel |Elle *brown colour

Ni sama kes seperti di atas, ayah malas nak buat gubahan tambahan pula masa pun tidak berapa mencukupi. Last minit juga tetiba bakul warna emas tak ada, yang ada cuma warna putih. Pejam mata beli sajalah....

Towel beli di Jusco *Agak murah*
Bakul beli di Sin Ying, Semua House


Jam, wallet dan tali pinggang | Fossil

Bentuk sangkar separa bulat. Ayah dan ibu gubah bersama bulu2 kuning dan sedikit fresh flower {my BFF yang letak pagi2 time nikah tu}

Jam, wallet dan tali pinggang beli di The Gardens
Bakul beli di kedai {No Name}, Semua House



Al-Quran

Ayah cakap tak payah hias2 sangat sebab ianya dah unik. Al-Quran agak kecil tapi kaabah tu yang indah sangat tau. Ayah dan ibu tambah bulu2 di tepi sahaja.

Al-Quran beli di kedai arab di Giant, Gombak



Minyak wangi | Boss dan Shaver | Phillips

Ayah susun dan gam2kan barang barang tersebut supaya tak terjatuh masa bawa ke masjid. Shaver tu consist of shaver muka dan hidung.. senang nak trim bulu hidung jugak. hahaha

Minyak wangi beli di sogo
Shaver beli di Carefour, Mid Valley



Barang pembersihan diri | Nivea

Ni pun sama ayah gam2kan semua agar tak tercicir. Ni akak beli sebab nak suruh En. A wangi dan kemas.

Nivea beli di Tesco, Ampang *ini pon nak bg tau.. hahahah*


*
*
*
*
*

Kasut | Primavera

Gambar entahlah hilang pulak CD camera man utama tu. Cuba tengok yang atas sekali tu. Hujung sekali. Ayah tak gubah apa2 cuma, ayah letak dengan bulu2 kuning tu je..

Kasut beli di Primavera, KLCC * tempat lain xde saiz


Semuanya di buat oleh ibu dan ayah. Sebab akak busy buat En. A punya sebab nak jimat. So far, semua barang2 tu dah habis di gunakan. Semua barang hantaran kami beli sendiri, tak ada sponsor dari sesiapa. PUAAASSS tak susahkan orang. 


Lots of luv,
Dalee~~



Thursday, February 24, 2011

Mencari publisiti murahan di Golden Screen Cinema, The Gardens!!!!


Assalamualaikum dan ahhhaaaiiiii~~

*******

Celebration untuk Chinesse New Year dah lama lepaskan.. Takpe2. Kadang2 benda basi memang best. Semua superstar (UHY staff) bergerak ke GSC Paradiso, Signature The Garden untuk CNY celebration dengan hati yang berdebar2. Komfem.


Ok korang nak buat gossiipp liar eh. Budak bertudung minum.*Keleeeppeekk..rasakan sepakan powerpuff gurl ini*. Itu adalah sparkling juice perisa epal yang halal dan mengunakan gelas berkaki yang tinggi. Paham!


Sebelah kiri tu ialah 'LOU SANG' selepas acara 'YEE SANG' dan sebelah kanan tu ialah main course. Check the Menu [Here here here and here]. Gila banyak kali here here here. hahaha


Lepas semua superstar makan sepuas2nya dan boleh tambah dimana akak saja yang tambah yang kurus semua tak tambah. Biarlah benda free. Agenda seterusnya ialah bergerak ke GSC theater untuk tengok wayang. Yeay akak tipu. Pergi GSC theater untuk presentation CNY.


Harapan kosong yang memang menyakitkan. Pergi GS theater tapi tak tengok wayang. Wishes for new year. Semua superstar wajib bagi speech kat depan. "owh memang gila". Rasa macam jantung nak terkeluar tapi masuk balik dan mengecil dan membesar macam sakit jantung pun ada.



Couple seat lagi you. Hi!! ini couple saya En. Zaharah.


Ok. Bagi chance pada kepala2 bahagian (head of SBU) untuk berucap dulu.


Now your turn Daleela..Tetiba akak nampak kecik. Tipu tu...Macam pemes pulak ada orang tangkap gambar sekali. [Guna speakerlah kalau nak dengar suara merdu akak ni.*ferasan*].

Last week ada review on those wishes make on dat day. Boss besar kata, akak dapat B-  sebab terlalu banyak aaaa----- aaaaa-----aaaaa----- [tengah susun ayat dalam kepala otak]. Elok2 boss nak bagi A- terus jadi B-. Fuhhh... Mencabar betul. Akibatnya pasti adakan.........Akak di jemput menjadi host di besday celebration esok. *mamppp...*. Please doakan akak xcakap aaaaaa----- aaaaaaa----- aaaaaa------- esok. aaaaaaaa------meer.*gulp tersebut nama tersayang pulak...windu*

Lots of luv,
Dalee~~

Tuesday, February 22, 2011

Housewife and Candy Cup Cakes



Ahhaaaii~~~




Pernah tengok desprate housewives tak? My ex-housemate dulu pernah cakap, akak macam Bree dalam cerita tu.. Hehehe. Ok jugaklah. Tak sure dia refer akak pada apa yang boleh menyamai Bree dalam cerita tu. Kalau cantik dan kurus tu memang tidaklah. Mungkin bab suka memasak.



***********


Comel tak? Ok.. dah tau dah memang cumel. hahaha. Akak buat untuk kazen En. A di bentong ahad lepas. Diaorang buat aqiqah untuk anak2 mereka. Ibu akak pesan kalau datang rumah orang jangan lenggang kangkong kak limah balik rumah. Mesti bawa buah tangan untuk tuan rumah. [erk...banyak pulak perkataan rumah]. It was CANDY CUP CAKE. Flavor vanila tapi akak campur sikit dengan kismis. Seronok macam main masak2.

Akak dah uploadkan gambar ni kat FB. Ada juga orang message untuk buat tempahan, tapi akak belum kompiden lagi nak ambil tempahan. Mungkin lepas masuk kelas baru terbina kompiden itu koot..itu pun tak nak buat secara serius atau nak buat promosi, buat ikut waktu kelapangan je. Hidup akak dah penuh dengan aktiviti. Tak sanggup rasanya nak pendekkan waktu tidor [hah.. engko ni daleela, tak berubah2]. 

Okay babai.. nak tidur.. eh.. silap nak buat kerjalahkan... 

Lots of luv,
Dalee~~


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails