Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 24, 2010

Perang Kuih Raya

Ahhaaaiii~~~


Salam kuih raya. Tiba-tiba...tak pernah lagi orang buat salam kuih raya. Sekarang aku dalam keadaan stress nak raya. Dalam kesibukan mencari malam lailatul qadar *Ayat membawa kepada kebaikan untuk semua-mengada*, sibuk juga mencari masa untuk berbuka puasa bagai. Nanti kami ada jemputan berbuka puasa. Time ini, En. A kata kemungkinan ada perang kuih raya. Huisshh!!! Sebelum aku pergi aku cuba membayangkan corak pertahanan dan stratergi yang akan aku gunakan untuk berlawan di perang kuih raya. Sebenarnya aku tak paham jugak corak perlawanan kuih raya itu nanti. Aku hanya menggunakan kaedah selak dan hafal * selak majalah & info di internet dan hafal resepi*.

Dengan ilmu penuh di dada dan sedikit rasa kompiden, selesai sembahyang maghrib bagai, geng-geng mak orang dan bapak orang juga berkumpul *sekarang aku dah join geng mak orang - kesian!!*

Aku dah berdebar, aku rasa diaorang nak berlawan dah ni. Cepatlah weii, aku dah tak sabar nak lawan ni sambil buat muka sopan perempuan melayu terakhir.

"Dalee, tahun ni buat kuih raya tak?" - Bedah

"Tak pastilah, buat tapi mungkin sikit je kot" - Dalee

"Bedahkan tiap2 tahun buat kuih sendiri. Bedah simpan kat tempat persembunyian tapi nanti mesti si abang Abu jumpa. hehehe. Si Tipah ni pun sama ni, buat kuih sendiri lagi banyak ni. Penuh 1 almari. Si tipah ni pun buat kuih diam2 je, tengok-tengok time raya menimbun kuih dia" - Bedah

"Bedah aku belum start buat macam kau lagilah" - Tipah

"Alaa.. Tipah entah-entah kau dah siapkan semua..eh tapikan si Temah kata dia dah siap sebelum raya lagi. Semalam dia call aku, aku tanya dia kata dah siap semua kueh raya diasebelum puasa" - Bedah

"Bedah, tahun lepas kuih si Temah tu sikit bebenor kan. Aku dapat rasa sikit je" - Tipah

"Eh Engkau ni Tipah, kita datang beraya rumah dia pun dah nak dekat habis raya, dah tentulah kuih raya dia nak habis" - Bedah

Acara menyerang aku pulak sekarang...

"Daleela, kenapa tak buat kuih?" - Bedah

"Tak sempatlah nak buat. Tengoklah nanti kalau ada masa buatlah" - Daleela

"Eh kiteorang tak buat kuih raya susah2, kiteorang beli kuih raya time malam raya. Kalau dah habis, kitaorang hidangkan jelah kuih karipap ke, kuih kaswi ke, kuih seri muka ke... Jemu jugakkan makan raya nanti"

Terburailah gelak tawa masing-masing tat kala dengar khutbah pendek En. A. Tetiba nak jadi pengadil.

OoOOooOo pening jugak bila dah kawen ni nak pikir pasal kuih rayalah bagaikan...puasa pun belum sampai ke penguhujungnya tapi dah perlu fikir kuih raya. Sebenarnya elok juga buat awal-awal ni. Nanti dah nak penghujung 10 malam terakhir tu boleh fokus untuk malam lailatul qadar. Nasib IKEA ada jual kueh raya, murah dan sedap juga kecuali tart nenas tu keras sikit jemnya. boleh buat main baling2 lepas semayang terawikh. Ala-ala di mekah nak baling batu pada si setan...ngeh ngeh ngeh..



Harga sekotak ialah RM10 - 30 biji


Lots of luv,
Dalee~~


p/s : Tunggu entri balang kuih raya. Kalau rajin nak buat DIY.. suprise. En. A kata balang kuih raya aku sebesar baldi. Senang sikit tak payah nak refill bagai kan..


Friday, August 20, 2010

Resepi : Ikan Cencaru Sumbat Special

Ahhaaii~~

Di bulan puasa ni kalau dapat makan ikan bakar memang sedapkan... Nak beli mahal nak mam~~~!! Sila cuba resepi ini gerenti sodap.. heheehehe

Bahan-bahan :

3 ekor ikan cencaru
5 biji cili merah
3 biji cili padi (kalau nak lebih pedas)
2 ulang bawah merah
sepotong belacan (sebesar duit 50 sen - pandai2lah ukur eh) dan di bakar sedikit. Jangan kasi rentung pulak eh..

*saya tak letak garam sebb belacan dah masin

Cara-caranya :

Potong ikan tersebut dari arah belakang. Pastikan anda membasuh bahagian dalamnya dengan bersih.



Kemudian mesin atau tumbuk bahan-bahan yang lain tapi jangan terlalu hancur.


Kemudian sumbatkan ikan tersebut pada bahagian dalam insang dahulu kemudian bahagian belakang.

Bakar seperti biasa pastikan bahagian dalam masak atau goreng dengan minyak yang panas gila dan api agak perlahan supaya bahagian dalam masak. Kalau lagi garing lagi sedap..

Ok sekarang boleh baca doa buka puasa... "Allahumma lakasum...."Oiitt belum2.. jam 7.30 p.m. nanti ye...


Lots of luv,
Dalee~~

Simple jekan untuk orang yang baru berkahwin... *teheee..

Wednesday, August 18, 2010

Resepi : Ayam masak kunyit

Ahhaaaii~~

Ini adalah makanan peberet En. A. Paling senang dan sedap. Kami bersahur semalam makan ni dan bihun dan bubur lambuk. Layan ye...

Bahan A :

Ayam 6 ketul potong kecil atau sederhana
Kunyit
Garam secubit


Bahan B :

2 ulas bawang merah dihiris halus
3 ulas bawang putih dihiris halus
1 ulas saiz sederhana halia dihiris halus
8 ulas cili padi di belah dua
Kacang buncis di potong halus
Tomato sekadar hiasan
2 sudu minyak bijan

Cara-caranya :

Perapkan bahan A dan goreng ayam separuh masak. Kemudian campakkan atau masukkan dengan sopan bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi yang dihiris tadi. Selepas sudah naik bau, masukkan kacang buncis dan tomato. Goreng dengan lembut dan kemudian masukkan minyak bijan tersebut.

Sekarang bolehlah kita makan atau ratah2 ayamnya..Senangkan.. main campak2 je..



Lots of luv,
Dalee~~

p/s : Ibu, sila bangga ye.. resepi ibu dah masuk dalam blog kakak. hehehehe


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails