Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 15, 2010

Tart dan Chicken Roll.. Siapa nak???

Ahhhaaaaiii~~~

Dah makan tengah hari ke kawan-kawan? Dah kenyang bagus.. boleh mula kerja dan berblogging ye tak... Ohe.. mari kita lihat apa yang boleh di isi lagi dalam perut-perut macam stokin itu... Betul tak? Auuw...Kawan-kawan kerana minat yang begitu mendalam terhadap makanan dan kehebatan saya menjaga cafe world, dengan ini saya menadaptasikan keinginan dan minat saya di sini... Saya dengan ini ingin mewar-warkan bahawa BULAN JULAI ini saya sedia menerima tempahan makanan seperti di bawah ini, mari bersama-sama kita mencekedoutnya ...



Ini namanya CHICKEN ROLLS (rasanya sama seperti TWISTER KFC) - sangat kenyang - RM3.50 - minimum order 20 keping

Ini adalah tart telur rapuh dan sedap ye....RM1.60 - minimum order 20 keping


Ini ialah Chiken PAI..sedap ohe... RM 2.50 = minimum order 20 keping



Ini ialah JEM TART (RM2.00) dan CHEESE TART (RM2.00) - minimum order 20 keping

Sekiranya anda ingin melihat menu ini pada masa akan datang, sila klik ke "MY CAFE" di sebelah atas Menu Bar atau di PAGE (side bar) sebelah kanan.

Maklumat tempahan anda akan di paparkan di ORDER HERE.. pastikan anda semak TEMPAHAN anda.

SYARAT-SYARAT lain seperti maklumat penempahan (alamat, no. tel, jumlah tempahan dan jumlah bayaran) cara pembayaran, pengangkutan dan masa penghantaran akan di beritahu dalam jangkamasa terdekat.

Saya juga akan menjual pelbagai lagi edisi makanan yang akan di war-warkan apabila stock sampai.. Saya akan pastikan semua mendapat melihat gambar sebelum anda tempah

Sekiranya anda berminat boleh email kepada saya : nor_daleela@yahoo.com atau tinggalkan 'comment' di tapak 'comment'.

Lots of luv,
Dalee~~


Ketibaan yang tiba-tiba : Makin kenyanglah....

Monday, June 14, 2010

Melaka Town untuk Di Lawati..

Ahhhaaaiii~~~

Berkurun lama juga aku tak menjejakkan kaki ke MELAKA. Lebih tepat MELAKA TOWN.. (kasi up sikit bandar melaka ...hehhehe). Al maklumlah, kehidupan belajar dulu lebih ke negeri UTARA. Aku pun tak tau pulak yang kat Melaka tu banyak tempat-tempat baru yang telah di bangunkan. Aceh.. malu sebenarnya nak habaq last time melawat melaka waktu lawatan sambil belajar darjah 6. Haaaa.. ambil..

Sabtu mingu lepas, aku telah di undang ke majlis perkahwinan anak sedara mak angkatku. Lepas je makan-makan dan tengok pengantin, dan di tapaukan dengan beberapa bungkus gulai (terima kasih yek) kami meneruskan perjalanan ke melaka town. Melaka kan banyak pantai, jadi xsahlah kalau x tinggal jejak kat pantai pengkalan balak hehhehehe..

Samapai Melaka Town aku nampak hampir 50% pembangunan baru telah di bangunkan. Pantai pon dah di tambak nak buat Taman Tema ape tah.. tak ingatla sorry..bila dah masuk betur bandar hilir... haaa.. ambik kau, jem plus tak ada parking. Jadi aku advisekan sesapa yang nak cari parking tu, park je kat mahkota parade. Sonang sikit.. Kalau agak tak larat nak jalan, sewalah beca...muahahaha..

Benda pertama aku nampak.....tegak dan utuh berdiri ialah Menara Taming Sari. Aikkk.. dulu tak ada benda ni.. Aku hanya tau ada kota A Famosa ngan Kapal..


Macam nilah rupanya.. aku dah mula gedik nak naik, nasib En. A nak join sama... Info untuk semua :

Tiket masuk :
Dewasa - Malaysia = RM20
Dewasa - IC Melaka = RM10
Warga emas - Malaysia = RM17
Kanak2 - Malaysia = RM10
Kanak2 - IC Melaka = RM5

Waktu operasi :
Isnin Khamis - Jam 10.00 a.m - 10.00 p.m.
Jumaat - Ahad - Jam 10.00 a.m. - 11.00 p.m.

Korang tau ape aku buat.. Tumpang IC orang MELAKA la.. bijak tak aku? Hawau ko.. hehehe
 

Kami tak takut ok - Boleh masuk FEAR FACTOR la aku rasa.. =). Cekedout picture dari kerajaan atas langit... eh eh eh bukan2.. dari menara taming sari


Eye on Malaysia.. Lagi tinggi darinya.. yuhoooo...

Ni yang pasti.. Aku cuma tahu yang sungai melaka telah di bersihkan dan boleh naik bot ala-ala di Venice gitu. Namun sayangnya tak sempat nak naik.. Kalau korang nak pergi di nasihatkan pergi waktu malam sebab boleh tengok perkampungan di penuhi lampu neon yang indah..Bot kau tunggu yek.. bulan 7 hamba datang..



The ship ni masih ada lagi.. pandangan dari atas menara.. tidak berkesempatan juga.. Kau tunggu ya!!

Last sekali nak bagi korang semua tengok penambakkan di lakukan dengan berleluasa...

On da way aku nak ke parking kereta..aku ternampak bot beroda bergerak di darat...

comelkan..??

Pastu ternampak beca comel gak (sowy tak smepat nak snap)..ingat nak naik, beca di melaka di lengkapi dengan sound system...sekali dia pasang lagu Andai Ku tahu (ungu).. Ha.... menakutkan jek...takutla nak naik.. sampai ajal *kalau tak paham pergi dgr lagu ni dulu eh* baru sambung baca ohe =)


Berita di laporkan,
Dalee



Ketibaan yang tiba-tiba : Super execited nak tunggu bulan tujuh, nak pergi jalan-jalan di Melaka. Nora bella.. wa tunggu lu nye homestay ni beb.. sila roger bila nak duit..


Friday, June 11, 2010

Mesin Doraemon di Ofis

Ahhhaaaiii~~~

Kebiasaannya aku sampai ofis jam 7.20a.m. awal tak? pandai pun.. memang awal gilo.. Tapi bukan aku yang pegang kunci ofis. Kalau dah awal begini xdala maknanya aku sempat bersarapan. Nak menapak ke bawah the Gardens tu pon aku malas. haiisshh unta padang pasir pon tak malas macam aku. Apa yang akan aku buat pagi-pagi ialah menyelungkup ke pantry dan menadah air milo, air teh tarik dan white coffee yang di sediakan. Rugi kalau dah ada kemudahan tapi tidak di gunakan ia tak?

Kamuorang semua pernah tengok tak mesin macam ni? Jangan tipu dowh kata tak pernah.. berlambak ada kat Jusco, Mc D, KeEfchi (KFC)... pagi-pagi kau tipu eh.. Dosa kau dowh.. Mesin ni aku memang suka sangat. Sangat sesuai untuk orang malas dan nak cepat macam aku ni.. Tambahan free.. lagi sedap kan..? Paham...


Marilah kamu orang sama-sama menikmati secara visual aktiviti penyelikupan air di waktu pagi. Weii..syyyhhh jangan bagi tau Karam Sigh nanti dia cover dalam Aduan Rakyat sebab milo selalu habis sebab aku.. hehehhehe =)


Kamu orang lihat ada pelbagai pilihan air di situkan? Tulah... kalau ada air fresh oren best jugakkan.. tak la aku habiskan air milo tu je.. =)



Ohe.. sekarang kita terjah isi dalam perut mesin tu..Kamu orang tengok port milo tu paling besarkan.. hehehehe.. Ok serbuk-serbuk minuman tersebut akan bercampur bersama air dan melalui lorong tiub putih tu..


So air akan memancut seperti di bawah ini.. Selalunya paras minimum dia ialah separuh gelas tu.. oleh yang demikian cuba tekan sekali lagi untuk kepenuhan yang maximum...

Senangkan kalau ada mesin macam ni di rumah, kalau orang datang je tekan... kalau lapar je tekan.. jimat tenaga, jimat jug sebab tidak perlu di basuh. Betulkan??? Sesuai sangat untuk orang yang komited kerja macam aku ni.. hahahahha atau kata yang lebih sesuai ialah pemalas. Karang dalam jam 3. p.m pulak bolehlah layan teh tarik pulak...Tekan je...


Luv,
Dalee~~la


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails