Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 16, 2011

Sunnah Nabi Muhamad s.a.w yang sekarang baru aku nak ikut...

Assalamualaikum dan ahhhaaiii~~~

*****

Selawat ke atas junjungan Nabi Muhamad s.a.w.
  
"Barangsiapa yang mengikut sunnahku, bermakna dia mengasihiku.” Hadith riwayat Muslim.

Mungkin  aku bukan umatmu yang baik Ya Rasulullah.. tapi aku masih mengikut sunnah mu walaupun tak banyak. Itu pun baru je kami suami isteri mengamalkan. Apakah??? Meminum susu kambing dan makan daging kambing.

Untuk pengetahuan semua, susu kambing lebih baik dari susu lembu. Kalau yang dah tahu tu baguslah. Amalankan berterusan. Yang belum tahu, baca sampai habis ye. Keadaan dunia sekarang, kita kerap kali di sodok... eh silap di sogok dengan tipu helah YAHUDI. Di TV dan surat khabar, kita di tipu terang-terangan dengan cerita susu lembu lebih baik dari susu kambing tetapi hakikatnya ia adalah helah mereka supaya kita meninggalkan sunnah Rasulullah. [kurang hajar tau Yahudi ni, nah rasakan pelempang maut baja hitam.. keleeeppeeek].

Sekiranya kita berniat minum susu kambing untuk mengikut sunnah sahaja boleh dapat pahala. Dan setiap sunnah yang Nabi ajar pada kita semuanya ada kebenaran dari segi saintifik untuk kesihatan setiap orang yang mengamalkannya. Susu kambing hampir-hampir sama kandungannya dengan susu ibu. Jadi susu kambing ni boleh jadi susu alternatif kalau ibu tidak ada susu.

Kebaikan minum susu kambing antaranya : 
• Mengatasi masalah alahan susu
• Menguatkan sistem imunisasi  
• Meningkatkan daya kepekaan tumpuan dan ingatan
• Melancarkan sistem penghadaman  
• Mengatasi masalah kulit dan sukar tidur
• Mengatasi masalah kahak  
• Memulihkan tenaga dan tenaga batin 
• Menghindarkan kanser

Tulah sekarang ni akak peminum tegar susu kambing Higoat. Campur kopi sikit kalau nak hilang bau. Haippp bukan nak promosi suruh beli Higoat tapi dekat area Ampang susah betul nak cari susu kambing segar. 

*****

Sekarang kita cerita pasal daging kambing pulak, sebenarnya makan daging kambing elok untuk memecahkan lemak di samping melancarkan perjalanan darah yang tersumbat. Dan janganlah kite berterusan membenarkan kafir laknat menipu kita. Daging kambing adalah paling kurang kolestrol. Apabila kita makan daging kambing dan terasa pening, itu bermaksud darah kita bergerak dengan laju untuk melancarkan jalan2 yang tersumbat tu. Bukan anda di serang darah tinggi. Tau tak daging apa yang paling tinggi kolestrol? Daging vavi.. [patutlah kau ni haram]

Memanglah daging kambing ni mahal, tapi elok untuk kesihatan. Sekarang ni akak rasa macam orang kaya pulak (padahal kayap), seminggu sampai 3-4 kali makan kambing. Akak suka buat kambing beratur, tidak menggunakan minyak jadi dapat diet lagi. Rasulullah pun dulu buat kambing beratur. Buat kebab kambing pun sedap woo~~ok semua selamat berkambing. Tetiba rasa nak wat business kambing. Hahaha.
Lots of luv,
Dalee~~





Wednesday, February 9, 2011

Bumper Isu Kahwin : Kenapa lelaki buncit dan perempuan gemuk selepas kahwin??

Ahhhaaaii~~

Huh.. baru nak perasan lepas 1 tahun kahwin. Dulu akak memang cute macam Sizuka dan sekarang akak bertambah cute macam adik Giant dalam kartun doraemon tu.. Siapa nak jadi Giant?? hahahaha teeetttt.. 

Siapa boleh jawab soalan akak di atas tu, akak belanja makan kat belakang Ampang Point sambil2 boleh sekodeng cikgu Linda Jasmin dan Que Haidar ajar menari....


Tengok sendirilah kan. Cakap lebih2 kecik hati. Malas nak cerita. Itu belum ada anak lagi, kalau dah anak sure cute lagi.. tapi kenapa kawan akak YAYA tu kurus jugak lepas kahwin. Eh tapi lepas bersalin tu dia ada kembung jugalah. teeetttt..sowy.

Hari ni akak membentangkan hujah2 yang boleh uolls guna pakai/buang bila ada orang cuba menembak uolls dengan soalan yang "elleh.. ko bajet ko sorang je kurus."

Fakta : Lelaki buncit selepas kahwin

Apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekaligus akan mudah membuatkan perut menjadi buncit. Faktor itu juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. [OoooOOoo..betullah ni memang terbukti]

Namun jika hubungan kelamin tidak dilakukan dalam tempoh yang lama, perut mereka akan kembali kendur dan zakar pula akan mula mengecut. Selalunya berlaku kepada lelaki yang dah bercerai, mereka yang dah lama menduda atau selalu sibuk dengan kerja sampaikan tuntutan nafkah batin diabaikan. [Mak aii..siankan...boleh ke ni? Yayang wat sit up sudahlah ye, bleh gak perut tu turun]

Kesan dari perbuatan di atas telah menyebabkan :
1. Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.
2. Mengurangkan jerawat. 
3. Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta² hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.

Fakta tak berapa nak fakta : Perempuan gemuk selepas kahwin

1. Kita rasa sudah berjumpa teman hidup dan tidak perlu menjadi menarik lagi.
2. Kita rasa perlu menunjukkan skil2 pandai memasak kepada suami dan keluarga mertua. Bau masakan tu pun dah boleh menggemukkan tau... tak percaya tengoklah chef2 tu.
3. Kita makan sama banyak dengan suami kita [memang pun..kadang2 terlebih teeeett]
4. Kita makan makanan yang berlebihan dengan alasan kesian tengok makanan tu, membazir. [Membazir amalan syaitonn...erk]
5. Kita mahu diri kita disayangi tanpa ada syarat "Terimalah saya seadanya gemuk ini". Hehehe
6. Mengandung [belum lagi lah... lempang kang]

Adakah jawapan anda sama dengan akak? Kalau awak kurus.. komen baik2 sikit eh, kecik hati kang.... Cabaran untuk kurus telah bermula semalam. Selepas makan nasi kandar 3 hari berturut2 dan kemudian timbang sekali dah hampir ke nombor sama dengan tarikh lahir.

  

Lots of luv,
Dalee~~


credit : Maskulin 2009

Tuesday, February 8, 2011

Moments naik keretapi KTMB ke kelantan

Ahhhaaaiii~~~



Moment naik keretapi memang best. Terhengat pulak jaman2 time belajar diploma dulu. Akak habit memang tak leh naik bas.. Kalau naik juga, mau 8 kali berenti nak g tandas. PHyscho tullah menciiikk.. And i believe ramai yang dah try naik keretapi dan tak tahan duduk lama2 dalam tu. Akak tak kesah lah berapa jam nak duduk dalam tu, janji akak boleh telentang. Tapi tulah tak berjaya nak pecah rekod telentang 12 jam. Yelah, ada je yang ganggu..ajak pergi cafelah, teman pergi toiletlah...orang datang check tiketlah..orang intai2 di sebalik langsirlah..

Inilah orang2 yang banyak mengganggu akak nak pecah rekod telentang 12 jam. Korang berjaya tak pecah rekod telentang 12 jam. Akak percaya belum ada lagi.. hehehe.

Dalam banyak2 moment yang best ada jugak yang tak bestnya. Kalau korang tengok gambar di atas tu, itu adalah katil bawah.. syookklah nak borak2 sambil tengok permandangan. Kami beli tiket ke kelantan untuk 4 katil bawah. Risiko2 yang akan kita hadapi bila berada di katil bawah ialah :

1. Orang minta tukar katil atas ke bawah. Alasan ada anak kecil atau orang tua. Beb.. harga pun tak sama. Nak tukar kena fikir 2/3 kali.

[Boleh akak bagi alasan akak? --> Tau tak bapak saya beratur beli tiket jam berapa? Jam 6 pagi lepas solat subuh terus beratur ambil nombor tau. Abang suka2 je nak tukar. Saya rasa kalau abang ada anak kecil, lebih baik duduk atas sebab nanti anak abang tu tak memanjat di tangga dan jatuh tergolek dok kan susah.]

2. Orang atas kentut. ---> Maaakk aiihh.. ko ni kenapa bang.. main kentut2 plak. Dah lah air-cond kuat dowh.

3. Orang asyik turun naik2 ---> Aiii Ya Allah, rasa nak lempang pun hada ni.

If next time uolls nak beli tiket tempat tidur, please remember dis tips ya..Tulah yang menyebabkan akak nak telentang je 12 jam. Naik keretapi terus tutup langsir dan tidoorr..

Ni adik akak ni ayik berjalan2. Tapi nasib dia tak ganggu orang dan buat bising.

Ni nak cerita time balik ke KL (akak dan hubby je balik). Di sebabkan banjir di Rembau dan Tampin, keretapi menghala ke Tumpat-KL akan berhenti di mentakab. Syukur KTMB tak cancel teruss.. Dari mentakab pihak KTMB ada menyediakan 4 biji bas untuk penumpang ke KL Sentral. 4 biji macam tak cukup je kan. Terpaksalah berebut (normallah Malaysia rebut2 ni). Tapi nasib akak dan hubby beratur di bas persiaran sebab bas sekolah yang di sediakan rosak di tengah jalan. Terpaksalah mereka2 dalam tu, menumpang bas2 kami. Kesian tau makcik2, pakcik2 dan budak2 kecil. Kalau nak bagi diaorang duduk, akaknya perut ni memulas lain macam. Sebabkan akak memang tak boleh naik baskan... 

Kesimpulannya, niat baik KTMB sangat2 kami hargai, cuma bab management KTMB memang sangap.. hancus.. tak adillah tiket mahal tapi naik bas sekolah, lepas tu bas rosak dan kena berdiri 1/2 jam. 1/2 jam pon lama gakkan..Tunggu akak komplen kat KTMB [kalau rajinlah dan tak ada kerja]. Akak bukan suka2 nak komplen tapi memperjuangkan orang2 yang tidak bernasib baik itu.

Lots of luv,
Dalee~~


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails