Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 3, 2010

Review : Perfume Enchanteur Adore

Ahhaaaiii~~

Weekend yang lepas aku shopping kat watson je. Rasa-rasa nak beli barang keperluan. Memang tak boleh blahlah gambar di atas.. macam nak promosi barang jualan kat kaunter je..(Ini En. A yang punya kerja, sila maafkan dia). Olay tu murah RM3, compact powder silky girl pun murah RM2, alore vera tu sunblock RM9.90 (ini permintaan orang yang suka berjemur-hahahahah) dan perfume ENCHANTEUR.



Review (Adore): Harga yang berpatutan RM22.90 (promosi). Bau yang lembut, manis dan comel (adakah bau comel). Bila dah pakai 2 3 kali, macam tak sherasi(ala-ala ajai yek) bersama dengan badan aku ni. Aku kalau boleh nak 1 lif bau minyak wangi aku. Salah satu senjata untuk meningkatkan daya kompiden aku. Kan orang selalu kata "x Cantik tak apa, janji mangi...". Kembali pada review. Bagi peminat minyak wangi Nina Ricci, bau dia lebih kurang je. Dulu aku pernah pakai yang ini, bila duit dah tak da baru tukar Echanteur. Tapi Nina Ricci lepas basuh baju, baunya masih melekat lagi. Tapi yang ini tidak pasti sebab belum basuh baju lagi...


Selamat mencuba...

Lots of luv,
Dalee~~

Monday, August 2, 2010

Bapak mertuaku tanya pandai masak ke?

Ahhaaaiii~~

Sepatutnya aku ada di Penang saat ini. Tetapi di sebabkan tuntutan kerja yang terlalu 'URGENT' macam korang sakit perut rasa nak ke tandas atau macam nyawa di hujung tanduk, terpaksalah aku melukai hati2 dan makhluk2 di Penang yang menanti kedatangan si santek manis ini.. muahhahaha...Dan terpaksalah juga bapa mertua, mak mertua dan adik iparku 2 orang menguruskan diri mereka dengan menaiki keretapi.. jangan tak tahu bapak mertuaku naik kelas mahal RM67..haiiissh bapak, saya pun tak pernah naik yang mahal tuh. Bapak sengaja ke beli sebab saya tak ikut eh? eh? eh? *teehhhhhheeee guwau jek..

Sepemergian bapak dan mak mertuaku, aku dan En. A di amanahkan menjaga adik2 ipar ku yang lagi 2 orang tak ikut tuh..Baik punya aku gosip dengan adik ipar ku, tetiba bapak mertua aku tanya :

"Mau beli ayam ke ikan ke letak dalam peti Ais?"
"Eh... tak pe pak, nanti saya beli sendiri"
"Tau masak ke?"

Dushhhhhhh.. mengecil hatiku seperti semut... huhu pantang seh aku orang memandang kecil kepada aku yang besar ni.

"Tau pak.. nanti saya masak untuk Fatimah dan Udin"

Keesokkan harinya....

Adik ipar ku Fatimah yang tak ikut itu bersuara "Kak.. bapak beli daging burger. Kalau akak ngan abang Ameer nak, gorenglah"

Wuhooo.. bapak mertua aku ingat aku ni western sangat ke? Aku senyum je dengan adik ipar aku. Untuk membuktikan aku mampu menjaga mereka2 yang tidak ikut ni.. Aku masak ohe.. Tapi aku masak di rumahku sebab ayam ada lagi setengah ekor dalam peti ais. Malas nak membazir2. Aku membuat keputusan nak masak ayam masak merah....


Sebagai bukti aku masak, aku bawa periuk2 sekali ke rumah bapak mertua aku. Nanti kalau aku pindah masuk tupperware dia kata aku belikan.. Muahahahahah sekarang boleh pergi dapur bapak mertua aku. Dah licin ayam masak merah aku. Aku yang habiskan... *teheeeee kena lah tunjuk dah habis, baru dia kata sedapkan kan kan kan?

Sekarang aku nak tidur sebab nanti nak bangun awal ambil bapak mertua, mak mertua aku dan adik2 ipar aku yang balik subuh esok...

Ketibaan yang tetiba : Kenapa aku dengar ada bunyi periuk2 berbunyi di dapur? Adakah beruang berbulu sedang menyelongkar saki baki nasi goreng yang aku goreng tadi...jap nak g check...


Sunday, August 1, 2010

Kau Sahabatku.....

Ahhaaaiiii~~~

Apa yang best sangat hari ni? Hari minggu memang best kalau dapat lepak-lepak di rumah tanpa ada gangguan. Tapi hari ini 'ISTIMEWA' kerana hari ini 'Friendship Day'. Buka je Pesbuk(Facebook) ada kawan tag 'Happy Friendship day'. Aku sangat menghargai sahabat yang pernah susah payah, suka dan gembira sama-sama, kering-kontang sesama..muahhahhaha.

Jelajah sahabat :

Definisi kawan dan sahabat bagi diriku adalah berbeza..

Kawan = Kawan boleh lepak2, gelak2, kutuk sesama.. esok jumpa lagi, next month jumpa lagi..tak payah sms tanya khabar..Next month kepochi lagi..jumpa di facebook dan comment2.. Hanya di situ sahaja definisi kawan.

Sahabat =

1. Seseorang yang menghulurkan pertolongan ketika kita tidak memerlukan
2. Seseorang yang menangis untuk kita ketika kita berpura2 gembira
3. Seseorang yang memerhatikan kita dari jauh untuk perhatikan keselamatan kita
4. Seseorang yang kehabisan duit untuk menunjukkan kita di ingati ketika hari lahir atau hari berbahagia kita
5. Seseorang yang jujur dengan segala kebenaran agar kita sedar apa yang kita buat adalah salah
6. Seseorang yang menganggap keluarga kita adalah keluarga mereka
7. Seseorang yang sama-sama susah untuk pastikan kita berjaya bersama-sama
8. Seseorang yang memikirkan kepentingan kita melebihi kepentingan dia
9. Seseorang yang tidak pernah lupa segala janji dan segala ketulusan yang di berikan kepadanya
10. Seseorang yang memberi melebihi permintaan kita
11. Seseorang yang memberi nasihat dan penyelesaian ketika kita dalam konflik
12. Seseorang yang sama2 marah bila kita sedang marah walaupun dia tak tahu punca kemarahan kita
13. Seseorang yang sama2 benci orang yang kita benci walaupun dia tak tahu apa punca kita membenci seseorang itu
14. Seseorang yang mengagumi kita walaupun kita tidaklah hebat mana dan kita tidaklah cantik mana
15. Seseorang yang yakin dengan kita walaupun kita tidak yakin dengan keputusan yang kita buat
16. Seseorang yang marah/risau kalau kita tidak makan
17. Seseorang yang sanggup teman kita di YM untuk pastikan kita tidak STRESS ketika kerja
18. Seseorang yang meyokong business kita ketika orang lain tidak yakin dengan kita
19. Seseorang yang tidak kutuk atau tikam kita dari belakang
20. Seseorang yang anggap kita seperti adik beradik

Penat dowh aku menyenaraikan semua yang pernah kamu orang buat untuk aku. Dan aku pasti banyak lagi yang sahabat2 aku pernah buat untuk aku tapi tidak mampu aku senaraikan di sini.....

Kepada sahabat2 ku Ameer, Sassaroots, United 11, Alang, Suriati, hana (syabas), Nor Laili (SMTKS), Ayu, Kak Ros, Nor Habibah, Angah, Adik Lyn, Nadia, Mohd Aswan, Elyana, NurDiana Harun, Mei Mei, Yuzi Zalila, Zadila, Eila, Intan...........Kalau aku ingat nanti aku update lagi eh..


Lots of luv,
Dalee~~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails