Ahhaaii~~~
Dalam 'ketensionan' yang amat ini, aku nak update jugak blog. Semalam aku suruh adik lelaki aku yang berumur 15 tahun datang makan dengan aku lepas waktu kerja. Setelah aku mendapati adanya kecurangan berlaku dalam pembelajaran dan perlakuan. (permasalahan remaja). Sebagai kakak yang bertanggungjawab, walaupun kau dah kawen, tak semestinya nak lepas tangan je betul tak? Kalau dah terjadi apa-apa yang tidak di ingini, tercalit jugak sikit di muka ahli keluarga yang lain. Sebelum terlambat sediakan tisu siap2 agar bila terpalit di muka bolehlah lap. Tak adalah besar sangat masalah dia.. Macam kita muda-muda dulu.. aceh..
Contoh dolu2 : aku selalu ponteng sekolah sebab ngantuk, malas nak bangun. hehehe pura-pura keluar rumah pastu patah balik tidur dalam bilik. Sebab ayah aku dan ibu keluar awal. Tetiba lupa pulak yang hari ni jumaat. Ayah aku balik rumah bapak awal jam 10. Nama pun dah ayah, dia boleh menghidu pergerakkan aku di belakang pintu bilik.. cisss kantoi.. semenjak dari itu tiadalah sejarah tak pergi sekolah. Baik sikitlah.. =)
Berbalik kepada perang Psychology bersama adik aku ni. Aku memang tak pandai sangat nak memotivasikan orang. Aku hanya pandai memotivasikan diri sendiri. Selepas menanya pada yang lebih berpengalaman dan mendapatkan point2 yang baek punya. Aku pun berpura-pura menjadi kakak yang pandai main Psychology.
"Sekolah lu macam mane? ok ke?"
"Oklah. Gua suka pergi sekolah ramai aweks. Tapi kadang2, ada budak in*** ni suka cari gaduh. bla bla bla.....pas habis sekolah gua lepak Mc D study. Tapi tulah....... bla bla tak percayalah....bla bla...Pastu nak tengok bola bla...bla... kongkonglah...nak main futsal pun..bla bla bla..."
Point pertama setle
Biarkan dia bercerita, lu dengar je dulu. Lu gelak je dulu. Layankan.
Langkah ke point ke 2
Tanya apa dia tak puas hati?
"Gua tahu bahaya buat macam tu ...bla bla bla tapi gua panas... dia sebagai...bla bla kena faham gua... gua lelaki lain... lu perempuan lain... bla bla bla..."
Setle langkah ke point ke 3
Tanya perasaan dia, lu rasa kakak and family buat macam tu sebab sayang kat lu ke apa?
"Wa tau, semua orang sayang gua... tapi gua...bla bla bla bla...."
Setle langkah ke point 4
Slow talk bagi nasihat. Mesti kasi ayat bunga-bunga kasih sayang.
"Kakak tolong lu, lu mesti tolong diri lu sendiri. Kakak slowtalk dengan ayah nanti. Papehal lu nak buat mesti ingat ibu. Kesian ibu" <-----point baik punya
"Oklah, bagi gua masa, perlahan-lahan"
Setle langkah ke point terakhir
Belanja makan sedap dan mahal sikit, investment. argghhh kopak duit...
Lots of luv,
Dalee~~
Ketibaan yang tiba-tiba : AKu rasa cam nak psycho lagi seorang minah ni. Lu jaga eh minah.