Wednesday, July 7, 2010

Suamiku ini

Ahhaaiii~~~

Pernah tengok cerita P.Ramlee madu tiga tak? " Siapa tak sayang bini oooiii" kali ini "Siapa tak sayang laki ooiii" hehehe =). Walaupun hubby ku tak sekacak brad pitt tapi dia lebih kacak dari Rosham Nor. Atau lebih tepat sama kacak dengan Terry Henry..(up sikit nanti dapat makan sedap lagi)..*ngeee*.

Mari kita berkongsi cerita ala-ala kongsi makan gitu. 2 individu yang telah bersama selama lebih dari 5 bulan terpaksa bertolak ansur demi menjaga keharmonian yek. Kau ingat senang ke nak kawen. Masa bercinta dulu, senang je sebab bantai fast food kemudian aku bukan jumpa hubby ni hari2 pun. Kalau jumpa pun lebih kurang dalam 3-4 jam. Tidak lah semua nya aku tahu hah.. dah kawen ambik kau...Ini kisah benar-sebenar2nya...



Suamiku seorang pembersih
Aku bukan nak kata yang aku ni pengotor ye, tapi jarang benar nak jumpa lelaki yang pembersih. Alhamdulillah. Confirm aku tak kan jumpa stokin dia sebelah kanan kat dapur, sebelah kiri kat atas katil. Stokin elok je ada dalam bakul. Kain tuala confirm boleh jumpa di hanger baik punya kat penyidai. Tetapi bila dah pembersih sangat tu...ermm jadi masalah juga pada si isteri yang rambutnya selalu gugur macam makcik enon tu.. mestilah kena bebel sebab rambut yang berguguran~ tu duk parking bersepah dalam rumah. "Sorry Yayang, out of control ni". 10 kali menyapu pon rambut tu ada gak di situ..
   
Suamiku agak cerewet orangnya
Cerewet yang macam mana? Sebab budaya yang berbeza, ada benda yang kita praktis dengan cara yang berbeza. Contohnya kalau aku nak makan atau nak minum, gelasatau pinggan aku mesti bersih dan KERING. Hubby aku tak.. Hubby aku dia mesti basuh 2-3kali gelas tu plus mesti BASAH. Tak payah lap. (tak payah lap tu yang best heheheh). Kawan2 ku please take note eh, raya nanti aku datang korang tolong basahkan dulu tau. *ngeee*. Itu nelum bab rambut, belum bab baju "Ok tak rambut, pacak x? Baju ok x.. seksi x"..Tapi aku suka.. sedap mata memandang sedap lagi bahu yang memikulnya..

Suamiku tak makan makanan kegemaranku
Ni yang paling lemah badan ni dowh, nama je orang penang tapi Laksa Penang tak makan. Tempoyak yang sedap tu pun dia tak layan, budu jauh sekali.. jangan haraplah. Sushi, ikan masin, ikan sardin, ikan yang di masak gulai itu semua tak masuk dalam list dia. hahahaha faham2lah kawan kalau dia tak makan makanan korang tu bukan sebab tak sedap. Semua makanan diatas tu feberet aku..ikan masin makan dengan pulut...pergghhh memang terbaik. Laksa kalau layan dengan petis otak udang..perghhh<--- tak pe kalau sekali sekala bodoh makan otak udang.. *ngeee


gambar di celok dari da-kitchenz


Suamiku seorang yang cool
Bayangkan ada orang curi parking kat rumah, kalau aku aku dah ambil kon tu letak kat belakang kerata yang kurang ajar tu. Tapi Hubby aku ni, boleh pulak dia alihkan balik kon tu. "Jangan cari gaduh" die sound setepek kat aku. Ok.. lagi, bayangkan kitaorang dah queue kereta di lampu isyarat, tetiba mamat sengal mana boleh pulak dia main celah je. Aku dah menjerit suruh hon.. Hubby boleh pulak bebel je.. Aku siap cakap "Hon tu boleh buang je kot"..sakit hati dowh..

Bezakan.. memang berbeza..2 individu yang berbeza memerlukan waktu untuk mengenali dan bertolak ansur. Janganlah asyik2 nak kene pergi rumah mak dia je kan... hehehehehe asyik2 nak layan sedara mara aku je kan.. hehehehe


Lots of luv,
Ur Dalee~~

8 comments:

W3 ToGetHer said...

hhahahahhahaahhahaah

Kancilbiru said...

"Siapa tak sayang laki ooiii" jugak....hehe.. busuk2 pun sayang jugak..muahaha

norsaritanaini said...

same..banyak yg tk sama antara keperluan dan kehendak suami dan isteri...tp sabar dan tolak ansur penolong segala masalah...

Dark Half said...

perbezaan tu menjadikan marriage korg begitu interesting :) congrats

Daleela said...

Kancil : Betul.. busuk pon sygkan
Aini : Betul.. kene banyak sabo
Dark Half : InsyaAllah. AMin.. kalau dia baca ni, die marah x? hehehhe

fikaryna said...

daleela..bagus apa pembersih..mcm en.fika pembersih jugak tp yg kena bersih nya ryna..huhu..

iedayah said...

ai..salam kenal..mr fiance ai pn pengemas sgt..kdg2 rimas..tp sebenarnye sgt2 syiok coz bkn sng nk jumpe laki pembersih teramat ...hihi..hbis r..xlm lg ai pn akn alaminye lor yang..

Anonymous said...

bagus la hubby akak......... memang laki kena cool and bersih sebab bersih 2 kn salah satu sifat nabi............ saya akn cr hubby cm akak gak mby muka die iras ronaldo kot hehehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails