Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 9, 2010

Perang psychology bersama adik lelaki

Ahhaaii~~~

Dalam 'ketensionan' yang amat ini, aku nak update jugak blog. Semalam aku suruh adik lelaki aku yang berumur 15 tahun datang makan dengan aku lepas waktu kerja. Setelah aku mendapati adanya kecurangan berlaku dalam pembelajaran dan perlakuan. (permasalahan remaja). Sebagai kakak yang bertanggungjawab, walaupun kau dah kawen, tak semestinya nak lepas tangan je betul tak? Kalau dah terjadi apa-apa yang tidak di ingini, tercalit jugak sikit di muka ahli keluarga yang lain. Sebelum terlambat sediakan tisu siap2 agar bila terpalit di muka bolehlah lap. Tak adalah besar sangat masalah dia.. Macam kita muda-muda dulu.. aceh..

Contoh dolu2 : aku selalu ponteng sekolah sebab ngantuk, malas nak bangun. hehehe pura-pura keluar rumah pastu patah balik tidur dalam bilik. Sebab ayah aku dan ibu keluar awal. Tetiba lupa pulak yang hari ni jumaat. Ayah aku balik rumah bapak awal jam 10. Nama pun dah ayah, dia boleh menghidu pergerakkan aku di belakang pintu bilik.. cisss kantoi.. semenjak dari itu tiadalah sejarah tak pergi sekolah. Baik sikitlah.. =) 

Berbalik kepada perang Psychology bersama adik aku ni. Aku memang tak pandai sangat nak memotivasikan orang. Aku hanya pandai memotivasikan diri sendiri. Selepas menanya pada yang lebih berpengalaman dan mendapatkan point2 yang baek punya. Aku pun berpura-pura menjadi kakak yang pandai main Psychology.

"Sekolah lu macam mane? ok ke?"
"Oklah. Gua suka pergi sekolah ramai aweks. Tapi kadang2, ada budak in*** ni suka cari gaduh. bla bla bla.....pas habis sekolah gua lepak Mc D study. Tapi tulah....... bla bla tak percayalah....bla bla...Pastu nak tengok bola bla...bla... kongkonglah...nak main futsal pun..bla bla bla..."

Point pertama setle

  • Biarkan dia bercerita, lu dengar je dulu. Lu gelak je dulu. Layankan.
Langkah ke point ke 2

  • Tanya apa dia tak puas hati?
"Gua tahu bahaya buat macam tu ...bla bla bla tapi gua panas... dia sebagai...bla bla kena faham gua... gua lelaki lain... lu perempuan lain... bla bla bla..."

Setle langkah ke point ke 3

  • Tanya perasaan dia, lu rasa kakak and family buat macam tu sebab sayang kat lu ke apa?
"Wa tau, semua orang sayang gua... tapi gua...bla bla bla bla...."

Setle langkah ke point 4

  • Slow talk bagi nasihat. Mesti kasi ayat bunga-bunga kasih sayang.
"Kakak tolong lu, lu mesti tolong diri lu sendiri. Kakak slowtalk dengan ayah nanti. Papehal lu nak buat mesti ingat ibu. Kesian ibu" <-----point baik punya
"Oklah, bagi gua masa, perlahan-lahan"

Setle langkah ke point terakhir

  • Belanja makan sedap dan mahal sikit, investment. argghhh kopak duit...

Lots of luv,
Dalee~~


Ketibaan yang tiba-tiba : AKu rasa cam nak psycho lagi seorang minah ni. Lu jaga eh minah.

6 comments:

Unknown said...

biasalah.. remaja zaman sekarng.
gua n kakak gua penat dah nasihat adik gua yg sorang ni. jiwa memberontak der..
masuk telinga kanan keluar telinga kanan jugak.. tak sempat nak keluar ikut kiri.
kdg2 gua malas nk ckp tapi sebab adik gua cakapkan jugak.bab2 sukan dia laju jer...

Daleela said...

Along... samalah kan.. kadang2 naik sebu perut, tersekat pala hotak.. aiiissshhh dulu kite tak le sehebat ini..takat lepak tepi bus stop kat assunta tu sambil tunggu abang awak.. biasalahkan..

~ NANA ~ said...

wah wah wah...

bestnye dapat kakak cmni...

last2 umpan dgn makanan...

kekekeke

Unknown said...

tu ar lepak2 biasa la..
tapi takde la smpai ponteng2.. ponteng tidur dlm toilet ada.. lalala

NomborSebelas said...

sempoinya akak...nak jadi adik akak buleh dak?


:D




http://nomborsebelas.blogspot.com

Kujie said...

ada anak bujang pun dengan masalahnya

semalam pun telefon anak bujang tu
harap2 dia ingatlah nasihat mak2 ni sebab sayang tak mahu dia orang tergelincir dari jalan yang tidak sepatutnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails