Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 30, 2012

Happy Anniversary ke 2... yawww!!! Alhamdulillah...


Assalamualaikum dan aaaaahhhhhhaaaaaiiiiii~~~~


**************************

Al-kisah tersebutlah kesah, perkahwinan ku sudah mencecah 2 tahun. Alhamdulillah... Rasa mcm eh.. bukan 20 tahun eh...kuikuikui... Akak ni memang sekarang bajet ketat, tak payah lah nak berkoya sangat nak berhoneymoon bagai.. Harap di ampunlah ye wahai hati. Nanti bila bajet dah tak ketat2, kita boleh pergi bakar duit kat mana2. Lagi pun akak tak la terasa sangat sebabnya En. A memang dari dulu tidak memanjakan akak dengan hadiah yang grand2 gitew.. helikopter macam jejai ngan pasha. Jadinya, perasaan kurang enak bila tidak dapat sesuatu hadiah di hari jadi atau di hari ulang tahun tidak akan singgah sama sekali... Wa.. rock la guaa... (Terbakar api nampak asapnya.. terbakar hati ade ke orang nampak?) hahahhaha

Semakin hari umur kita makin meningkat dan makin banyak benda kita lupa. Jadinya, akak membuat sesuatu agar ape yang terjadi sepanjang perhubungan akak dgn En. A ni tidak di lupakan setahun demi setahun. Sebenarnya kita meng'educate' pasangan kita agar perkahwinan ini bukan sahaja tanggungjawab, tapi lebih dari itu... Tak payah rasa tertekan sangat sebab nak jadi seorang romantik, cukup la sekadar menjadi kawan baik. Nak sembang apa ja.... bola? politik? artis? musik?? InsyaAllah boleh... 



Sepatutnya plan nak siapkan pada hari sabtu lepas. Tapi tetiba keadaan kesihatan tidak mengizinkan... tak jadilah suprisenya... Selamba badak sumbu buat depan En. A. 

"Yang.. nape awk buat semua ni? nak masuk contest ke?"
"A ah.. contest DIY Card"
"Hadiah di ape Yang? Pergi bercuti ke?"
"Bukan hadiah duit 2K"
"Bagus2... kasi menang k"

Pastu, akak pun siapkan semalam sambil tgk AJL 26 tu... ngam2 benda ni siap jam 12.00 p.m. Pastu akak suh dia baca semua yang akak buat tu... En. A plak tak mo kosentrate sebab game Arsenal dah nak mula.. hampeh tol... bila dia dah habis baca tu, akak ucaplah "Happy Anniversary ke 2".... 

"La... bukan contest ke? xdelah 2K ni?"

Eh.. Eh.. Eh.. ada yang kena buku 5K ni..

Senyum....


Lots of luv,
Mummy Dalee~~


Thursday, January 19, 2012

Jalan-Jalan Cari Makan : Bumbu Desa, Mid Valley



Assalammualaikum dan aaahhhhaaaaiiii~~~~



**********************


Bagi yang mencari citarasa lain selain dari Korea, Jepun, Mamak~~, Masakan Kampung dan Cina. Mungkin boleh mengubah selera ke masakan Indon. Bagi mereka2 yang biasa ke Bandung dan Bali. Mesti anda termimpi2 masakan ni. So far, akak pernah makan nasi ayam penyet. Masih boleh terima dan sedap jugeeeeek.. So dis round birthday celebration kiteorang nak cuba kedai Indonesia ni....




Bumbu Desa maksudnya tidak lah akak tahu.. #takpentingkot
Level 2, Mid Valley (next to Machine store) 

Selalunya akak nak pergi makan sesuatu tempat akak akan call untuk reservation. 




 But then bila akak sampai, tak adalah ramai orang. Tapi tempatnya selesa bangat dong!! Bisa feeling Bali dengan alunan musiknya yang nyaman....

 Makanannya boleh di pilih mengikut dari menu book atau pergi aja di kaunter itu untuk pilihan makanan kamu.



 Kebersihan dan serbisnya amat bagus.




Makanannya banyak gini, di makan seramai 10 orang. Ada lebih dari 6 Menu dengan ayam dua jenis, ikan stim dan ikan masak asam pedas, sayur 3 jenis, udang goreng tempura dan 2 jenis nasi lewat dan nasi biasa. Air 10 jenis (harga dari RM7.90 -10.00).Total damage hanya RM290 termasuk service tax. Makanannya memang boleh di puji. Sedap bangattt...Most recommended. Rasanya di KLCC pun ada. Harga2 dan nama menunya seperti ini :

Talapia Pesmol 1 ekor -RM21.90
Asam Pedas Patin 1 ekor - RM8.90
Ayam Bakaka 1ekor - RM36.90
Ayam Bakar 3 ketul - RM29.70
Kailan - RM6.90
Tumis Jamur - RM6.90
Terung Bumbu - RM6.90
Udang Tempura - RM22.90
Nasi Putih 5 orang mkn - RM10.00
Nasi Liwet 5 orang mkn - RM14.50
Gado-gado - RM7.90
Coconut juice - RM8.90
Starfruit Juice - RM8.90
Ice Lemon Tea - RM7.90
Apple Juice - RM8.90
Red Bean Ice - RM7.90
Honey Dew Juice - RM9.90
Soda gembira - RM7.90
Hot Lemon Tea - RM7.90


Aduii.... enggak sanggup nonton muka sendiri begitu lebar di depan itu...

**********************************

Lots of luv,
Mommy Dalee~~

Tuesday, January 17, 2012

Peraduan Cuti-Cuti bersama Kotex - Hadiah saguhati pon jadilah...


Assalamualakum dan aaahhhaaaiii~~~

Pembuka tahun baru yang baik untuk kami sekeluarga...bermula dari tahun kalendar Islam dan kalendar omputeh ni.. Alhamdulillah rezeki melimpah2. Cuma kadang-kala akak takut rezeki yang melimpah ni akan menjauhkan kami dari Allah.. harap2 tidak begitu.

3 bulan yang lepas akak ada masuk Peraduan Cuti-Cuti bersama Kotex. Hadiah Utama ke London. Ni ko toksah nak harap sangat. Hadiah ke 2 ialah ke Korea...ni yang mendorong akak masuk. Naaaaaaaaaakkk sangat g bercuti ke sana  tanpa keluarkan duit poket sendiri, boleh? Jawapannya memang tak bolehlah..#kedekut.

Atas bantuan rakan2 yang baik hati dan adik2 ipar, terkumpullah hampir 25 keping plastik kotex...Memang xharap nak menangpon, cuma saja nak gatal2 kot2 dapat complimentary tido kat hotel ke... #bapak kedekut ko ni...

Walaupon xdapat pergi bercuti... tuah ada la sikit, mungkin hasil tuah dari orang2 yang membantu mengumpul plastik kotex tu...hadiah sagu hati cabin luggage bag.. 



Akak suruh dieorang hantar kat rumah... tapi syarat mereka, mesti di terima oleh pemenang. Hangkutlah si kurier tu ke ofis akak... Segak beg ni.. pink polkadot giteewww!!!




Ni beg ni dah terkangkang angkara boss akak.. dia nak pinjam bawa gi Europe next week... bertuahnyalah beg ni, ko yang pergi obersea dulu.. tuannya belum pon...




Kerana kemenangan ini atas bantuan kwn2 dan adik2 ipar, sudilah kiranya akak berkongsi beg ini dengan mereka. Terima kasih tak terhingga kepada Sue annd friends, Zaitun, Shafinah, Fatimah, Alang, Karen, Hidayah, Sofia, Jnab, Zaharah dan Tina... bergilir2 korang guna sehingga beg tu dah xberoda ok?


Lots of luv,
Mummy Dalee~~

Monday, January 9, 2012

Kita dating-dating tahun baru ye!!!



Assalamualaikum dan aaahhhaaaaaiiii~~~~~
********

Seronot jugak ye dak dating-dating macam zaman bercinta. Tapi dis time tak payah nak wat report lah kat ayah ibu kan. Katanya berjalan ngan Sang pencinta acececece..... En. A. Rasanya memang dah lama sangat kot kami tak berdating-dating menghabiskan duit gaji laki bini yang tak berapa nak banyak ni.... Duit boleh di cari, yang penting kita happy... weeeee.. 

Ok ini cite betul, semenjak kawen, akak memang tak pernah lah dating ngan En. A di KLCC... ape kelas ko dating kat situ... Rasa cam minah dan mamat Indon/Bangla/Nepal/Myanmar dan sekutu negara se Asian <------- ini lah reasonnya kenapa kami tak pi. Tapi tibe2 rasa itu datang pada awal tahun baru tu. Nasiblah En. A ni boleh kauwtim siap ngajak nengok wayang....  Ok layankan je....

Bangun pagi.. gosok gigi.. pergi pasar muhibah kg. pandan breakfast. Kedekut ek nak breakfast kat KLCC...Siap menggelabah cari parking yang murah.. Ade akak kesah. Jimat itu bijak ok? Kepada sesiapa yang tak tahu.. spesis akak la, 2 tahun sekali datang KLCC.. parking keta kat Avenue - K murah jugak lah.. 1st hour - RM3, subsequent hour RM1.50. Akak samapi jam 10.50 a.m then keluar jam 6.30 p.m. = RM10.00 ok la teeeww..


 
  Ooppss.. terpanjat boboi... gumuks eh.. ok lepak2 makan buah lepas beli tiket wayang. Masa ni pendatang2 tak berapa ramai sikit. Baru feeling mcm CLASS ko lepak KLCC..Amboiii En. A pon bukan main silang kaki.
 


Pastu jalan-jalan tengok kedai apa yang best... Ada kedai candy wah.. feeling lagi.... macam budak2 umur 20-An. Sebenarnya, customer tak di benarkan bergambar. Bab ni tak berapa nak faham sikit. Kenapa tak boleh tangkap gambar??? At least orang boleh promote kan.. Kedekut macam idea tu hak milik ko sorang. Bukan dekat Singapore pun ada ke macam ni...... Niat sebelum datang tadi memang kalau akak teringin benda tu.. akak xnak tgk harga dan main beli je.. acecece sekali pilih candy teringat pulak ada yang kena kencing manis ni. Check up doc tak lama je lagi. Besar sangat kot coklat tu...kasi sedap hati.. so cancel...



Ok yang ni tak boleh cancel sebab benda ni barang baru beb..!!! Garret pop corn. Cam poyo ko punya pop corn macam sedap nak jual memahal. Harga pon tak ingat.... Small size RM16, Medium size RM36 dan Large tak berapa nak ingat.. (Sebab mahal benor). Akak ambil Medium size sebab yang kecil tu rasanya tak muat kot tangan En. A nak seluk....



Demm big man... lebih besar dari lubang hidungku.. Yang ni akak ambil Caramel crispy Macademia.... Sedap ya ampun.. tapi manislah.. jgn makan sekali gus..Pas dah ronda2 tu, kami ingat nak pi makan dulu sekali tengok DOME ramai plak orang. Ok takpe, pi tengok wayang dulu. Tapau hotdog dan corn cup lagi. Lepas wayang habis, baru lah kejang kelaparan. Penat turun eskalator dengan harapan DOME tak ramai orang. Ok fine, lagi tambah ramai orang. Mungkin depa nak minum petang. Malas cita panjang, kami masuk dannnnnn.... bad experience started now.......

Dis is the 1st time akak masuk DOME KLCC, mungkin expectation akak lebih tinggi dari DOME, THE GARDENS. Tapi sayang seribu kali sayang.... tak kurang macam akak lepak makan kat food court KLCC level 3 tu. Too crowded and waiter kurang sopan. Ok dis thing akak boleh maaf kan lagi sebab mungkin orang ramai... but then comes the food la baaiiiii.....



Chocolate ice blended kot. Akak pon tak berapa nak ingat sebab ni air En. A. Ok.. this no complaint totally delicious....

 Kesiankan....konon surf internet pakai i-pad.. puuiii


 Wedges overall ok... as expectedla...



Ok yang ni grilled steak which akak recommend En. A ambil yang ini. Sebab masa akak makan kat The Gardens tu memang sedap.. juicy... tapi bila akak  tanya En. A, dia kata burger Ramly lagi sedap!!!! Uik biar betol ni...Then akak pon rasalah... memang xrasa apa garam ape pon xdelah... memang nak marahlahkan....  Akak pon offer En. A makan akak punya Fish and Chip.



 Memang sedap, tapi bila perasan ikan tu tak masak daaaa..... kejam sungguh... Haiiisss really really dissappointed. Tak tunggu lama, then minta bill. Bill dan bayar pon akak kena tunggu sampai 1/2 jam.. what the.... sebab dah lewat akak malas nak panggil manager. My suggestion, if anyone nak try dome, better pergi The Gardens.. If you not satisfied with the food call them and they will exchange with the new one. Seriussssss!!!


Pepatah kata langit tak sentiasa cerah tu memang betullah.. awal2 tu je yang gembira.. di sebabkan makan kat DOME ni terus mood kami SPOILT...Akak dun mind nak bayar mahal2 kalau sebab makan.. tapi bior berbaloi sikit..


Lots of luv,
Mommy Dalee~~


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails