Wednesday, December 28, 2011

Sisters till Jannah.....



Assalamualaikum dan aaahhhaaaaaiii~~~


**************

Mari sesama nyanyi lagu.. InsyaAllah...InsyaAllah.... (lagu maher zain tapi memang xde kaitan dengan cita ni). Akak sangat bersyukur sebab Allah sentiasa mengurniakan akak insan2 yang terbaik untuk berada di sekeliling akak. Ni adalah salah satu lagi masterpiece yang Allah kurnia kan... Masterpiece.. gasak kat situ.... Mereka ini sangat berbeza dengan manusia2 yang akak kenal. Kasih sayang mereka di luahkan dengan cara begitu kasar. Memang sangat susah nak jumpa spesis macam ni. Kasar tapi baik hati. Mungkin di takdirkan kami jumpa di bilik TV masa belajar diploma dulu. Pun tak paham kenapa nak ada bilik TV kat hostel kiteorang. 

Style akak, kalau itu kawan yang boleh terjun dan mati sama.. akak sanggup berkorban apa saja.. kadang2 kongsi duit macam boifren gf... Selepas semua menamatkan zaman diploma.. ada di antara kami yang dapat sambung degree dan ada yang sambung jodoh.. hehehehe kawenlah tu.. tapi kami masih berhubung.. Perjumpaan kami ahad lepas akak rasa perjumpaan yang terakhir untuk tahun ni... tak tahu tahun bila lagi kita dapat gather sama2...Ada yang dapat sambung dpli, kpli, pastu kena posting kerja ke mana hala... tinggallah akak yang kerja swasta tanpa perkembangan selain dari perkembangan badan..




Kitaorang memang macam ni selalunya kalau nak jumpa, mesti jumpa kat tempat makan..... Terasa begitu bahagia... cuba kalau setting g jalan2 kat KLCC.. memang alamat ko cancel memanjang... Korang tengok bila memasing jumpa, suami memang kena tinggal kat hujung2.... hahahha

Rasanya sampai sepuluh bulan pon takkan habis bercerita kalau berjumpa dari luar hingga ke dalam surau bercerita. The best part masterpiece ni kalau g mana2 susah nak tinggal solat.. Pernah sekali akak malas nak solat.. akak wat lambat2... pastu dieorang macam dah hidu penyakit malas solat akak ni... sekali kena sound "Takpe2 ko xnak solat kat sini takpe2.. jap lagi kiteorang bawa ko g temple ke kuil ke senang ko pusing2 je"... Erk tercekik akak mendengarnya....



Actually kami ada nama... United 11... meanings kami ada 11 orang.. semua 11 orang tu kami rapat.. So makcik pakai spek mata dan budak comel di atas tu ialah orang pertama yang kawen dan inilah anak buah kiteorang yang pertama...Tahun depan dah darjah 1.. ape tak gila..haiiishh..tak boleh nak feeling muda lagi...Masa makcik ni kawen, kami ramai2 berkampung kat rumah dia. Semua ada kerja2 yang perlu di lakukan. Di sebabkan akak memang suka menggosok, akak pon volunteer nak menggosok. Sekali akak sudah melobangkan veil nikah dia daaaaaaaa...... koma akak kejap. Orang tu dah lah tengah siap2 nak gi nikah... Waaaaaa... tapi dia xmarah pun, siap gelak lagi.. Whatever it is.. I love u bebeh!!


Ni anak buah kami yang ke 4 'the only guy'.. acecece somel plak tu...Makcik ni plak akak kenal dia dari sekolah lagi. Tapi masa sekolah tu rapat gitu2 je.. Tapi sekarang ni memang macam adik-beradik. Lagi satu mak dia punya nama sama dengan mak akak... dan kebetulan mak dia kawan dengan ayah akak.. Lawak nak mampus. Kalau kiteorang gaduh mesti sampai kat mak bapak.....Dia pernah kata akak pukul dia ngan hanger.. sebenarnya akak mengamuk kat pintu locker, then akak gi pukul locker dengan hanger sekali terkena dia.. Dia pulak dah mengamuk.. adoiiyaiii sooooo budak2 lah... 


Makcik yang depan sebelah kiri tu yang paling ganas sekali. Cakap mesti jujur macam sinchan. Kalu akak bau busuk memang busuk lah dia kata... Kalau akak hodoh pakai baju tu, memang hodohlah dia kata...

Makcik yang depan sebelah kanan tu yang paling sopan santun. Kalau mak2 jumpa dia, memang berkenan wat menantu. Kalau nak wat luahan perasaan pon dia adalah pendengar yang baik. Dulu pernah kejap dia lari dari kiteorang sbb terlalu sedih dengan kehilangan ayahnya.. Now dia ngah tunggu offer posting cikgu. Haisshh doa2 kamu tak pergi jauh2 sangat..

Makcik yang belakang bertudung putih tu adalah pakar ekonomi.. cakap mesti fakta punya tapi kalut mengalahkan doralin.. kuikuikukui mampu membuat rekod tido tanpa bangun time uzur. Korang ada?

Makcik2 lain ada hal memasing dan ada yang jauh di sanun tapi tetap di hati....Bai, Wani, Nora, Nissa, Kak Yan....Happy gila kot semua datang masa wedding. Itu pasti tak ku lupakan.. maksudnya akak ni yang spesial kat dieorangkan? kan?kan? (^_^)

Last but not least kredit to Syarifah Aisya a.k.a angry bird yang menangkap gambar di atas.... Budak ni sangatlah cerdik. Kalau nak korek rahsia mak pak dia...tanya je dia.. mesti dia bagi tau.. kahkahakah...


Hope our friendship last till Jannah.. InsyaAllah....(Speaking skit baru bleh masuk geng hijabster upppssss)

Lots of lov,
Mummy Dalee~~


Tuesday, December 20, 2011

Pantang jangan makan untuk ibu mengandung


Assalamualaikum dan aaahhhaaaaiiii~~~~


*******************

Nampaknya baton bertukar tangan setiap tahun, belum pernah putus lagi. Ni kat ofis akak ni dah bersilih ganti. Paling kelako nya ada 1 department dapat baby baru... dah kenapa produktif sangat korang ni.. Kan dah kena cari staff baru. Baru Kak wani tu bersalin, dah dapat berita ada orang baru peknen. Si Tina merangkap recieptionist. Akak risau boss draft handbook baru mengecualikan pregnancy.... Owhhh no no...wait for me ya boss. Paham2 jelah kat ofis ni kebanyakkan nya bukan bangsa Melayu... tapi dieorang concern lebih pada ibu2 mengandung ni... itu tak boleh makan.. ini tak boleh makan...so akak curi2 dengar and here i'll share with u :

* Tak boleh minum ais dan air sejuk sebab tak elok untuk kesihatan baby.. nanti baby cepat sakit

* Tak boleh makan agar2, jeli, lai che kang dan cincau sebab benda2 ni termasuk dalam kategori benda2 sejuk dan kesan nya seperti di atas

* Tak boleh makan seafood seperti udang, sotong ketam dll kerana dikhuatiri makanan seafood ini berasid dan menyebabkan keadaan tidak baik untuk baby

* Tak boleh makan nasi lemak (part ni paling lemah sekali) kerana nasi yang berunsur lemak tu tak boleh di hadam dengan elok dan boleh membahayakan kesihatan baby

* Tak boleh minum teh, teh ais, kopi dan nescafe sebab minuman ini berunsur angin dan tidak elok untuk kesihatan

* Tak boleh makan sebarangan buah.. pada awal2 trimester ni di galakkan makan buah jambu je.. jambu je.. jambu je...

Setakat ini je yang ingat.. kalau ada lagi akan di update dari semasa ke semasa. Akak rasa cinanya pantang larang lagilah kuat.. tapi kalau untuk kebaikan, terima jelah ye dak..Amalan Islam yang lain jangan pulak di lupai dan jadikan amalan. Kalau malas nak baca, download kat youtube dan sebelum tidur tu dengar2lah...


Surah-surah amalan ketika mengandung
    • Al-Fatihah dan ayat Kursi
    • Seluruh surah Yassin
    • Seluruh surah At-Taubah
    • Seluruh surah Yusuf
    • Seluruh surah Luqman
    • Seluruh surah Maryam
    • Surah An-Nahl ayat 78


Thursday, December 15, 2011

Bantuan RM500 .....nak bantuan lain juga...



 Assalamualaikum dan aaaahhhaaaaiiiii~~~~

Kita semua tahu yang kerajaan terlah 'bermurah hati'  memberi bantuan RM500 kepada sesiapa yang layak. Borang2 yang pastinya telah lama di nanti2kan oleh rakyat akhirnya di 'releasekan' pada 7 Disember 2011. Bila wujudnya keadaan seperti ini pasti ada orang yang bijak pandai mengambil kesempatan. Borang palsu yang di cetak dengan penambahan item2 yang tidak di nyatakan di borang asal.



Mengikut borang asal, kotak nama bank dan no akaun tidak wujud. Ia di reka oleh pihak2 tertentu untuk tujuan yang tidak baik. Jadi berhati2 lah sebelum terkena ye..Syarat2 kelayakan tolak tepi dulu yang penting mesti 'apply'. Tapi risikonya sangat tingg...

**************************************************

Ramai yang kata bantuan ini di beri sekadar ingin memancing rakyat untuk terus mengundi Barisan Nasional di PRU 13 yang di jangka akan di adakan pada awal tahun depan. Sebenarnya tepuk dada tanya selera. Kalau kita pikir secara negatif, begitu lahkesimpulannya. Tapi kalau kerjaan tak bagi, rakyat bising kata kerajaan kejam. Betul?

Entry ini bukan berunsur paksaan atau memihak kepada mana2 parti...cuma apa yang saya cuba sampaikan ialah apabila BANGSA kita tidak lagi MENYATU.
Sejenak fikir dan tanya bersama?

1. Di manakah saya mula2 kenal ABC?
Tadika Kemas, Gemencheh

2. Di manakah saya berlajar dulu?
Sek kebangsaan yang di biayai kerajaan

3. Di manakah saya sambung belajar?
Di Koleh Yayasan Pelajaran Mara dengan pinjaman duit MARA

4. Di manakah saya melanjutkan lagi pelajaran?
Di Universiti Utara Malaysia dengan pinjaman duit MARA

5. Di manakah saya bekerja sekarang?
Di syarikat swasta

Apakah yang jelas di sini? Semuanya dengan ketentuan ALLAH dan bantuan Kerajaan dan bagi kes saya, no. 5 adalah tidak relevan tapi kalau bagi yang menjadi penjawat awam. Ya.. dari awal kelahiran sehingga sekarang semua dengan bantuan kerajaan. Ini adalah kerana ibu bapa kita yang memilih yang terbaik untuk kita pada masa dahulu. Apa yang mereka nampak sekarang adakah sama dengan apa yang kita nampak sekarang? Agaknya sampai bila bantuan ini dapat di rasai?

Bagi yang begitu radikal mengatakan kerajaan sekarang tidak layak menerajui Malaysia.. Fikir2kanlah kembali. Mesti yang ada yang menjerit.....

1. Kuat rasuah
2. Makan duit rakyat
3. Ketidak adilan
4. Ketidak telusan

Fikirkan kembali

1. Adakah pihak lain tidak akan wujud rasuah?
2. Adakah pihak lain tidak akan makan duit rakyat?
3. Adakah keadilan berlaku sekiranya pihak lain menerajui?
4. Adakah pihak lain akan melakukan setelus2nya?

Sekurang-kurangnya mereka :

1. Yang makan duit rakyat itu bangsa kita dan mereka tidak pernah mengurangkan hak2 keistimewaan orang Melayu.
2. Rasuah tidak hanya terjadi di kerajaan kita, tapi juga dalam perniagaan.
3. Keadilan seperti mana lagi yang kita mahu selepas kita di beri keutamaan dalam sistem pendidikan, sistem pinjaman, rumah2 PPRT dan siapa yang menduduki kediaman betaraf hotel di PUTRAJAYA?
4. Ketelusan seperti mana kita cari selepas saudara2 kita yang gagah berdiri memegang Panji bulan hijau dapat memasuki Universiti2 tempatan?

Saya tidak kata rasuah dan makan duit rakyat itu perkara yang baik. Yang salah tetap salah... Apa yang telah didedahkan sebenarnya sangat bagus agar mereka tahu rakyat tidak bodoh dan buta. Biar mereka rasa takut dan mengundur diri. Kita perlu tahu siapa yang boleh memimpin kita.Tapi saya tidak menafikan usaha piham pembangkang PAS di kawasan Ampang memang banyak aktiviti keagamaan..Alhamdulillah, kelas mengaji dan ceramah2 agama memang free...Setiap minggu berbeza. Lihatlah dengan mata hati... Bangsa apa yang menolong agama kita?

Pernah tengok dewan rakyat bersidang? Sungguh memalukan, seorang pemimpin yang mempunyai pendidikan tinggi mengeluarkan kata2 kesat dan tidak dapat mengawal emosi...
Pernah tanya apa sumbangan mereka terhadap agama kita? Apa yang mereka ajar ialah merusuh, memberontak dan memperjuang sesuatu yang haram untuk menghalalkan cara..

Kita masih belum selamat dan masih belum terlambat siapa pun yang kita pangkah selepas ini, selalu ingat bangsa kita dan agama kita. Bukan cha ya nun alif dan kaf lam ya nga.. Saya bekerja di swasta.. budaya mereka saya dah masak. 

Kepada yang belum mendaftar SPR. sila berbuat secepat mungkin....pesanan dari khidmat masyarakatlah sangaaaaaattt... hehehe


Lots of luv,
Mummy Dalee~~


P/S : Patutlah Sharizat selalu bagi orang lembah Pantai lembu masa musim raya Korban walaupon xjadi YB.. Kahkahakaakah... Nak harap Izah... ermmmm







 

Tuesday, December 6, 2011

Perkembanganlah sangatttt.......


Assalamualaikum dan aaaaahhhaaaaiiii~~~


**********




Cer korang teka sekarang berat akak berapa (sambil mengembangkan hidung dengan banggaaasss). Dengan program diet [klik sini kalau tak ingat] yang akak jalankan selama 2 minggu akhirnya menunjukkan keberkesanan yang sungguh terduga ye..


Dengan bangganya akak umumkan berat akak terkini ialah.......

-
-
-
-
-
-


gold dust bertaburan di atas carpet

-
-

72.50 kg

Pencapaian terbaik untuk tahun ni.. Alhamdulillah lah.... rasa nak meroyan tgk angka ni.. Sebagai bekas atlit sekolah, angka ini memberi reputasi buruk pada diri akak dan sekolah. Tak tau dah cara camne nak turunkan berat badan. Kalau xmakan berkeroncong gazhal johor perut ni...Ya Allah.. tabahkan lah hati hamba mu ini...Wat masa ni memang akak tak boleh nak sambung program diet (kononlah) akak ni atas sebab2 kesihatan. Doktor suh maaaakaaann dan no contact ya !!!


Lots of luv,
Dalee~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails