Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 11, 2011

Ujian kesuburan bagi pasangan yang menantikan cahaya mata


Assalamualaikum dan aahhhhaaaaiiii~~~

*************

I'm free from 'kanser serviks'... hehehe \(^_^)/. Berani jugak akak ni ambil ujian PAP SMEAR. Ngerinya dapat di gambar seperti {INI}. Ini bukan cerita dalam kain wooo~~ Seperti semua orang ambil berat sangat, sudah hampir 1 tahun 2 bulan kami belum menimang cahaya mata selain menimang bantal. Terasa diri akak ni macam artis pulak.. sibuk bebenor orang ambil berat tentang isu ini. Untuk pengetahuan semua..kot2lah ada yang tak tahu ye dak..semua tips kami mengambil kira, ibarat rugi tak photostate tips exam di kedai photosate. Mengurut dah lebih 10 kali, pantang tak payah cakaplah setahun dah akak tak makan tembikai, air kelapa, soya baru je start 5 bulan pantang. Makanan yang tak suka makan dulu kini menjadi makanan kegemaran sayur taugeh dan air susu kambing. Kadang2 tu ada juga rasa hamis badan ni. hehehe..

Macam biasalah bila balik kampung itu soalan peberet. Namun tak di nafikan ada yang memberi cadangan suruh kami pergi check doktor. Sebenarnya cara yang betul ialah pergi check dulu apa permasalahan di perut kita ini dan si penderma sperma itu. Kadang2 kite tak sedar yang perut kita ada fabroid, kualiti sperma xhebat dan slow motion atau rahim condong 45 darjah. Kalau kita dan pasangan NORMAL. Itu tandanya ALLAH ingin menunjukkan kuasaNYA terhadap kita. Tapi kita perlu berusaha dengan pelbagai cara. Ok tak kawan2?

So akak dan En. A membuat keputusan untuk pergi check diri di Klinik yang di syorkan oleh sepupu En. A. [Klinik Samuel & Samuel Specialist Maternity Centre & Specialist for Women]. Dengan lebih tepat ialah ujian mengesan kesuburan.

Prosuder lebih kurang begini [bergantung kepada klinik2] :

Ujian kesuburan wanita

Step 1 :
Doktor akan melakukan ujian darah pada hari pertama period. Bertujuan mengesan hormon dalam badan. Sekiranya hormon kita tinggi, doktor akan memberi ubat untuk merendahkannya dan sekirananya horman kita rendah, doktor akan memberikan ubat untuk meninggikannya. Sekiranya normal, normalla...

Keputusan hasil dari ujian selalunya akan keluar seminggu selepas tarikh ujian di lakukan.

Step 2:
Mengambil sampels air kencing untuk mengesan penyakit lain. (terlupa nak tanya sebab apa)

Keputusan akan dapat seminggu selepas tarikh ujian dilakukan. 

Step 3:
Ujian pap smear di lakukan seminggu selepas period kering bersama step 2Pengalaman setiap orang lain2. Tapi Klinik yang akak pergi ni tak sakit sangatlah. Rasa macam.......... cuba lah sendiri. Sebelum doktor melakukan ujian pap smear ni, dia ada letak minyak di tempat tersebut. 

Keputusan akan dapat seminggu selepas ujian di lakukan.

Ujian kesuburan Lelaki

Step 1 [sahaja] :
Pasangan kita akan perlu ke makmal [di Jalan Ipoh] untuk mengambil ujian sperma. Macam biasa, mereka akan bagi bekas dan suruh ke toilet. Tiada teknik2 khas untuk mengeluarkannya. Sila lakukan secara manual.hahahaha. Tapi walaupun step nya 1, ada syarat2 yang perlu di patuhi iaitu tidak boleh bersama selama 5 hari. [pandai2lah menghitung hari]

Keputusan akan dapat seminggu selepas ujian dilakukan.

Secara kesimpulannya, ujian tersebut mengambil masa 2 minggu. Step 1 dan Step 2 untuk wanita boleh di lakukan serentak. Step 1 untuk lelaki boleh di lakukan serentak dengan mana2 step dari wanita dengan syarat tidak boleh bersama selama 5 hari.

*************************************

Mari kita tengok kos yang perlu anda bayar melalui Klinik ini :

Wanita
Step 1 = RM60 (ujian darah)
Step 2 & Step 3 = RM50 (Pap smear dan air kencing)
                            = RM10 (Consultancy)
Total = RM120

Lelaki
Step 1 = RM50 (Ujian sperma)

Selepas semua ujian di atas dikeluarkan dan akan menasihati anda mengikut keputusan tersebut. Sekiranya NORMAL, doktor akan suruh kita datang kembali pada hari pertama period pada bulan yang seterusnya. Inilah yang akak tunggu. 

Jangan pernah berputus asa dan jangan memperlihatkan kekecewaan kita kepada orang lain.

****************************************

Sesiapa nak cuba pergi ke klinik ini alamatnya :

Klinik Samuel & Samuel Specialist Maternity Centre & Specialist For Women 

No. 313 Jln Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Tel : 603-92843684 Faks: 603-92810395



Lot of luvs,
Dalee~~  

25 comments:

eMMe said...

Daleela, kite same, menantikan cahaya mata, dlm proses 'pembikinan' tapi lom sampai tahap jumpe Doc, InsyaAllah, tapi betul la, sumtime terasa diri cam 'artis', fulamak...

E K A said...

thanx dear.veri informatif.eka pun nak gi tapi spital / klinik kat sini limited sket...tunggu la balik kampung nanti

Daleela said...

Emme : betull...setuju.. hehehe

Eka : try ya..

MDM GREENS said...

Very good information.... Love it... xmahal jugak ye kos nyerr, xtau kt JOHOR BAHRU kt mn kliniknyerr..

MDM GREENS said...

Very good information.... Love it... xmahal jugak ye kos nyerr, xtau kt JOHOR BAHRU kt mn kliniknyerr..

HaS said...

thanks atas maklumat itu....

Leonora Halim said...

all the best! semoga rezeki yg dihajati akan dimakbulkan Allah.. Aminnn....

Myself said...

hi dalee,tgh2 blogwalking..t'jumpa entry nih plak.i oso dh 1thn 4 bulan kawen..mcm u jugak dh pantang nenas,air gas,jeruk sume..fast food x pantang teros..cuma limitkan je.

genap setahun i kawen aituh,we decided utk dptkan nasihat doctor.tp kuasa Allah,time nk wat pap smear doc srh cek air kencing dlu.positive..alhamdulillah.

tp Allah bg pinjam dia skjp je..seminggu-2 lepas tuh gugur.so now x sure dh s/ada nk teruskan seharian mcm biase...atau bk dptkan advise doc again.

semoga kite sama2 sukses!:)

- said...

thanks for the info..xmahal sgt eh...boleh try nih...

puanstoberi said...

Eh. cemna tak pasan entry ini ya..
apa pun bes of luck ye yunk... :D

Adda Shariff said...

thanks for this valuable info! cost n charges tu yg nak tau sgt tuh...kalau pusrawi, consultation fee je dah 180..adoi...

goodluck!

Anonymous said...

artikel yg menarik. saya dah kawin nak masuk 8 bulan. tapi masalahnya isteri saya belum lagi hamil. teringin sangat nak buat ujian seperti di atas. tapi tak tahu kat mana tempatnya di ipoh. dah jenuh google tapi tak jumpa juga. kalau nak buat di hospital kerajaan, adakah ianya percuma atau ada bayarannya? di bahagian mana ya? kalau boleh taknak la tanya orang2 kat hospital tu...segan plak.

Unknown said...

Murahnya ujian darah. Specialist KL RM60 je?? Kat sini K.Trg, klinik biasa pun plg murah RM100. Doc ckp td dlm RM100 lbh. Ayoyoy..apesal kat KT ni segalanya mahal..adoi la.

Hana Syed said...

Murah jugak fee kat klinik ni.. saya pun tgah berusaha..

Mari visit saya dan sama2 berusaha

Anonymous said...

tq atas maklumat ni. sgt2 membantu. ingat nk cuba jugak la. skrg ni tgh pujuk hubby g wat check up. dia ni susah skit kalo ajak g klinik...huhu...dugaan... yang penting sabar & usaha kan... :)

Anonymous said...

Dh tukar tempat klinik ni.. 29,jalan badak, pudu

Unknown said...

Ada assistant yang boleh tolong keluarkan sperma??

Taufiq said...

Kak nak tny area johor kat mne boleh try...

Taufiq said...

Kak nak tny area johor kat mne boleh try...

Anonymous said...

salam kak,nak tanya hubs akak buat ujian kesuburan tu kt klinik samuel tu jgak ke? skang ni saya dan suami tgh cr lab/klinik yg terdekat dgn putrajaya tuk buat speciment test jgak. tp cari sume jauh² dr putrajaya.harap blh share....phariena_87@yahoo.com

farina...

Anonymous said...

Yg check isteri tu dr laki ke dr perempuan?

Unknown said...

sis, until ujian hsg berapa RM ya?

Unknown said...

sis mna sambunganye

Unknown said...

sis mcm mna sis skrg?? klinik smule ok x?? nk cuba

UmmuAyyash said...

Berdebar baca perkongsian orang yang TTC..thank you for sharing :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails