Wednesday, April 20, 2011

Ciri-ciri lelaki idaman... Dapat ke?


Assalamualaikum dan aaahhhhaaaaii~~~

*******************


Hari ini akak nak cerita pasai ciri-ciri lelaki idaman. Meh le kite wat check list, kita dapat tak lelaki idaman kita. Adakah ciri-ciri itu ada dalam dirinya..


1. Beragama
2. Pandai main gitar
3. Berpelajaran
4. Hidung Mancung
5. Tinggi
6. Menghormati orang tua
7.Tidak cerewet
8. Kerja beruniform
9. Mata sepet dan muka mix 
10. Kaya


Akak senaraikan 10 je. Akak tau korang mesti ada banyak punyakan? Hengkorang ingat akak ni artis ke? 10 cukuplah ye dak..Aduiii cube bawok besabor sikit.. Awok nak cite le ni. Dapat ke idok ciri2 yang di idamkan.  

1. Beragama

Alhamdulillah. Dapat la.. Tidak le ustaz. Memadailah boleh mengimamkan akak dan keluarga bersolat. Tahu hukum halal dan haram tu. Makan rasuah tu HARAM tak? Ramai yang tahu tapi masih ada yang ambil. Esok lusa anak tak dengar cakap, isteri tidak berkelakuan baik, ingatlah kembali duit yang digunakan untuk menyara keluarga tu duit HARAM atau tidak. Tiada cara menghalalkan yang HARAM. InsyaAllah. Sama-samalah kita beringat.

Tetibe terasa macam ustadzah Bahiyah semanis kismis.. hehehe

2. Pandai bermain gitar
Akak memang minat betullah orang yang pandai main gitar ni. Ish taktaulah nak kata apa.. memang suka bebenor. Dulu time sekolah, minatlah kat ketua aspura tu sebab dia pandai main gitar, yang X-Boipren pon sama pandai main gitar dan Kanda akak yang sekarang ni pun pandai main gitar.. Kira memenuhi citarasalah

3. Berpendidikan
Alhamdulillahlah.. orang malas pun boleh berjaya. Lelaki memang lambat matang sikit.

4. Hidung Mancung
Ok. Dapat. Tak taulah teori mana akak pakai, kalau orang mancung mesti hensem dan cantik di mata akak. Contoh macam Ashraf muslim hensem sebab hidung dia mancungkan, Awal ashaari pun hensemkan hidung die mancungkan dan Pasha sendat hidung dia cantikkan.. Eleh korang xnak mengaku pansha sendat tu cantik sebb korang anti die kan? Tapi kat ABPBH undi dia..napa tak undi hidung kemek tu? hahahaha psssst... risiko bila kita dapat orang yang hidung mancung ialah penghinaan demi penghinaan akan kite terima. Ada ke patut Kanda akak cakap idung akak mcm mickey mouse?

5. Tinggi
Ini wajib eh.. tinggi ni bagus sebab senang suruh capai apa2 kat umah. Tapi masalah bila terlalu tinggi terpaksalah akak si pendek gemuk ni pakai high heels.

6. Menghormati orang tua
Pun kira wajibul ghunnah gak. Kalau boleh pijak semut pun tak mati depan ayah dan ibu. Tapi jangan lupa potong kuku kaki tau.. hahahha

7. Tidak cerewet
Huhhhhh... xdapat ok. Dapat lelaki yang kategori cerewet KELAS A punya. Tak boleh cerita lebih2. Berdosa.

8. Kerja Beruniform
Ni lagi 1 teori, di mata akak.. abang2 yang beruniform tu semuanya hensem. Abang trafik yang jaga trafik tu pon hensem. Abang tentera laut tu pun nampak segak.Kanda akak beruniform tapi bila Kanda akak pakai....eeermmmm... no comment. (^_^)

9. Mata sepet dan muka mix
Suka tau mata sepet cam Samzy tu.. muka mix cam muka cina kan... haduii nampak kiut dan hencem.. Dapat ke?

10. Kaya
Subjektif tau.. Sebelum kahwin mesti suka lelaki yang kayo rayo.. Tapi kalau dah ada rumah, keta, kerja tetap dan kaya dengan budi bahasa memadailah.

Pendek kata adalah ciri2 idaman lelaki akak. Kalau tak de pun kene buat2 ada jugak. Heh.

Yayang... duit royalti publisiti gambo ni nnt i bagi time raya eh..



lots of luv,
Dalee~~





2 comments:

Mommy Agharr said...

hehe Daleela, dulu dari sy skolah rndah (cheh gatal cpat)slalu ckp nak kawin ngan lelaki yg yatim piatu, tp ye laa. hsband mmg Yatim piatu pon..huhu. Walau kite x dpt smua yg kite impi, yg pnting kita tetap rasa bahagia dgn pilihan kita skrg kan..

Daleela said...

betulkan mommy.. janji kite bahagia.. InsyaALlah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails