Saturday, July 24, 2010

Jalan-Jalan Cari Makan : Tupai-Tupai, Bangi

Ahhhhaaaii~~

Aduhaii.. dalee takkan entry makan lagi. Maaflah kawan-kawan, nak buat macam manakan. Makan dah jadi hobi. Tapi anda tak patut salahkan aku sepenuhnya. Bukan aku yang nak makan sangat pun. Aku hanya bertanya je..


Aku rasa selepas belajar buat psycho, terus berlarutan menjadi. ishhh tak boleh jadikan.. baru je Jalan-jalan cari makan, ni nak makan lagi... Haiisshh "Rezeki jangan di tolak, Musuh jangan di cari". Kalau tak di ikutkan, jadi musuh pulak dengan abang Rahim ni..

Abang Rahim ni sepupu En. A. Niat dia nak belanja ni sebab katanya dia belum jemput pengantin datang rumah. Haiiisshh pengantin ape kebenda lagi.. dah basi dah pengantin ni..Tapi macam tulah adat sebenarnya..Ikutkan jelah..Lagi-lagi bab makan *ngeh ngeh ngeh.

Bersiap sedia pergi ke bangi...ngeng..ngeng.. breaaakkkk!! ok dah sampai.. Aikkk ni bukan redwok ni...

Ni tupai-tupai... Takpelah banyak cakap pulakkan kau, orang dah nak belanja tu..Anda perasan tak muka macam Amitabh bachan tu...keh keh keh tulah orang yang bertanggungjawab bagi aku dan En. A makan.

Sedih tengok mangkuk tom yam tu..xada ke mangkuk macam steamboat yang cantik tu?  (T_T). Ok. En. A dah sepak kaki aku suruh diam. Karang lagi banyak aku cakap. Secara peribadi taste boleh di Rate 3 *** sahaja. 

 
Sotong masak tepung dia ok sedap boleh di rate 4****. Ketam masak cili (tapi rasa masam manis) dah xsempat nak snap picture. Maaf lagi ye kawan-kawan.


Ok dah kenyang, boleh senyum. Ni anak tokey yang belanja. Jonna (Anak kepada : Bapak = Mamak & Mak = Melayu). Aku rasa anak aku pun macam ni nanti.. Rambut kerinting. Tomeii kan? kan?kan?

Ok dah nampak hasil kenyang. Badan pon dah mengembang macam bebola ikan. Tangkap gamba ala-ala hot family gitu. Done. Sekarang boleh balik.

Pendapat peribadi aku, harga tidak berpatutan dengan rasa makanan yang di hidangkan. Ni tekak akulah dan En. A, aku tak pasti orang lain. But for sure, there is no next round. Thank you.



Ketibaan yang tiba-tiba : Malas nak kerja sebenarnya ni..

Friday, July 23, 2010

Jalan-jalan Cari Makan : Tony Roma's Mid Valley

Ahhaaaiiii~~

Kalau tengah busy bekerjakan..Nak ajak pergi makan, aku tetap tak kisah. *Ngeh ngeh ngeh. Walaupun otak agak berserabut dengan kerja-kerja yang melambak, acara wajib makan dengan office mate akan tetap terus berjalan. Pernah dengar orang kata "Kenyang perut senang hati...". Begini sahaja caranya kalau kepala tengah berserabut, hati tengah gundah gulana, makanan penyedap jiwa.

Setelah bergaduh-gaduhkan nak makan di mana, kami telah bersepakat membawa berkat memilih TONY ROMA'S di Mid Valley untuk dinner. Sayangnya gambar aku tak adalah pulakkan. Ye tahu..salah aku, sebab tak charge bateri camera. Sempat snap gambar makan je. (T__T)


Bila makan tempat macam ni, perkara pertama di ingatkan, pilihlah makanan yang sepadan dengan harganya. Tapi TONY ROMA'S punya portion memang besar gabak.. aku yang montel ni pun tercungap-cungap nak habiskan.

 
Sementara tunggu makanan yang di order, complimentary di beri *ngeh ngeh ngeh..memang suka kalau benda free kan kan kan??? Garlic bread with secret butter <------ not bad woo~~

Kemudian air pun di bawa, minta maaflah kan kawan-kawan, tak hengat pulak nama airnya. Almaklumlah susah nak menyebutnya.... yang pasti yang ada cherry tu air aku. Super sedap....<<---silap cuba tau.

Boleh cepat sikit tak... Aku lapar ni...

-
-

Sebagai lembu-lembu yang kuat dan bekerja lasak, kita perlu makan sayur hijau yek..Acah je, ni kira saja nak habiskan duitlah ni.. muahahaha This is Chicken Ceaser Salad.

1st order yang sampai Beef Rib with mashed potato and coleslow(* betul ke ejaan aku ni) <<------ Pilihan kawan aku...huhuhuhu super sedap. rate 5*****

2nd order : Mojo Chicken with fries and special rice (macam pult je nasi dia) <<--------pilihan aku. Portion yang aku tak dapat habiskan. Sebab dah makan 1st order tuh.. Tak percaya? *ngeh ngeh ngeh : rate 4 ****


3rd order : Grilled Lamb Chop with fresh vege and fries <<------ ok. RM49.90. Ni memang aku ingatlah harga dia.. hehehehe : rate 3***


Lots of luv,
Dalee~~






Friday, July 9, 2010

Perang psychology bersama adik lelaki

Ahhaaii~~~

Dalam 'ketensionan' yang amat ini, aku nak update jugak blog. Semalam aku suruh adik lelaki aku yang berumur 15 tahun datang makan dengan aku lepas waktu kerja. Setelah aku mendapati adanya kecurangan berlaku dalam pembelajaran dan perlakuan. (permasalahan remaja). Sebagai kakak yang bertanggungjawab, walaupun kau dah kawen, tak semestinya nak lepas tangan je betul tak? Kalau dah terjadi apa-apa yang tidak di ingini, tercalit jugak sikit di muka ahli keluarga yang lain. Sebelum terlambat sediakan tisu siap2 agar bila terpalit di muka bolehlah lap. Tak adalah besar sangat masalah dia.. Macam kita muda-muda dulu.. aceh..

Contoh dolu2 : aku selalu ponteng sekolah sebab ngantuk, malas nak bangun. hehehe pura-pura keluar rumah pastu patah balik tidur dalam bilik. Sebab ayah aku dan ibu keluar awal. Tetiba lupa pulak yang hari ni jumaat. Ayah aku balik rumah bapak awal jam 10. Nama pun dah ayah, dia boleh menghidu pergerakkan aku di belakang pintu bilik.. cisss kantoi.. semenjak dari itu tiadalah sejarah tak pergi sekolah. Baik sikitlah.. =) 

Berbalik kepada perang Psychology bersama adik aku ni. Aku memang tak pandai sangat nak memotivasikan orang. Aku hanya pandai memotivasikan diri sendiri. Selepas menanya pada yang lebih berpengalaman dan mendapatkan point2 yang baek punya. Aku pun berpura-pura menjadi kakak yang pandai main Psychology.

"Sekolah lu macam mane? ok ke?"
"Oklah. Gua suka pergi sekolah ramai aweks. Tapi kadang2, ada budak in*** ni suka cari gaduh. bla bla bla.....pas habis sekolah gua lepak Mc D study. Tapi tulah....... bla bla tak percayalah....bla bla...Pastu nak tengok bola bla...bla... kongkonglah...nak main futsal pun..bla bla bla..."

Point pertama setle

  • Biarkan dia bercerita, lu dengar je dulu. Lu gelak je dulu. Layankan.
Langkah ke point ke 2

  • Tanya apa dia tak puas hati?
"Gua tahu bahaya buat macam tu ...bla bla bla tapi gua panas... dia sebagai...bla bla kena faham gua... gua lelaki lain... lu perempuan lain... bla bla bla..."

Setle langkah ke point ke 3

  • Tanya perasaan dia, lu rasa kakak and family buat macam tu sebab sayang kat lu ke apa?
"Wa tau, semua orang sayang gua... tapi gua...bla bla bla bla...."

Setle langkah ke point 4

  • Slow talk bagi nasihat. Mesti kasi ayat bunga-bunga kasih sayang.
"Kakak tolong lu, lu mesti tolong diri lu sendiri. Kakak slowtalk dengan ayah nanti. Papehal lu nak buat mesti ingat ibu. Kesian ibu" <-----point baik punya
"Oklah, bagi gua masa, perlahan-lahan"

Setle langkah ke point terakhir

  • Belanja makan sedap dan mahal sikit, investment. argghhh kopak duit...

Lots of luv,
Dalee~~


Ketibaan yang tiba-tiba : AKu rasa cam nak psycho lagi seorang minah ni. Lu jaga eh minah.

Wednesday, July 7, 2010

Suamiku ini

Ahhaaiii~~~

Pernah tengok cerita P.Ramlee madu tiga tak? " Siapa tak sayang bini oooiii" kali ini "Siapa tak sayang laki ooiii" hehehe =). Walaupun hubby ku tak sekacak brad pitt tapi dia lebih kacak dari Rosham Nor. Atau lebih tepat sama kacak dengan Terry Henry..(up sikit nanti dapat makan sedap lagi)..*ngeee*.

Mari kita berkongsi cerita ala-ala kongsi makan gitu. 2 individu yang telah bersama selama lebih dari 5 bulan terpaksa bertolak ansur demi menjaga keharmonian yek. Kau ingat senang ke nak kawen. Masa bercinta dulu, senang je sebab bantai fast food kemudian aku bukan jumpa hubby ni hari2 pun. Kalau jumpa pun lebih kurang dalam 3-4 jam. Tidak lah semua nya aku tahu hah.. dah kawen ambik kau...Ini kisah benar-sebenar2nya...



Suamiku seorang pembersih
Aku bukan nak kata yang aku ni pengotor ye, tapi jarang benar nak jumpa lelaki yang pembersih. Alhamdulillah. Confirm aku tak kan jumpa stokin dia sebelah kanan kat dapur, sebelah kiri kat atas katil. Stokin elok je ada dalam bakul. Kain tuala confirm boleh jumpa di hanger baik punya kat penyidai. Tetapi bila dah pembersih sangat tu...ermm jadi masalah juga pada si isteri yang rambutnya selalu gugur macam makcik enon tu.. mestilah kena bebel sebab rambut yang berguguran~ tu duk parking bersepah dalam rumah. "Sorry Yayang, out of control ni". 10 kali menyapu pon rambut tu ada gak di situ..
   
Suamiku agak cerewet orangnya
Cerewet yang macam mana? Sebab budaya yang berbeza, ada benda yang kita praktis dengan cara yang berbeza. Contohnya kalau aku nak makan atau nak minum, gelasatau pinggan aku mesti bersih dan KERING. Hubby aku tak.. Hubby aku dia mesti basuh 2-3kali gelas tu plus mesti BASAH. Tak payah lap. (tak payah lap tu yang best heheheh). Kawan2 ku please take note eh, raya nanti aku datang korang tolong basahkan dulu tau. *ngeee*. Itu nelum bab rambut, belum bab baju "Ok tak rambut, pacak x? Baju ok x.. seksi x"..Tapi aku suka.. sedap mata memandang sedap lagi bahu yang memikulnya..

Suamiku tak makan makanan kegemaranku
Ni yang paling lemah badan ni dowh, nama je orang penang tapi Laksa Penang tak makan. Tempoyak yang sedap tu pun dia tak layan, budu jauh sekali.. jangan haraplah. Sushi, ikan masin, ikan sardin, ikan yang di masak gulai itu semua tak masuk dalam list dia. hahahaha faham2lah kawan kalau dia tak makan makanan korang tu bukan sebab tak sedap. Semua makanan diatas tu feberet aku..ikan masin makan dengan pulut...pergghhh memang terbaik. Laksa kalau layan dengan petis otak udang..perghhh<--- tak pe kalau sekali sekala bodoh makan otak udang.. *ngeee


gambar di celok dari da-kitchenz


Suamiku seorang yang cool
Bayangkan ada orang curi parking kat rumah, kalau aku aku dah ambil kon tu letak kat belakang kerata yang kurang ajar tu. Tapi Hubby aku ni, boleh pulak dia alihkan balik kon tu. "Jangan cari gaduh" die sound setepek kat aku. Ok.. lagi, bayangkan kitaorang dah queue kereta di lampu isyarat, tetiba mamat sengal mana boleh pulak dia main celah je. Aku dah menjerit suruh hon.. Hubby boleh pulak bebel je.. Aku siap cakap "Hon tu boleh buang je kot"..sakit hati dowh..

Bezakan.. memang berbeza..2 individu yang berbeza memerlukan waktu untuk mengenali dan bertolak ansur. Janganlah asyik2 nak kene pergi rumah mak dia je kan... hehehehehe asyik2 nak layan sedara mara aku je kan.. hehehehe


Lots of luv,
Ur Dalee~~

Monday, July 5, 2010

Aku suka kerja aku

Ahhaaii~~~

Tidak semua orang suka kerja dengan syarikat swasta dan lebih suka berkeja dengan kerajaan. Bukan aku tak cuba nak apply kerajaan, kerajaan yang tak nak ambil aku.. (mungkin sebab aku ni rajin sangat.. muaahahahha). Bagi aku tempat kerja adalah tempat paling lama kita habiskan dalam 1 hari. Kalau menyampah nak mengadap muka-muka orang di tempat kerja tu pun terpaksa menghadap jugak.

Bagi aku kalau nak bekerja tak payah nak pikir:
  • apa jawatan kau kat department kau
  • boleh access internet (penting ke?) 
  • kene masuk ofis punctual (penting ke?)
  • ofis kau bapak gempak kat KLCC ke, kat CYberjaya ke, kat MId Valley ke
Janji aku kerja..janji kerja aku siap, janji aku kerja cukup 8 jam (takut tak berkat duit gaji).

Bagi aku, aku takkan kerja dan tak suka nak kerja kat tempat kerja yang :
  • banyak politik dan hasad dengki..(cth : eh, tadi kau makan ngan die eh.. wah dah ada kaki baru, pasni tak mau makan dah ngan kiteowang) <---- aku paling tak suka orang mcm ni..
  • gaji ciput tak sesuai dengan kerja yang aku buat dan gaji tak naik2 walaupon dah kerja 2 tahun... muahahahah a.k.a mata duitan
  • Company tak hargai kau sebagai pekerja. Kau buat kerja tapi dia tak nampak. Dia hanya nampak anak mas dia je buat kerja
  • Boss kata kau "You are the weakess in this department"...<---go to hell la weii..
Selepas aku berhenti kerja dari 1st job aku, aku really jumpa Company yang best sangat.. Boss yang best dan kerja yang best. Tapi tula... gaji kat sini tak berapa nak lebat sangat...muahahaha

Now aku dah 3rd job, buat semua kerja..happy jugak di sini. Nasihat paling baik ialah kerja dengan ikhlas..really hope aku akan kerja lama di sini.. biar apa pon jawatan aku. Janji dapat menimba pengalaman yang paling berharga...

Walaupun terpaksa buat riben untuk beg


Walaupun sebagai gadis kaunter

Walaupun sebagai Yuna..muahaha perasaan lebih..

Walau siapa apapun kerjaya kita, kerjalah bersungguh-sungguh demi target kita. Bukan nak kaya, tapi mampu menimba pelbagai ilmu.


Ketibaan yang tiba-tiba : Sorry aku tengah bz dengan submission bulan ini. Tak dapat nak join apa-apa event pun. Fahamkan.. gathering..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails