Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 6, 2010

Bersoppin' di kilang...

Ahhhaaaii~~

Pernah tak korang tengok tupperware, tipuware dan segala adik beradik 'perware' bersusun kat rumah ibu. Hahhhh... samalah dengan akak, akak pun pening jugak bila kemas umah ibu dulu2 tengok bersusun je tupperware dan tipuware. Cakap je saiz apa yang tak ada. Semua ada.. Bentuk pun dah macam2. Pelik dengan ibu kenapa suka bebenor nak kumpul tupperware dan tipuware ni. Nak simpan hapakabenda pon taktaulah.. Guna kadang2 je, itu pun nak dekat raya. Ayahlah selalu jadi mandor buang tipuware ibu.

Sekarang baru tahu, mana tak tumpah kuah laksa kalau bukan di laksa.. Dah terberjangkit simptom2 kegilaan tupperware dan tipuware dari ibu. Kegilaan akak makin menjadi2 bila Bonda Auf punya kilang telah membuat jualan warehouse. Hadooiii fenin tau dan dalam di lema KRU tau antara nak beli atau tidak. Tapi akhirnya jadi begini..

Ini semua salah bonda Auf.. (T_T)


Inilah hasilnya. Tupperware yang warna biru tu bolehlah nak letak sotong, ayam, fish ball, kaki ayam. Botol2 tu boleh letak rempah-ratus (poyo gaya macam rajin masak - tipu ni). Walaupun tak di gunakan rempah ratus tu, simpan jelah kan. Tupperware kuning tu tak pikir lagi.. yang botol2 air tu pon belum pikir lagi.. ok esok esok jelah akak pikir eh.. hadoooiii kompius. Malas nak cakap tau harga berapa karang ada yang nangis.. lagi 5 tahun pergi Tesco pun  tak dapatlah harga cam gitu. Lelong betul 3 = RM5, 2 = RM6, 4 = RM5. Haiissh dah bergenang je air mata ibu tu...



Lots of luv,
Dalee~~



5 comments:

Asfan Ash said...

mmg brand tupperware ke?gile murah

Daleela said...

bukan brand tupperware, brand yang ada di pasaran tapi kualiti baek punyaaaaa....

Daleela said...

bukan brand tupperware, brand yang ada di pasaran tapi kualiti baek punyaaaaa....

mama affan said...

wah..mmg borong sakan..kalau dekat nih dah jangkit juga..hehe..

Suziey Ahmad said...

hai salam ziarah kembali..bestnye sopping..byk gile n murah plak tu..

oo keje kt MV ke..ok nnti bole la roger2..kita gather sama2.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails