Ahhhaaaiii~~
Mode nak makan steamboat. Setiap bulan aku pergi layan steamboat sekarang ni. Buffet steamboat ni aku rasa berbaloi2. Especially time Ramadhan ni, sebelum berbuka memang semua nak makan, bila dah masuk waktu berbuka tu..nafsu dah tak ada, tinggal perut je menadah makan. Jadi bagi aku, kalau nak buffet pun biar harga tu berpatutan. Kalau dah terlebih2 bajet tu, panjang2lah pada yang lebih memerlukan.
Sebelum ni kami dah plan nak pergi makan di flamming, sunway. Namun, ada pulak isu2 makanannya di ragui dan tempat solat tu susah bebenor. Kami pon cari tempat steamboat yang lain dan di yakini halal. Wuuiiiisshhhhh penat sih.. cari tempat lain dengan syarat mesti ada CHOC FONDUE.. tak ke susah nak mencarinya.. itulah yang membawa ke bangi tu. Redha.
Inilah kedainya.. berhampiran dengan kedai Wong Solo, Bangi
Minta maaf ini gambar selepas berbuka..semua dah licin tapi kalau lapar juga boleh request pada owner dan mereka akan tambah. Licik dan pintar juga owner ni, dia letak sikit2 sebab nak elakkan pembaziran. So, se elok2nya datang awal, bolehlah cekau makan awal jugak. Yang macam fridge tu, itulah fridge atau peti sejuk penyimpanan fish ball and all segala ball..
Yang kat atas ada bendera tu ialah asam jeruk2 yang terlampau sedap. Sorry aku tak makan jeruk. Di bawah tu pulak, buah-buahan, sudu, gafu, chopstick dan sos yong tau foo dan chili (superb).
Air sejuk, air kosong dan air panas pun ada. *Tips - air sirap tu kan korang letak buah tembikai.. makk aii sodap. Jangan jeles boleh?
Korang rasa aku tengah buat apa? Ni tengah menghabiskan air krim dan meletak semua topping yang ada di kedai tu...close up sikit.. shoohhh pergi main jauh2 Daleela.. dah la besar..
Geram tak? Muahahaha Aku rasa owner tu geram kat aku dan kawan2 sebab dah banyak kali makan ais krim dieorang.
Ni yang di kejar2 sangat ni mashmallow with choc... hehehehe tapi dapat makan sikit je. Perut dah kenyang sangat.
Kami kenyang sebab steamboat ni... best boleh steamboat dan bakar (2+1) hanya dengan RM22 net. Di redwok kalau nak grill harga nya RM28.
Tempat dia agak kecil. Tapi owner akan open table di luar kedai. Open sikit, tak panas sangat.
Info2 lain :
Steamboat Antarabangsa berdiri tehug dengan slogan EAT ALL YOU CAN!! Macam sama dengan flamming lah pakcik.. Hehehehe
Surau - memuatkan 2 orang dalam 1 masa
Buatlah tempahan dulu sebaik2nya...
Pakcik Selamat Maju Jaya ye... Sila refill selalu...
Lots of luv,
Daleela