Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan 'Selamat Hari Raya' menyusun sepuluh jari andai susunan kata xseindah yang di harapkan, perlakuan kadang-kala sumbang, hati kadang-kala menyakiti..Ayat skema di hari raya...Tapi paling tidak boleh ku dengar lagu YUNA.. Selamat Hari Raya OOooYea... Tapi nak buat macam mana.. dah YUNA rasa seni lagu tuh...
*********************************************************************************
Ok hari ni aku bukan nak cerita pasal lagu raya atau baju raya yang vogue da vasss tu ye.. aku nak cerita pasal balang kuih raya yang setiap tahun pelbagai patern yang ada di jual di pasaran. Sebagai seorang isteri yang bergred B3 (di tolak markah sebab kadang-kala malas nye mengalahkan unta di padang pasir hehhehe) dan berdedikasi, aku mengikut rentak Encik A yang macam sakan je nak beraya. Semua nak di belinya. Bagi aku pula, raya tu biasa2 je.. tak ada la suka sangat. Berbalik pada balang kuih raya itu, aku nak cari yang murah tapi cantik dan lain dari yang lain. Tapi Encik A suka memotong kebolehan kekreatifan aku. Bila dah siap di dekorasi balang kuih raya tu, selamba je Encik A cakap "Balang ni macam boleh buat hantaran je. Isi kerepek dan kacang2 jelah". Sentap ok.
Okkan? Tak adalah poyo sangat.Kan? Kan?Kan?
Saya tahu ramai kawan-kawan di luar sana lagi kreatif, innovatif dan proaktif bab-bab DIY ni. Tengok jelah yang buat barang2 kawen tu, semua DIY kan..Kepada yang baru2 nak berjinak dalam DIY.. marilah kita belajar bersama2.. tapi pastikan mood tengah ceria tau. Kalau tak buat riben pon tak menjadi, jadi lepat pisang plak kang..
Sediakan bahan2 nya...
Riben 2 jenis, 1 organza dan 1 satu riben biasa, pistol dan gam tembak (boleh cari di kedai hantaran atau kedai bunga - RM10-RM15 mengikut saiz) dan gunting. Kemudian Potong riben megikut saiz botol. Gam riben biru tadi bersama riben organza. Gam sedikit2 je tau.. untuk hasil yang lebih kemas. Kemudian ikat pada balang dan bentukkan seperti riben.
Terima kasih kerana mencuba dan membaca blog yang tak seberapa ni..
Lots of Luv,
Dalee~~
3 comments:
thn depan leh cuba terai wat senirik.. hihihihi
tantekkkk!
gud job dalie!
Leily : uiii sedapnya nama...try2 eh..
Eiza : cantek ke.. tq ..aceh.. awk lg kreatip..
Post a Comment