Aduhaii.. dalee takkan entry makan lagi. Maaflah kawan-kawan, nak buat macam manakan. Makan dah jadi hobi. Tapi anda tak patut salahkan aku sepenuhnya. Bukan aku yang nak makan sangat pun. Aku hanya bertanya je..
Aku rasa selepas belajar buat psycho, terus berlarutan menjadi. ishhh tak boleh jadikan.. baru je Jalan-jalan cari makan, ni nak makan lagi... Haiisshh "Rezeki jangan di tolak, Musuh jangan di cari". Kalau tak di ikutkan, jadi musuh pulak dengan abang Rahim ni..
Abang Rahim ni sepupu En. A. Niat dia nak belanja ni sebab katanya dia belum jemput pengantin datang rumah. Haiiisshh pengantin ape kebenda lagi.. dah basi dah pengantin ni..Tapi macam tulah adat sebenarnya..Ikutkan jelah..Lagi-lagi bab makan *ngeh ngeh ngeh.
Bersiap sedia pergi ke bangi...ngeng..ngeng.. breaaakkkk!! ok dah sampai.. Aikkk ni bukan redwok ni...
Ni tupai-tupai... Takpelah banyak cakap pulakkan kau, orang dah nak belanja tu..Anda perasan tak muka macam Amitabh bachan tu...keh keh keh tulah orang yang bertanggungjawab bagi aku dan En. A makan.
Sedih tengok mangkuk tom yam tu..xada ke mangkuk macam steamboat yang cantik tu? (T_T). Ok. En. A dah sepak kaki aku suruh diam. Karang lagi banyak aku cakap. Secara peribadi taste boleh di Rate 3 *** sahaja.
Sotong masak tepung dia ok sedap boleh di rate 4****. Ketam masak cili (tapi rasa masam manis) dah xsempat nak snap picture. Maaf lagi ye kawan-kawan.
Ok dah kenyang, boleh senyum. Ni anak tokey yang belanja. Jonna (Anak kepada : Bapak = Mamak & Mak = Melayu). Aku rasa anak aku pun macam ni nanti.. Rambut kerinting. Tomeii kan? kan?kan?
Ok dah nampak hasil kenyang. Badan pon dah mengembang macam bebola ikan. Tangkap gamba ala-ala hot family gitu. Done. Sekarang boleh balik.
Pendapat peribadi aku, harga tidak berpatutan dengan rasa makanan yang di hidangkan. Ni tekak akulah dan En. A, aku tak pasti orang lain. But for sure, there is no next round. Thank you.
Ketibaan yang tiba-tiba : Malas nak kerja sebenarnya ni..