Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 28, 2010

Are You Moist Enough?

Ahhhaaiii~~


Worry about your BIG DAY? Yes of course you have to worried. You should arrange your time properly. But do you really have a time to make your-self look the most beautiful and shining women that day? You dont rite. Let's together ask our self...

My answer is YES with VASELINE...I'm trying this and it's work very fast. Why you have to spent more if you can get the same result and maybe more moist in the easier way and tight budget. Help your self to make a choice or try all of them.

1. Health White

2. Aloe - Cool and Fresh

3. Insentive Rescue


4. Total Moisture


pssssssstttttt.........shhhhhhhhhh


Let your dearest tell you how the result and are you MOIST ENOUGH?

*
*
*



Lots of luv,
Dalee~~

Resepi : Mari memasak tempayaki

Ahhaaaiii~~

Aku tak pasti kenapa malas sangat nak update blog ni. Aku tengok kawan-kawan yang lain entry raya sampai 2, 3. Tak apa. Teruskanlah kawan. Aku tak jeles. Heh tak baik jeles2. Aku rasa blog aku dah macam blog resepi plak. Acehh.. macam terror sangat masak. Aku hanya suka makan. Hari ni terasa nak makan TEMPAYAKI. En. A bersungguh betul nak datang ambil dari mid valley ni...hujan sanggup ku redah (sebab nak makan punya pasalkannnnnnn...)

Cekedout resepinya :

Sila sediakan bahan2 seperti ayam, daging, taugeh, kobis, carrot dan daun bawang kot =)


Now kita main masak2 eh..Rasanya adik aku Siti 2 tahun tu pon leh wat kot...




So hasilnya..

yum..yum..yum..



Kawan2 jangan bosan eh baca blog ni.. Ashik2 cerita makanan. Sila memahami saya yang dah sedia Da BOOM dan semakin Da BOOM..

Lots of Luv,
Dalee~~


Wednesday, September 22, 2010

Tak Berapa Nak Suka Raya...

Ahhaaaii~~


Macam tak paham kenapa hari raya ini seronok? Kalau menyambut puasa tu, memang aku terasa lainlah. Tapi hari raya.....Apa yang bestnya? Best sebab....

1. Pakai Baju Cantik2
 Jangan bohong eh.. Hari lain pun especially hari bekerja pun ada je orang pakai baju kurung santek2..Bukan hari raya jekan dapat pakai baju baru dan baju cantik. Paling sedih aku pakai baju santek2 pagi raya tapi ke dapur gak tempat aku. Serius. Ni cerita sebelum berkahwin, pedih je hati tengok orang yang dah kawen dan beranak kecik menjadikan alasan anak sebab tak mau masuk dapur. Hangin kipas Hangin. Cuba bayangkan kalau anak dara cam aku ni ada seekor ni je yang balik kampung tiap2 tahun. Tak ke patah tulang tangan tulang belakang tulang siku nak menghabiskan pinggan berdozen2. Itu belum campur cawan yang tak putus-putus masuk dalam sinki. Sampai ke malam jugalah nak membasuhnya. Sampai kan sedara mara tu tak kenal aku ini anak siapa. mesti die orang ingat aku amah dari indon. Cet. Hina betul aku yang berbaju santek ini membasuh pinggan mangkuk. Itu aku belum cakap lagi pasal pinggang aku nak krem sebb membongkok sikit ketika membasuh memandangkan sinki di kampung tu rendah sikit dari ketinggian normal sinki2 di rumah. Minta maaflah bukan nak kata aku tinggi hehehehe

2. Makanan sedap seperti Rendang, Nasi impit, Lemang, Kuah Kacang dan Lontong
Kalau makan rendang, nasi impit, lemang, kuah kacang dan lontong di pagi raya memang sedapkan? Tambahan makan bersama saudara-mara. Lagi banyak makanan lagi banyak pinggan nak dibasuh. Ada korang kesah? Sebab bukan korang yang basuh. Sambung bab makanan tadi, katakanlah korang pergi berziarah dari rumah ke rumah untuk berhari raya. Kalau sepuluh rumah masak yang sama, tak ke nak muntah kuning tekak ni. Belum campur perut dan 'teet' yang meragam dek terkejut dengan kepedasan rendang2 yang bermacam rasa tu. Kalau sebulan raya.. makanan tu jelah nampak, lain xnampak dah. Kalau open house tu ok sikitlah makanan ade pelbagai pilihan. Laksa, mee kari, mee rebus, mee udang, spegheti paling tak tahan.. time raya pon ada. Kenapa hari lain tak boleh makan ke benda2 ni semua.. apa yang bestnya makanan di hari raya?

3. Open cerita, open kuih raya, open langsir dan open perabut baru
Penat nak layan raya ni.. Kalau dapat berkumpul-kumpul tu, time ni nak cerita anak aku belajar kat obersi weii, menantu aku tukau kereta baru, anak kau bila nak kawen? Menantu kau bila nak timang anak? Adehhh sensitip eh soalan itu. Sila paham. Kalau yang buat kuih sendiri tu, time ni lah nak angkat bakul sendiri cerita dia buat kuih sampai 20 jenis. (Tak boleh tahan raso samo semua.. bentuk dan warna je lain. adesssshh), yang beli langsir baru time ni nak cerita deko-deko bersama cik kiah, nak english style lah..belum cerita bab perabut baru, bekas kueh raya baru, peti ais baru, wall paper baru, cat baru... adehhh.. jelas aku nengok. aku tak mampu. (T_T). Oleh yang demikian, dapatlah cerita2 sensasi di sensasikan lagi dengan rangkai internet mulut lebar. 

4) Saat kenang-mengenang kampung halaman
Nampak sangat kau ni jarang balik kampung kan nak terkenang-kenang bagai itik2, kucing, angsa2 kat kampung tu. Kalau yang duduk Sabah Serawak tu boleh di terima lagi, ni yang duduk dekat Melaka nak rindu-rinduan kenang-kenangan..tak paham. Lagi yang tak paham, yang duduk kampung pandan ke kampung kerinchi ke pun nak berebut balik raya rumah mak memasing tu kenapa? Kan tiap-tiap bulan balik rumah ibu kau kan? Siapa eh?

Tapi kalau jadi kanak-kanak rebina tu memang seronok tak terhinggalah, time ni leh kutip duit raya. Aku pun seronok gak dapat bagi duit raya. Merasa jap nak jadi orang kaya yang xberapa nak kaya ni. akhirnya kopak.. akak jugak...

Selamatlah korang menyambut raya.. aku dah lama selamat.. (T_*)

Lots of Luv,
Dalee~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails