Assalamualaikum dan aaahhhaaaaaiii~~~~
*****************
Ilmu dunia kalau kita kongsi2kan mendapat kerberkatan..."kaf ra ba ra kaf......."(macam dunia baru daaa...). Oleh itu, saya dengan ini berkongsi resepi moist choc cake with choc ganache ini untuk semua. Saya pun ambil resepi asal dari buku MIDI tahun yang bila pun tak tahu.. Kakak angkat saya yang buat dulu, kemudian saya tambah dengan coklat ganache itu.
Picture taken from my new gadget.. kuikuikui
Bahan A (Kek)
2 cawan tepung gandum (di ayak)
3 biji telur (basuh dulu tau)
2 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair
1 cawan air suam
1 sudu kecil soda karbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
Bahan B (coklat ganache)
400 gram coklat (di hancur2kan)
200 gram whip cream
3 sudu madu
Bahan C
Tupperware microwave
choclate rise
Cara-cara membuatnya :
1. Pukul telur dan gula hingga kembang
2. Masukkan serbuk koko, serbuk penaik, serbuk soda bikarbonat, susu cair dan minyak. Pukul hingga sebati
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan air suam dan kacau hingga rata.
5. Sediakan tupperware microwave dan masukkan dalam 3 bekas. Kemudian kukus sehingga 15 - 25 minit.
6. Selepas kek sudah masak. Biarkan ia sejuk seketika dan letak di tepi.
7. Panaskan whip cream sehingga mendidih. Kemudian tutup api.
8. Masukkan coklat yang di hancurkan tadi. Kacau hingga rata dengan cepat.
9. Masukkan madu tadi. (membuatkan coklat bertambah berkilat).
10. Selepas kek di yakini sejuk. Masukkan coklat ganache yang sedang panas tadi ke atas kek tadi dan ratakan.
11. Tabur coklat rise. Kalau nak sedap masuk peti sejuk.
Selamat mencuba ya...
Lots of luv,
Dalee~~
Nota pesanan : Selamat datang ke blog saya. Jemput datang lagi. Oh ye. Kalau rajin tolong klik iklan2 di atas itu. Terima Kasih.