Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 20, 2010

DIY Balang Kuih Raya

Ahhaaii~~

Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan 'Selamat Hari Raya' menyusun sepuluh jari andai susunan kata xseindah yang di harapkan, perlakuan kadang-kala sumbang, hati kadang-kala menyakiti..Ayat skema di hari raya...Tapi paling tidak boleh ku dengar lagu YUNA..  Selamat Hari Raya OOooYea... Tapi nak buat macam mana.. dah YUNA rasa seni lagu tuh...

*********************************************************************************

Ok hari ni aku bukan nak cerita pasal lagu raya atau baju raya yang vogue da vasss tu ye.. aku nak cerita pasal balang kuih raya yang setiap tahun pelbagai patern yang ada di jual di pasaran. Sebagai seorang isteri yang bergred B3 (di tolak markah sebab kadang-kala malas nye mengalahkan unta di padang pasir hehhehe) dan berdedikasi, aku mengikut rentak Encik A yang macam sakan je nak beraya. Semua nak di belinya. Bagi aku pula, raya tu biasa2 je.. tak ada la suka sangat. Berbalik pada balang kuih raya itu, aku nak cari yang murah tapi cantik dan lain dari yang lain. Tapi Encik A suka memotong kebolehan kekreatifan aku. Bila dah siap di dekorasi balang kuih raya tu, selamba je Encik A cakap "Balang ni macam boleh buat hantaran je. Isi kerepek dan kacang2 jelah". Sentap ok.

Okkan? Tak adalah poyo sangat.Kan? Kan?Kan?

Saya tahu ramai kawan-kawan di luar sana lagi kreatif, innovatif dan proaktif bab-bab DIY ni. Tengok jelah yang buat barang2 kawen tu, semua DIY kan..Kepada yang baru2 nak berjinak dalam DIY.. marilah kita belajar bersama2.. tapi pastikan mood tengah ceria tau. Kalau tak buat riben pon tak menjadi, jadi lepat pisang plak kang..

Sediakan bahan2 nya...


Riben 2 jenis, 1 organza dan 1 satu riben biasa, pistol dan gam tembak (boleh cari di kedai hantaran atau kedai bunga - RM10-RM15 mengikut saiz) dan gunting. Kemudian Potong riben megikut saiz botol. Gam riben biru tadi bersama riben organza. Gam sedikit2 je tau.. untuk hasil yang lebih kemas. Kemudian ikat pada balang dan bentukkan seperti riben.

Terima kasih kerana mencuba dan membaca blog yang tak seberapa ni..

Lots of Luv,
Dalee~~



Wednesday, September 1, 2010

Jalan-Jalan Cari Makan : Ramadhan @ Steamboat Antarabangsa, Bangi

Ahhhaaaiii~~

Mode nak makan steamboat. Setiap bulan aku pergi layan steamboat sekarang ni. Buffet steamboat ni aku rasa berbaloi2. Especially time Ramadhan ni, sebelum berbuka memang semua nak makan, bila dah masuk waktu berbuka tu..nafsu dah tak ada, tinggal perut je menadah makan. Jadi bagi aku, kalau nak buffet pun biar harga tu berpatutan. Kalau dah terlebih2 bajet tu, panjang2lah pada yang lebih memerlukan.

Sebelum ni kami dah plan nak pergi makan di flamming, sunway. Namun, ada pulak isu2 makanannya di ragui dan tempat solat tu susah bebenor. Kami pon cari tempat steamboat yang lain dan di yakini halal. Wuuiiiisshhhhh penat sih.. cari tempat lain dengan syarat mesti ada CHOC FONDUE.. tak ke susah nak mencarinya.. itulah yang membawa ke bangi tu. Redha.

Inilah kedainya.. berhampiran dengan kedai Wong Solo, Bangi

Minta maaf ini gambar selepas berbuka..semua dah licin tapi kalau lapar juga boleh request pada owner dan mereka akan tambah. Licik dan pintar juga owner ni, dia letak sikit2 sebab nak elakkan pembaziran. So, se elok2nya datang awal, bolehlah cekau makan awal jugak. Yang macam fridge tu, itulah fridge atau peti sejuk penyimpanan fish ball and all segala ball..
Yang kat atas ada bendera tu ialah asam jeruk2 yang terlampau sedap. Sorry aku tak makan jeruk. Di bawah tu pulak, buah-buahan, sudu, gafu, chopstick dan sos yong tau foo dan chili (superb).

Air sejuk, air kosong dan air panas pun ada. *Tips - air sirap tu kan korang letak buah tembikai.. makk aii sodap. Jangan jeles boleh?

Korang rasa aku tengah buat apa? Ni tengah menghabiskan air krim dan meletak semua topping yang ada di kedai tu...close up sikit.. shoohhh pergi main jauh2 Daleela.. dah la besar..

Geram tak? Muahahaha Aku rasa owner tu geram kat aku dan kawan2 sebab dah banyak kali makan ais krim dieorang.


Ni yang di kejar2 sangat ni mashmallow with choc... hehehehe tapi dapat makan sikit je. Perut dah kenyang sangat.


Kami kenyang sebab steamboat ni... best boleh steamboat dan bakar (2+1) hanya dengan RM22 net. Di redwok kalau nak grill harga nya RM28.

Tempat dia agak kecil. Tapi owner akan open table di luar kedai. Open sikit, tak panas sangat.

Info2 lain :
Steamboat Antarabangsa berdiri tehug dengan slogan EAT ALL YOU CAN!! Macam sama dengan flamming lah pakcik.. Hehehehe

Surau - memuatkan 2 orang dalam 1 masa

Buatlah tempahan dulu sebaik2nya...

Pakcik Selamat Maju Jaya ye... Sila refill selalu...


Lots of luv,
Daleela








Aku nak beli..

Ahhaaaiii~~

Aku nak beli kipas besar agar senang aku nak kipas orang.
Aku nak beli pengilap kasut agar senang aku nak gilap kasut orang.
Aku nak beli pendakap gigi agar senang uratku membentuk senyuman.
Aku nak beli besi konkrit agar senang menampung tulang belakang dan beri kekuatan dalam hidupku.
Aku nak beli duit agar senang aku membeli maruah orang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails