Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 2, 2010

Munch, Review and Win with Rice Crisps by Mister Potato




Ahhhaaaiiii~~~

Hei geng.... Jom makan-makan nak tak? Tak Mau... Ini serius...Takut Gemuk? Jangan takut....

Jerit ramai-ramainya......

SAY NO to......

No Add MSG,
No artificial colouring,
 Only 20% less fat
Trans fat free
No cholesterol

but

SAY YES to....

Mister Potato RICE CRISPS...
Sedap..
Kenyang..
Halal..

Apakah ini Daleela?

Inilah usaha saya nak kurus, nak kenyang sambil tengok wayang PRINCE OF PERSIA...

Tiru macam saya ya...see tetap maintain~~ hahahahah














Makan hari-hari pun tak apa boleh pilih perisa lain...





Terima Kasih nuffnang kerana info DIET terbaik ini..

Tuesday, June 1, 2010

Kapal Milik Malaysia Ke GAZA.. siapakah?

Ahhaaii~~

Aku tahu ramai yang blogger tak berapa suka baca isu tentang politik. Tapi kamu semua perlu terbuka minda. Mengetahui apa yang terjadi seisi dunia sekarang. Perlu mengambil tahu tentang masyarakat ISLAM sedunia. Walaupun aku bukan MUSLIM yang baik, kadang-kadang terlepas benda yang wajib tapi dasar perikemanusiaan wajar rasanya aku meluahkan perasaan marah pada ISRAEL.

Malas rasanya nak cerita bagaimana ISRAEL berjaya mencipta TANAH mereka di peta dunia. ISRAEL kaum yang di laknat ALLAH ini sebenarnya di haramkan mereka mempunyai tanah. Tapi ISREAL BINATANG ini memang dasar tak mengenal untung, dah bagi peha nak betis. Hanya setitik tanah boleh menjadi sebidang tanah. Allah dah mengharamkan mereka mempunyai tanah, tapi manusia ingkar dengan perintah ALLAH. Inilah balasannya........

Cuma di awal waktu, sepupu En. A minta bantuan dari kami untuk rakyat palestin..aku sedikit pun tak ragu nak beri sumbangan.. masa itu aku rasa 2 bulan yang lepas. Dia ada bercerita dengan aku yang Malaysia akan hantar 2 biji kapal. 1 biji milik Dr. Mahathir (sumbangan peribadi) dan 1 lagi kapal akan di beli apabila dapat bantuan dari rakyat Malaysia. Kak Long begitu gigih mengajak kami JOIN pergerakkan ni. Cuma masa yang tak mengizinkan. Kempen di sana-sini.. tapi aku rasa media masa tak ada pulak nak cover cerita pasal bantuan kemanusiaan ni. Rasanya dalam TV pun aku tak pernah nampak (betulkan aku sekiranya aku salah). Kecuali TV Awani aku jarang tgk...Minta Maaf. Kempen mengenai JIHAD isteri perjuang Palestin di buat di MASJID WILAYAH..dan yang terbaru membabitkan artis-artis di STADIUM SHAH ALAM... tapi jangan haraplah MELODI nak terjahkan... Solat hajat ada di lakukan sebelum Konsert Bantuan Palestin itu di mulakan..Waktu ini ialah FINAL untuk sesiapa yang bagi SUMBANGAN.. dan acara menghantar wakil MALAYSIA ke GAZA..
KAK LONG ada bagitau aku mengenai hasrat BINATANG ISRAEL ini menggila nak menakhluki masjid AQSAR. Ini di sebabkan TANAH di MASJID itu di anggap suci oleh YAHUDI (memang suci pun.. inilah kiblat kita yang pertama) dan sekira mereka dapat menguasai tanah tersebut mereka dapat menakhluk DUNIA...

Kenapa mereka bunuh semua kanak-kanak yang tak berdosa? SEBAB kanak-kanak tersebut telah menghafaz AL-QURAN. Dan janji ALLAh sekiranya ada sesapa umatnya yang menghafaz AL-QURAN dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian, ISRAEL tak berjaya dalam misinya menakhluk dunia...
KAK KUJIE ada entri ni juga.. rasanya ramai juga warga blogger cerita pasal ni...SEMUANYA MENUNJUKKAN SIMPATI KITA PADA WAKIL YANG BERJUANG FISABILLILLAH PADA GAZA...
BERSAMA-SAMALAH KITA MENGHANTAR DAN MEMANJATKAN DOA KEPADA ALLAH AGAR WAKIL-WAKIL KE SANA SELAMAT. DAN JUGA MISI KEMANUSIA ITU BERJAYA DAN BEKALAN SAMPAI KE GAZA. AMIIIN...

Ketibaan yang tiba-tiba : Semua yang aku tulis ini adalah hasil penterjemahan kak long pada ku.. aku yakin kak long tak mungkin tipu...sehingga hari ini fakta berapa jumlah sebenar kapal malaysia ke sana tidak di ketahui. Sebab dah lama aku tak jumpa kak long.. nak jumpa jugak ni sebab nak bagi katalog COSWAY.. heheheh

Acid Folic & Pregnancy Test

Ahhhaaii~~


Bukan gimiklah kawan... Aku tidak berkata apa-apa tentang hal mengandung atau dikandungkan pun.. =).. Apa? Kamu orang tidak sabar.. Haaaiiissshhh.. aku lagi tidak sabar petala ke 8.. Rezeki semuanya datang dari Allah...Let's cekedout...

Seminggu yang lepas, kedatangan kala bulan mengambang aku tidak seperti biasa. Agak pelik dan benar. Apakah? Kedatangannya hanya 2 hari je.. Selama bertahun-tahun waktu anak dara dulu, tidak pernah pulak terjadi begini. Haiissshhh belummmm.... tak mungkin mengandungkan...Dengan tidak sabarnya, keesokkannya aku pergi beli pregnancy test.... Cuba teka?....hahahhahaha Salah! Salah! Salah!.... 1 line je bukan 3 line.. opss.. 3 line??? bukan tidak sama sekali.. -stop- melalut sudah... maksudnya yang lebih jelas ialah -ve yek.

Kepala degil batu ada dalam duduk, takut dan tak percaya, lantas pergi berjumpa doktor. Doktor ni sampai hati tak nak pegang pun perut aku. Dia hanya checked jantung je...Seraya berkata :

" Awak ni tension sangat ni..Asyik pikir nak dapat baby jek. Awak muda lagi.. Relax ar dulu.."

Waahhh... pandai doktor ni.. kalau tak pandai tak adalah jadi doktorkan...

"Saya bagi awak asid folic dan pregnancy test. Awak makan ubat ni hari-hari. Lagi 2 minggu baru guna pregnancy test tu plak..ok.. jgn stress2.."

Terima kasih doktor kerana kau memahami...hehhehehe aku tak adalah mengharap sangat nak babykan.. cuma perlu proaktif bila melibatkan hal kesihatan ini. Kalau dah terlambat tak sempat nak mewasiatkan apa2... hahahah macamlah kau ada harta Daleela.. ngoooiiiii!!!!

Dah 4 hari aku makan pil asid folic tu, perubahan yang aku paling suka ialah badan menjadi kuat dan bertenaga & tak mengantuk pun kalau tidur lambat dan yang aku tak suka ialah nafsu makan dah meluap-luap gaya macam 10 hari tak makan. Tak putus-putus tangan bergerak ke mulut....

Wanita yang mengambil asid folik sekurang-kurangnya empat minggu sebelum kehamilan boleh mengurangkan risiko kecacatan pada saraf tunjang dan tempurung kepala bayi sebanyak 70%.
Bagi wanita yang pernah melahirkan bayi dengan kecacatan di atas, asid folik disarankan diambil sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum memulakan kehamilan. Memandangkan anda tidak dapat menjangkakan bila akan hamil, eloklah memulakan pengambilan asid folik dari sekarang.... (Dr. Adilah Ahmat, hmetro).

Kita hanya berusaha namun Allah jua yang menentukan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails