Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 21, 2012

6 months check up : Tidak menerima hakikat


Assalamualaikum dan aaaahhhaaaaiiii~~~~


************************


Akak rasa terlebih muatan bulan ni. Selalunya jadual check up akak sebelah petang sebab malas nak bangun  pagi2 dan En. A pun agak kurang menepati waktu bila pagi. Selalunya akak buat check up di 2 tempat. Klinik Kesihatan Ampang dalam jam 2 dan Klinik Samuel dalam jam 4.30.

Macam biasalah kalau appointment jam 2 tak semestinya start jam 2. Kena ambil jugak no. giliran. Dis round Klinik Kesihatan Ampang menukar sistem pengurusannya.. rasa cam ada kelam-kabut sikit... sikit jek. Dah dapat agak bulan ni mesti sure berat naik dari kebiasaan. Bila nama di panggil, nurse suruh gi timbang berat macam biasa tapi tak ada orang jaga pun. Mata takut nak pandang timbang *ting ting ting* 80.40kg. woohaaaaa... 4kg dlm masa 4minggu. Syabas bette'.. Letaq kepala lutur ni kalau suruh minum air gula hari ni. Sure akak fail. 

Nurse tanya "Berapa?" 
Akak jawab "79.4kg". Argghh sudah, menipu plak ni.

Nurse senyum sebab berat naik lebih dari 2kg. Akak terus je wat ujian lain seperti biasa. Ambil air kencing, amek darah (part ni tak suka sebab jari macam kena stapler je..) dan check perut. Bila ujian darah keluar.... Adeesss HB turun dari kebiasaan 11.05. Tapi masih dalam keadaan normal. Pasal berat yang meningkat dari kebiasaan tu terpaksa mendapat perhatian dari doktor. Minggu depan confirm minum air gula. Ni gara2 makan nasi kandar lah ni dan kurang makan jambu... dan minggu ni pun kene henjet kancing gigi. Lenguh dan tetiba rasa nak demam mungkin sebab phobia tengok jarum. Eh semenjak?


**********************************************************

Ajaibnya bila timbang berat kat Klinik Samuel, eh eh eh elok je dia 79.4 kg. Kira akak tak tipu lah tadi.. mungkin timbang kat KKA tu rosak atau nak sabotaj ni. hehehe.Bila tanya Dr. Samuel, dia kata berat naik dari 2-4 kg is normal. So far jumlah peningkatan akak dari bulan pertama hingga sekarang hanya 9kg. Ok lateeeww...Kebiasaannya kalau akak ke klinik Samuel, doktor akan scan baby. Tapi hari tu kami tak scan sebab sebelum ke KKA kami ada buat scan 3D/4D kat Klinik Kita, Bandar Baru Ampang. Baby membesar dengan sempurna dan normal. Syukur alhamdulillah.. (Nafsu makan pun boleh tahan ni..kuat minum Hot Chocolate Starbuck.. adesss.. Anak, sianlah kat Mama..Tapi kekadang tipu dia bagi minum milo sudah.. (^_^))

Gambar 3D/4D tak leh tunjuk lagi.. Baby malu cam 'Mama' dia.... (^_^)


  *********************************************************


Walaupun dengan dengan keadaannberat seperti itu akak rasa ramai yang kata perut akak ni tak nampak macam 6 bulan. Ada sekali pak guard kat Mid Valley kata "Eh.. dah gemuk lah awak" Hengkau ni pakcik macam nak tempah tapak tangan je.




Nampak biasa2 je kan? Itulah kelebihan orang yang kurang lemak di perut. Kurang ke????? (^_^). Hebak tak hebaklah akak boleh pakai baju kurung lagi time 6 bulan pon. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana memberikan kesihatan yang baik buat 'Mama dan Baby' selama ini. Kami mendoakan orang lain jua mempunyai kesihatan yang baik. Aminnn..


Lots of luv,
Mommy Dalee~~



Saturday, March 17, 2012

Minggu ke 25 yang pilu...



Assalamualaikum dan aaahhhaaaiiii~~~~


************************

Semalam adalah pengalaman pertama 'Mama dan Baby' naik public transportation selepas 6 bulan di manjakan 'Papa'... Rasa begitu hebat dan risau sebenarnya. Kalau dulu 'Mama' memang RATU rebut, dari zaman belajar dulu memang dah biasa rebut2 naik bas ni... tapi semalam 'Mama' wat lek lek je naik bas sambil doa2 ada tempat duduk untuk 'Mama dan Baby'. Sebelum naik bas pun 'Mama' dah pesan pada 'Baby' to be strong today sebab kena berdikari sikit. 'Papa' tak ada, kena masuk hutan (latihan wataniahhhhh... (T_T)). Kerana hati tisu 'Mama' ni.. 'Mama' sanggup gagah balik naik bas, naik putra, lrt dan last sekali teksi. (dari mid valley ke ampang)

Malam jumaat tu, hati 'Mama' dah tak sedap. Rasa pilu tu dari office lagi.. Banyak betul kepincangan semenjak manager baru dari EY tu masuk. Rasa macam nak resign je... tapi rezeki 'Mama' tak ada lagi kat tempat lain. Lepas 'Papa' kalut2 dengan preparation wataniah dia, akhirnya 'Papa' datang pick up 'Mama dan Baby' dari office jam 9.30 p.m. Masuk dalam kereta dan tengok muka 'Papa' yang kepenatan lagi pilu sebab nanti terpaksa berpisah sekejap dengan papa 3h 2m tanpa sebarang komunikasi.. ateee gilala...Lepas tu kami terus gerak pergi kedai makan sebab 'Papa' kata dia belum makan.

Lepas dah makan dalam jam 10.15 p.m. tu kami pun balik rumah 'Mak Mama'. Cam biasa borak2 sikit dengan  'Mak Mama' tapi nampaknya tak di layan macam cakap dengan dinding.. adeeeeeeesss.. lagi pilu hati ni,,, tak tau lah kenapa dengan 'Mak Mama' ni. Muka pun kelat macam Teh 'O' pekat. Lebih baik 'Mama' masuk bilik dan siap nak bersihkan diri pastu leh tido..Kebetulan nak masuk bilik air tu, 'Adik Mama' pun nak masuk tapi dia sempat berborak dulu dengan 'Mak Mama'. Entah hapa2 dia borak tetiba naik angin tak jadi masuk bilik air dan terus masuk bilik dia. 'Mama' masuk bilik dia tanya nak mandi dulu ke? Terus tak semena2 'Mama' kena tengking. Pakalla 'Mama' tengah penat dan mengandung ni, kalau tak memang 'Mama' dah sepak dia. Dek akibat kena tengkingan tu terus terjatuh air mata pertama dalam tahun 2012 ni..Menangis tak berhenti2 sambil masuk bilik air mandi dan berwuduk. Lepas 'Mama' dah selesai solat, 'Papa' dah tanya2 kenapa nangis2 ni. 'Papa' ingat 'Mama' nangis sebab dia nak gi wataniah....itu hanya 30% je.. Tak delah sedih sampai nak nangiskan.... 'Mama' diam jelah.. malas nak cakap pape. Cuma 'Mama' cakap esok 'Mama' nak gi rumah MIL kat Ampang.

So sekarang ni, 'Mama' ada kat rumah MIL. Tak tau nak wat pe. Dah macam penguin sakit pinggang. Terbaring je. pagi tadi 'Mama' dah makan roti beli kat cold storage semalam. Ni dah dekat jam 12 p.m. 'Baby' belum tunjuk tanda2 lapar. 'Mama' rasa hari ni 'Baby' makan lewat dari kebiasaan sebab tak nampak tanda2 dapur nak berasap lagi.. hukhukhuk.. Kalau nak harap 'Mama' turun pergi cari makanan, memang penatlah naik tangga. Tak pe 'Mama' topup perut dengan Milo O dulu jap lagi.. Harap2 'Baby' strong. 

'Mama' janji lepas ni 'Mama' nak belajar sampai mahir bawa kereta. 'Mama' rasa susah sangat tanpa 'Papa' di sisi. Tapi 'Mama' masih tenang dan kuat sebab Allah bersama 'Mama dan Baby'. Insyaallah. 'Papa'.. baliklah cepat. 'Mama dan Baby' nak balik rumah kita....


Lots of luv,
Mommy Dalee~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails