Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 15, 2011

Jalan - Jalan Cari Makan : TGI Friday's


Assalamualaikum dan ahhhaaaiiiiii~~~

********

TGI Friday's birthday celebration yawwww!!! Sesiapa yang merancangkan kezutan, kebingitan dan kekelakaran (whateverrrrr) bolehlah bawa teman atau orang yang tersayang, musuh pun tak pe untuk 'menyeleberate' (maaf terogol bahasa) birthday di sini. Memang happening gila...

Memang so suprise lah dengan plan yang di buat oleh office mate akak ni....(buat muka terkezut sekali).



Thank you very much, nandre, toche', terima kasih ye untuk semua. Another sweet memory save in my hardisk. Ya Allah pendeknya aku.. (baru sedor).


Untuk pembuka selera, kami order buffalo wings (kecik je.. tipu. Bukan buffalo besau ke. Dok bayangkan besau gear box tu..melampau)




Lawan arah jam : Orange juice, Berry juice (kotlah.. xingat), Orange juice with cherry (hahaha xingat nama) and chocolate shake. Tak macam di Chillies grill and bar, air tidak boleh refill ya.. Harap maklum.


Sebelum order make sure perut anda sudah cukup besar seperti stokin. Nampak kecil tapi masyaAllah ponek nak habiskan ok.

Lawan arah jam : Tennessee Burger, Sirlon steak, New York Strip dan Beef Bacon Burger. Harga di antara RM23 ~ RM50.



Macam budak keciklah nak potong2 kek kan? Ayooo malunyeeeeeeeee... (muka macam aso jual sayor kangkung kat pasar malam sentul). Tak sempat nak make up tauu..



Overall 4/5. Highly recommended.


Akak dah tua. Siapa boleh teka berapa umur akak? Kakakah.. En. Ameer sila jangan bocor rahsia. Remove kalau awak komen.


Lots of luv,
Dalee~~




Tuesday, June 14, 2011

Jalan - Jalan Cari Makan : Wadi Hadramawt



Assalamualaikum dan ahhhaaaii~~~~

*********

Ada lagi tempat makanan arab yang sedap dan harga berpatutan. Sesiapa yang terlalu Jalan Ampang, mungkin anda boleh cuba ke Restoran ini.


Restoran ini terletak di antara kedai jualan kereta2 mewah. Sambil2 makan usha-usha jap kereta idaman sambil berangan-angan tinggi. Rasa macam anak datin. Kunun datang pakai mini cooper kelabuuuu..... Aduiii tinggi sangat kot berangan tu hah....



Apa yang best di sini, pastinya suasana Yemen tu lah... Kalan anda nak order jangan risau, kebayakkannya pandai bertutur dalam bahasa Melayu.. English ada kureeeng sikit.. Jaga2 ye.. cakap belakang pandang2..



Mengikut pengalaman yang lampau... ehh pengalaman yang lepas2, portion makanan timur ni besar dulang. Bayangkan di atas ni 1/2kg Lamb Maghout (Nasi dan ayam di masak sekali bersama rempah istimewa). Highly recommended. Memang untuk 2 atau 3 orang makan (siap boleh tambah dan tapau bawa balik rumah). Harga sangat berpatutan RM26 sepinggan (1/2 kg) dan RM48 (1kg).




Lamb Kebab RM18. Sedap bersama roti itu.. Macam tak percaya kami mampu makan lagi selepas makan nasi di atas itu. Hehehe Birthday girl ambil kesempatan.




OoooOoo itu Mint tea arab... sedap.



Soooo Yemen kan? Bukan nyaman ok. OOooOoo sesiapa yang mencari madu sidhir, di sini pon ada jual 1/4 kg - RM150 (small jar). Madu Sidhir ini ada tertulis kebaikan nya dalam Al-Quran.


Very the unique....Kesimpulan tempat dan makanan 4/5.




Birthday girl ni dah makin gemuk tssssk tssskk tsssskk susah nak turun dah. Tak ada masa nak eksersaissssss..... Saya dah cukup besar, tak perlu nak kek2 bagai yek. Belanja makan sudah memadai. Untunglah siapa yang jaga akak ni... heeeeeeeeee


Lots of luv,
Dalee~~



Wednesday, June 1, 2011

Rumah terbakar jangan panggil bomba...


Assalamualaikum dan ahhhaaaaaiiiii~~~~


********************

"Rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba.."

Pernah dengar pepatah "dapur berasap". Maksudnya kalau isteri tak masuk dapur, tak berasaplah dapur tu sebab dia tak masuk. Hari akak nak memperjelaskan maksud tersirat yang mungkin ramai tak tahu. (^-^). Cuba bayangkan kalau isteri tak masuk dapur dan memasak tapi lupa nak tutup api... Berasap tak dapur? Bukan setakat berasap ye, berapi dan berletuplah dapur tu...

Kunuk pagi ahad minggu lepas nak buat keow teow goreng ketika suami masih di beraduan. Semua bahan dah tersedia. So bajat multytasking lah sangat.. panaskan minyak di dapur dan pergi ke hall rumah silang kaki nonton Chep wan memasak... Elok chep wan tu masukkan bahan2 die dalam kuali, sekali ada macam 3D effect kat skrin TV akak. (Ingatkan En. A dah tuko TV baru). Rupa2nya api telah marak naik keatas kuali...huwaaaa .. sebab akak tau akak bukan kadet bomba dulu, benda pertama akak buat ialah " Yaaaaannnggg.. tolong2 ..yannng". Macam robot En. A bangun, gila pantas. [kalau dengar alarm tak pulak pantas macam ni]. Akak tak tunggu dah En. A tu.. akak amik kuali tu letak terus dalam sinki dan pancurkan air... haaaaaaaa...nasib tak merebak2 ke tempat lain..




Menggigillah kejapkan kaki dan tangan macam kena parkinson... Fobia ku nak masak sekarang ni..Asap dah berkepul2 macam kat cameron higlands. Feel gilaa... hahahha

Kelmarin pun terjadi lagi satu letupan kecil di rumah. Macam bunyi kentut cumel. Pagi-pagi subuh yang tenang tapi selalunya tak tenang sangat buat akak. Elok akak memanggang hotdog untuk sarapan, bau tu dah merebak ke serata rumah. So kununnya  nak hilangkan bau tu, akak nak 'on' kan air filter tu. Cucuklah plugnya di extension which i know that one of the plug tu rosak.. Tapi manusia memang degil. Sebaik akak cucuk..2 saat ok, puuttt bunyi letupan cumel dan rumah jadi gelap macam gua. En. A terus bangun macam robot lagi. [boleh guna teknik ni untuk kejut dia next time..hahaha].

Kena sound sekali "Awak buat apa lagi yaaaanggg..."
Akak menjawab dengan tenang nak cover salah sendiri "Mana tau.. 1 blok ni kot blackout"

En. A bukak pintu beranda dan nampak umah untie sebelah tu terang benderang.. " Umah untie tu terang je yaangg, umah kita jelah ni..."oopppsss I'm sorry...

hahahaha.. time2 macam ni nak cari torchlight memang tak jumpalah.. HP pleassseee
"Yang nah tipon, u guna untuk menerangi sambil menolak balik main suis tu.."


Alhamdulillah tak ada apa2 yang alat elektrik yang rosak.. Sekarang baru akak rasa torchlight tu penting bangat selain dari selimut padam kebakaran yang perlu ada di rumah...


Dun try dis at home Yaww!! \(^_^)/



Lots of luv,
Dalee~~






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails