Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 26, 2011

Malam ini bermula......... 26/4/2011-30/4/2011


Assalamualaikum dan ahhaaaii~~~

**********

Entry kali ini untuk peringatan diri-sendiri yang makin kerap lupa. Selepas [proses ini] bff akak datang melawat pada 23/4/11. Tepat je waktu dia datang. Pada hari yang sama, kami pergi berjumpa doktor peribadi yang tak peribadi sangat tu. Doktor bagi  fertility drug yang perlu di makan bermula malam ini 26/4/11 untuk ehem-ehem selama 5 hari. Next appointment will be on 4/5/11 untuk melihat telur dalam perut wanita. Untuk dipastikan telur2 tersebut berukuran pada saiz yang betul. Kalau besar sangat proses meng'injek' telur untuk dikecilkan akan dilakukan.

Emosi akak stabil je sekarang ni bila cite pasal anak ke orang mengandung ke. Sudah belajar apa itu redha.


lots of luv,
Dalee~~


p/s : Thanks nuffnang untuk iklan itu...dengar tak nuffnang oii. Buatlah contest.. xde sponsor ke skrg?


Wednesday, April 20, 2011

Ciri-ciri lelaki idaman... Dapat ke?


Assalamualaikum dan aaahhhhaaaaii~~~

*******************


Hari ini akak nak cerita pasai ciri-ciri lelaki idaman. Meh le kite wat check list, kita dapat tak lelaki idaman kita. Adakah ciri-ciri itu ada dalam dirinya..


1. Beragama
2. Pandai main gitar
3. Berpelajaran
4. Hidung Mancung
5. Tinggi
6. Menghormati orang tua
7.Tidak cerewet
8. Kerja beruniform
9. Mata sepet dan muka mix 
10. Kaya


Akak senaraikan 10 je. Akak tau korang mesti ada banyak punyakan? Hengkorang ingat akak ni artis ke? 10 cukuplah ye dak..Aduiii cube bawok besabor sikit.. Awok nak cite le ni. Dapat ke idok ciri2 yang di idamkan.  

1. Beragama

Alhamdulillah. Dapat la.. Tidak le ustaz. Memadailah boleh mengimamkan akak dan keluarga bersolat. Tahu hukum halal dan haram tu. Makan rasuah tu HARAM tak? Ramai yang tahu tapi masih ada yang ambil. Esok lusa anak tak dengar cakap, isteri tidak berkelakuan baik, ingatlah kembali duit yang digunakan untuk menyara keluarga tu duit HARAM atau tidak. Tiada cara menghalalkan yang HARAM. InsyaAllah. Sama-samalah kita beringat.

Tetibe terasa macam ustadzah Bahiyah semanis kismis.. hehehe

2. Pandai bermain gitar
Akak memang minat betullah orang yang pandai main gitar ni. Ish taktaulah nak kata apa.. memang suka bebenor. Dulu time sekolah, minatlah kat ketua aspura tu sebab dia pandai main gitar, yang X-Boipren pon sama pandai main gitar dan Kanda akak yang sekarang ni pun pandai main gitar.. Kira memenuhi citarasalah

3. Berpendidikan
Alhamdulillahlah.. orang malas pun boleh berjaya. Lelaki memang lambat matang sikit.

4. Hidung Mancung
Ok. Dapat. Tak taulah teori mana akak pakai, kalau orang mancung mesti hensem dan cantik di mata akak. Contoh macam Ashraf muslim hensem sebab hidung dia mancungkan, Awal ashaari pun hensemkan hidung die mancungkan dan Pasha sendat hidung dia cantikkan.. Eleh korang xnak mengaku pansha sendat tu cantik sebb korang anti die kan? Tapi kat ABPBH undi dia..napa tak undi hidung kemek tu? hahahaha psssst... risiko bila kita dapat orang yang hidung mancung ialah penghinaan demi penghinaan akan kite terima. Ada ke patut Kanda akak cakap idung akak mcm mickey mouse?

5. Tinggi
Ini wajib eh.. tinggi ni bagus sebab senang suruh capai apa2 kat umah. Tapi masalah bila terlalu tinggi terpaksalah akak si pendek gemuk ni pakai high heels.

6. Menghormati orang tua
Pun kira wajibul ghunnah gak. Kalau boleh pijak semut pun tak mati depan ayah dan ibu. Tapi jangan lupa potong kuku kaki tau.. hahahha

7. Tidak cerewet
Huhhhhh... xdapat ok. Dapat lelaki yang kategori cerewet KELAS A punya. Tak boleh cerita lebih2. Berdosa.

8. Kerja Beruniform
Ni lagi 1 teori, di mata akak.. abang2 yang beruniform tu semuanya hensem. Abang trafik yang jaga trafik tu pon hensem. Abang tentera laut tu pun nampak segak.Kanda akak beruniform tapi bila Kanda akak pakai....eeermmmm... no comment. (^_^)

9. Mata sepet dan muka mix
Suka tau mata sepet cam Samzy tu.. muka mix cam muka cina kan... haduii nampak kiut dan hencem.. Dapat ke?

10. Kaya
Subjektif tau.. Sebelum kahwin mesti suka lelaki yang kayo rayo.. Tapi kalau dah ada rumah, keta, kerja tetap dan kaya dengan budi bahasa memadailah.

Pendek kata adalah ciri2 idaman lelaki akak. Kalau tak de pun kene buat2 ada jugak. Heh.

Yayang... duit royalti publisiti gambo ni nnt i bagi time raya eh..



lots of luv,
Dalee~~





Monday, April 11, 2011

Ujian kesuburan bagi pasangan yang menantikan cahaya mata


Assalamualaikum dan aahhhhaaaaiiii~~~

*************

I'm free from 'kanser serviks'... hehehe \(^_^)/. Berani jugak akak ni ambil ujian PAP SMEAR. Ngerinya dapat di gambar seperti {INI}. Ini bukan cerita dalam kain wooo~~ Seperti semua orang ambil berat sangat, sudah hampir 1 tahun 2 bulan kami belum menimang cahaya mata selain menimang bantal. Terasa diri akak ni macam artis pulak.. sibuk bebenor orang ambil berat tentang isu ini. Untuk pengetahuan semua..kot2lah ada yang tak tahu ye dak..semua tips kami mengambil kira, ibarat rugi tak photostate tips exam di kedai photosate. Mengurut dah lebih 10 kali, pantang tak payah cakaplah setahun dah akak tak makan tembikai, air kelapa, soya baru je start 5 bulan pantang. Makanan yang tak suka makan dulu kini menjadi makanan kegemaran sayur taugeh dan air susu kambing. Kadang2 tu ada juga rasa hamis badan ni. hehehe..

Macam biasalah bila balik kampung itu soalan peberet. Namun tak di nafikan ada yang memberi cadangan suruh kami pergi check doktor. Sebenarnya cara yang betul ialah pergi check dulu apa permasalahan di perut kita ini dan si penderma sperma itu. Kadang2 kite tak sedar yang perut kita ada fabroid, kualiti sperma xhebat dan slow motion atau rahim condong 45 darjah. Kalau kita dan pasangan NORMAL. Itu tandanya ALLAH ingin menunjukkan kuasaNYA terhadap kita. Tapi kita perlu berusaha dengan pelbagai cara. Ok tak kawan2?

So akak dan En. A membuat keputusan untuk pergi check diri di Klinik yang di syorkan oleh sepupu En. A. [Klinik Samuel & Samuel Specialist Maternity Centre & Specialist for Women]. Dengan lebih tepat ialah ujian mengesan kesuburan.

Prosuder lebih kurang begini [bergantung kepada klinik2] :

Ujian kesuburan wanita

Step 1 :
Doktor akan melakukan ujian darah pada hari pertama period. Bertujuan mengesan hormon dalam badan. Sekiranya hormon kita tinggi, doktor akan memberi ubat untuk merendahkannya dan sekirananya horman kita rendah, doktor akan memberikan ubat untuk meninggikannya. Sekiranya normal, normalla...

Keputusan hasil dari ujian selalunya akan keluar seminggu selepas tarikh ujian di lakukan.

Step 2:
Mengambil sampels air kencing untuk mengesan penyakit lain. (terlupa nak tanya sebab apa)

Keputusan akan dapat seminggu selepas tarikh ujian dilakukan. 

Step 3:
Ujian pap smear di lakukan seminggu selepas period kering bersama step 2Pengalaman setiap orang lain2. Tapi Klinik yang akak pergi ni tak sakit sangatlah. Rasa macam.......... cuba lah sendiri. Sebelum doktor melakukan ujian pap smear ni, dia ada letak minyak di tempat tersebut. 

Keputusan akan dapat seminggu selepas ujian di lakukan.

Ujian kesuburan Lelaki

Step 1 [sahaja] :
Pasangan kita akan perlu ke makmal [di Jalan Ipoh] untuk mengambil ujian sperma. Macam biasa, mereka akan bagi bekas dan suruh ke toilet. Tiada teknik2 khas untuk mengeluarkannya. Sila lakukan secara manual.hahahaha. Tapi walaupun step nya 1, ada syarat2 yang perlu di patuhi iaitu tidak boleh bersama selama 5 hari. [pandai2lah menghitung hari]

Keputusan akan dapat seminggu selepas ujian dilakukan.

Secara kesimpulannya, ujian tersebut mengambil masa 2 minggu. Step 1 dan Step 2 untuk wanita boleh di lakukan serentak. Step 1 untuk lelaki boleh di lakukan serentak dengan mana2 step dari wanita dengan syarat tidak boleh bersama selama 5 hari.

*************************************

Mari kita tengok kos yang perlu anda bayar melalui Klinik ini :

Wanita
Step 1 = RM60 (ujian darah)
Step 2 & Step 3 = RM50 (Pap smear dan air kencing)
                            = RM10 (Consultancy)
Total = RM120

Lelaki
Step 1 = RM50 (Ujian sperma)

Selepas semua ujian di atas dikeluarkan dan akan menasihati anda mengikut keputusan tersebut. Sekiranya NORMAL, doktor akan suruh kita datang kembali pada hari pertama period pada bulan yang seterusnya. Inilah yang akak tunggu. 

Jangan pernah berputus asa dan jangan memperlihatkan kekecewaan kita kepada orang lain.

****************************************

Sesiapa nak cuba pergi ke klinik ini alamatnya :

Klinik Samuel & Samuel Specialist Maternity Centre & Specialist For Women 

No. 313 Jln Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Tel : 603-92843684 Faks: 603-92810395



Lot of luvs,
Dalee~~  

Friday, April 1, 2011

New Project - Dalee~cious|Taste me & Bite me [cup cakes and muffin]


Assalamualaikum dan aahhhaaaiiii~~~

***************************

"Apa perkembangan ko Dalee~~ selain kau pergi jalan-jalan cari makan..." Soalan paling kelako pernah di ajukan kepada akak. Buat kawan2 atau sesiapa jua yang meminati cup cakes dan muffin, akak telah melancarkan Dalee~~cious|Taste me & Bite me [cup cakes and muffin].


Buat B2B yang suwwiitttsss dan sesiapa yang chumeelll tu.. mari membuat tempahan hari ini.

sila kelik




Kenapa kamu.. kamu.. kamu.. perlu membuat tempahan kepada akak?

Kerana akak lebih mementingkan kualiti cup cakes serta design yang unik/cumel2 untuk penggemar cup cakes.. No No No copycat ok. Design sendiri, buah idea sendiri ok.


Apa lagi yang istimewa?


Kamu.. Kamu.. Kamu.. berpeluang mendapat VOUCHER RM1 setiap pembelian minimum RM30 hengget ke atas dan RM10 seterusnya. Contohnya begini, Bruno Mars membuat tempahan carrot cup cakes with creamy cheese 16 pcs = RM40 hengget. Bruno Mars telah berpeluang mendapat RM1 + RM1.. Selepas seminggu, beliau telah membuat tempahan lagi untuk candy cup cakes 16 pcs = RM40 dan beliau ingin menebus VOUCHER tersebut sebanyak RM2 (RM1+RM1). Oleh itu jumlah yang perlu Bruno Mars bayar ialah RM38. Daripada jumlah tersebut RM38, Bruno Mars layak lagi untuk mendapat sekeping lagi VOUCHER berjumlah RM1.  <---- seronokkan? sambil makan sambil kumpul.. Thanx brada Bruno jadi model contoh..





Setiap Voucher mempunyai No. Siri dan nama penerima. Setiap kali penebusan, sila scan/tangkap gambar dan email kepada Dalee~~cious. Akak akan semak dengan rekod pemberian voucher. hehehehe No No No tipu2.

Penatlah cite ..... jenguklah blog Dalee~~cious. Pasti meliurkan anda.



Ya Allah..permudahkanlah segala urusanku. Hanya padaMu yang tahu terbaik untukku.


Lots of luv,
Dalee~~



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails