Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 24, 2011

Mengeteh Di NZ Wangsa Maju bersama Mak Teh/kembar/Pak Ndak/En. A (Man City vs Man U)


Assalamualaikum dan aahhhaaaiiii~~~~

************************************************



Ok. Gambar di atas tak ada kena mengena dengan cerita kekalahan Man U semalam yang kena bahan 6 - 1. Bukan sepakan penalti ok!!!!! Tapi gambar di atas ada jugak kena mengena dengan Manchester City yang pernah membahankan arsenal sebanyak 8-0. Gambar di atas di ambil waktu Arsenal datang ke Malaysia bulan 7 hari tu... keciwa jugak sebab fabregas xdatang. Ok kita lupakan pasal si Arsengal ni...

Again program ad-hock minggu ini. Mak Teh punya plan ni. Mak Teh akak ni memang penyokong kipas susah mati MAN U. Sangatlah tidak menduga keputusan Mak Teh nak datang ke NZ Wangsa Maju dari Serendah. Kesian tapi Mak Teh bersungguh2. Akak dan En. A, ikutkan aje walaupun kami bukan penyokong kedua2 team. (Arsenal game sama waktu).

Keputusan berembun dari jam 7 hingga 10.30 malam memang julung2 kali akak buat. Dari zaman anak dara akak xpernah nak berembun kat kedai mamak bersama2 kawan. Ooo tapi zaman belajar dulu lepak kat cafe dengan roommate tengok AF.. ngeh ngeh ngeh..


Peminat MAN U memang terkenal dengan 'kefanatikannya'.. nasib baik semalam fan Man City lagi ramai...keadaan pun agak terkawal. ngeh ngeh ngeh.. dulu akak sokong MAN U.. tapi selepas kawen dengan En. A terpaksa tukar Arsenal. Sekarang rasanya nak tukar team ke Man City sebab dieorang memang hebat + ada Samir Nasri (Nasib ko main semalam, kalau x meja dah melambung ok..mail lambung pon xdatang semalam)

Then kesian Mak Teh terpaksa pulang ke Serendah dengan keadaan hampa.. hehehe "Mak Teh silap pilih game lah.. hehehehehe" Dah lah bersinaaarr baju eh..Rasanya next game kalau sabtu kami akan ke Serendah.. lagi best ramai MACHAAAA!!!! (^_^). En. A saya suka lah berembun macam ni, rasa macam ada nafas baru.. heheheh


Lots of luv, 
Dalee~~


Thursday, October 20, 2011

Old style weekend - piknik di Ulu Yam


Assalammualaikum dan ahhhaaaaiii~~~~

***************************
Khamis minggu lepas ayah akak datang dari Kelantan. Memangnya kalau ayah akak datang KL, weekend tu jangan harap nak plan apa2. Mesti kene standby melawat dia atau kot2 dia nak ajak pergi ke rumah saudara mara.. oooowww sooo gud doter.

Seperti yang telah di agak2, plan ad hock ibu dan ayah ialah ke Ulu Yam bercamping2 sambil menikmati keindahan semulajadi..Best jugak sebenarnya..Encik A pun xpernah lagi pergi ke sini.. Tapi yang tak bestnya ialah entah manalah ibu letak khemah kecil tu. Dah la musim hujan, kalau hujan memang naya jelah.. Kami ada jugak pergi cari2 kat carefour, tapi gulpp mahalnya.. dahlah tengah2 bulan..paham2 jelah ye dak.. By rite dari Ampang ke Ulu Yam boleh ikut MRR2, tapi sebab memikirkan khemah tu terpaksa gak pergi ke PJ ambil dari my BFF Eiza. *Sorry wak, kacau pepagi..eh pasir morib tu masih ada lagi dalam khemah tu*
 

Lepas kepenatan pasang khemah, kami bantai makan nasi lemak dulu. Sampai dalam jam 10.30 dan selesai pasang khemah dalam jam 11.15. Stratergik jugak tempat yang ayah pilih. Tips untuk menghalang nyamuk dan lalat di dalam hutan *bakar tempat telur yang warna coklat tu, sure nyamuk2 hilang punya*


Muka orang kekenyangan makan nasi lemak 2 bungkus. xpernah pagi2 makan nasi lemakkan yang? Kita ni sibuklah nak makan, tapi budak kecik 2 orang tu tak heran langsung haaaiii...

 *Siti da brutal.. yeh macam akak masa kecikkan.* Ini adik bongsu akak. Masa kecik2, akak lah yang jaga dia, andai kata Allah kurniakan baby, insyAllah xkekoklah nak menjaganya...

Yang ni si saintis muda yang selalu kene buli dengan siti. Ashiklah tengok IQTV sampai orang lain xboleh tengok cite lain.


 Ok..biarkan ibu dan ayah berdating kejap


Time masak2 untuk makanan tengahhari.. pedih biji mata menahan asap. Ikan bakar dan daging bakar.
 


Yang menengoknye lebih ramai dari yang membantu...Masa bakar2 ni dah nampak tanda2 awan mendung. Berdoalah semoga semuanya di bakar dulu. Kalau tak mahunya kelaparan..




Alhamdulillah.. sempat masak sebelum hujan turun. Dalam pada tu makan macam kartun, nasib baik tak tercekik. Orang yang dari sungai tu pon berpusu naik ke khemah masing2.. membuatkan kiteorang semakin laju makan macam dieorang nak curi makanan... hahahaha bengong.



Ok ibu dah kelam-kabut nak pindah makanan masuk dalam khemah...


Akhirnya, kami balik dalam jam 4 selepas hujan turun 2 kali. Walaupun hujan, tetap gembira. Kesian adik akak lagi 2 orang tu tak dapat ikut kena tinggal kat kampung. Tak pe2 bulan depan kita piknik lagi ok..


Lot of love,
Dalee~~

Tuesday, October 18, 2011

IWICSA : WEEK 1


Assalamualaikum dan aahhhhaaaaiiiii~~~~~


*****************************************






Lots of luv,
Dalee~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails