Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 11, 2010

Jangan benci Auditor pleeaaasssee !!!!

Ahhhaaaii~~

9 bulan yang lepas saya seorang auditor yang kadang-kala di benci dan kadang kala di sukai ramai. Macam susu pulak. Tapi kini saya seorang ejen cukai. Dan semenjak sebulan yang lepas saya kembali menjalankan tugas audit saya di S**** GaR*** (pejabat operasi) di OSK Securities, Jalan Ampang. Owh saya sangat gembira dapat melibatkan diri dalam investigation ini. Bos saya telah meminjamkan saya untuk investigation ini sehingga bulan Disember.

Tapi kehadiran kami di sini seperti melukut di tepi gantang jek. Orang yang nak senyum tu pun macam takut2 je. Aduh kenapa kamu ini? Saya bukan nak makan pun. Kenapa perlu takut kalau anda rasa anda tak buat salah. Team kami ni paling sopan dan baik tauu..Kalau nak request dokumen cakap bebaik je. Auditor memang macam tu, semua benda dia nak tengok. Korang sediakan jelah apa yang dia minta. Kalo korang wat keje korang dengan baik, insyaAllah memudahkan kerja auditor. Jadi cepatlah kami berambus dari tempat korangkan. Team saya di sini macam ala2 banduan gitu. Kami di tempat kan di satu bilik. Bilik itu akan di awasi oleh staff mereka. Mereka takkan tinggal kami bersendirianlah. Tak pelah terpulanglah kepada korang nak treat kami macam tu. Janji kami buat kerja kami. So far diaorang oklah. Paling saya suka untie yang selalu wat air milo untuk kami. hehehe.

Bangunan OSK Securities ni kan...luar nampak biasa jekan.. Korang tak tahu, parking kereta dia sangat high-tech ok. Nanti kalau duit dah terlebih2 bolehlah nak buat macam ni kat rumah baru. hehehe. (mimpi jelah Daleela). Cuba tengok canggih tak ?





Kalau korang tengokkan.. dia ada 3 rows. Row pertama tu ada parking kosong. Jadi kami perlu mengerakkan row ke 2 dan row ke 3. Memang taksublah. Hebat. Pastu kami perlu masuk ke terus mengikut laluan yang telah di kosongkan. Owh ye. Di tepi tiang tu ada button, boleh tekan dan dia akan bergerak. Bila dah masuk dan naik atas landasan tu, saya rasa macam atas feri. hehehe tiba2 berangan macam dah sampai Penang. Bila time nak keluar agak problem sikit memandangkan kebesaran saya melebihi team member yang lain. Lagi2 bila saya membawa beg pack laptop kura2 saya. Sampai kena sound "Dalee, you have to keep slim a bit lah..." Erk.. sampai hati kau, Alex.

Auditor selalunya akan datang 2 kali ke tempat anda. So, janganlah benci kami sangat. Dalam masa 1 tahun 2 kali je akan jumpa kami. Auditor akan datang kira stock setiap akhir tahun perakaunan dan keduanya datang bila akaun syarikat anda ready untuk di audit. Hahaha.

Saya paling suka bila time kira stock. Yang mana orang panggil 'stock take'. Dulu pernah gak involve stock take kat jusco mid valley tu. Eh, jangan salah paham ye. Tugas auditor bukan pergi kira semua stock company korang, kami datang hanya untuk double check pengiraan korang sahaja, kami pilih2lah nak kira apa. Kalau salah then perlu di perbetulkan. Paham. Sekian. Sila kira lepas ni ya. Kalau tak, anda akan lihat muka ketat saya.

Saya paling suka kalau dapat buat stock take di company yang jual makanan. Hahaha. Dulu saya kira biskut2 yang korang makan tu, roti2 dan bahan2 buat kek. Paham2 lah kan. Tapi ayah marah, ayah kata barang makan tak elok ambil. Saya tak ambil, saya bawa pergi office. Biar mereka kenduri. Saya paling bahagia bila terpaksa kira minyak wangi di One Utama. Nak nangis tengok harga runcit minyak wangi. Almost 40 % murah dari harga jualan. 

Auditor ni pon bukan hebat sangat ye. Mereka juga masih dalam proses pembelajaran dan manusia biasa yang melakukan kesilapan. Tapi bukan kesilapan bodoh pleaseee.... " Ibu, kakak kan cakap bodoh".. hahaha teringat adikku, Amin. Dia pantang orang kata bodoh.

Selamat bekerja ye.

Lots of luv,
Dalee~~ 

Monday, November 8, 2010

Why I love Pizza Hut’s Extreme Cheesy 6 Pizza













CHEESE YANG MENGLIURKAN

CHEESE YANG SEBATI DALAM ROTI

CHEESE YANG MENYELERAKAN

CHEESE YANG MERANGUPKAN

CHEESE YANG MENCAIRKAN HATI

CHEESE YANG BERTALI-TALI






Memang CHEESE membuatkan saya tergila-gilakannya. Saya ingin mengabadikan saat saya bersama-sama EXTREME CHEESY 6 PIZZA 


 " “I’m crazy about Cheeeeeeeeeeeeeeeeeese!”

Lots of luvs,
Dalee~~



Sunday, November 7, 2010

Kau mencuri perhatianku...

Ahhaaaaiii~~

Semalam saya dan En. A mendapat undangan perkahwinan di batu caves, Selangor. Tapi tak berapa nak ada mood sangatlah nak pergi. Namun, janji perlu di tepati. Selepas kami makan di meja VIP, nasib bagi layanan baik. Mood dah ok kembali. Mungkin sebab dapat makan kooot~~ hehehe. Macam biasa ketibaan pengantin di tunggu ramai. Saya relax dulu di meja bagi memberi peluang kepada orang lain mengambil gambar. Di sebalik kesibukan orang berebut2 mengambil gambar macam tak boleh bersabar2 tuh. Tercelit.. eh salah terselit seorang budak perempuan bersama adiknya. Ingatkan saya seorang je yang perasan. En. A pun memerhatikan dia. Minta kebenaran bapa dia untuk mengambil gambar. Bapa dia ok, dis sweet girl pulak sombong bangat. Xpe2 nanti untie curi2 tangkap gambar awak. Not so suprise, bapa dia pon stylo dan samalah seperti mama dia. Luvly family.

Dalam mood nak jadi ibu ni, bolehlah kot pikir2 nak dress up kan si kecil macam mana. Saya memang suka berangan. hehehe. Kadang2 berangan dah pregnant tapi tak pregnant. Yang jadi mangsanya En. A. hehehe



Dia buatlah gaya macam mana pun. Tapi tetap menawan, cumel dan seangkatan perkataan yang menggambarkan dia ni cantik. Ada gaya muka mix kan.. Ok nak berangan lagi. Kalau muka mix ni boleh jadi anak saya dan En. A pun macam ni. Oowhh cumel nya.. saya suka.

Lots of luvs,
Dalee~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails