Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 7, 2014

Petua hilangkan selsema dan batuk

~~ Assalamualaikum dan aahhhaaaaiii~~

***************************************

Daripada pemerhatian Dalee, ada beberapa alat bantuan/permakanan yg dapat membantu mengurangkan selsema dan batuk anak.

Dalee tidak ada sebarang sijil perubatan tapi teori dan pemerhatian membantu Dalee dalam memantau kesihatan anak dan suami. Selebihnya serah pada Allah yek :-)

"Transformer" ni dah lama Dalee nak beli tapi masa tu kebanyakkan produk dah sold out sebab krisis jerebu melanda Malaysia tahun lepas. Masa tu memang sangat kritikal sebab suami pemegang trofi resdung dan Bukhary pulak pemegang trofi selsema. Memang tak ada rezeki langsung nak beli. Sempat buat research je.

Selepas keadaan kembali normal tanpa jerebu. "Transformer" kembali berada di pasaran. Masa ni pun kami tak rasa sangaaaat nak beli, yelah dah tak ada jerebu. Sehingga la kami jumpa ada road show Coway. Asalnya nak beli water filter dia tu dan sebab Bukhary nye masalah selsema, kami beli jugakla air purifier "lombok".

Nama memang tak commercial langsung, tapi hebat. Lombok ni kalau dia di on kan, ada lampu biru di bahagian dada dia macam ion man. Bila dia menangkap bau yang kurang enak atau udara tercemar, lampu tu akan bertukar menjadi warna merah dan kembali biru apabila udara menjadi baik. Paling kelakar bila bukhary berak, bila dia duduk dekat dengan si lombok ni, lampu bertukar merah.  Jadinya kami taulah bukhary tu telah memberut. Kelakar x? Xkelakar eh...

Dalee bukan nak promosi macam oeang jyal shaklee tu.. tapi semenjak pakai benda ni, dengan izin ALLAH berkesan. Hubby pon kurang dah bersin dan bukhary bebas selsema.

Kalau rasa2 Bukhary banyak kali bersin,  Dalee cepat2 bagi madu.  So far madu Gomogen berkesan dengan keluarga kami. Kalo Dalee sakit tekak, cepat2 makan madu.

Ia mungkin berkesan pada anak anda, mungkin tidak jugak.

Lots of love
~~Mummy Dalee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails