Assalamualaikum dan aaahhhaaaaiiii~~~~
*****************************************************************
Maaf ye sejak kebekangan ni entri ala-ala mak sanggaaattt.... Just nak sharing pada ibu-ibu baru di luar sana yang mungkin tidak tahu.
Alhamdulillah Bukhary telah pulih sepenuhnya dari selsema dengan izin Allah dan pelbagai ikhtiar.
Hampir 3 bulan (on and off) kalau 2 hari sembuh sambung balik dalam 2 minggu selsema keluar. Semakin hari semakin teruk dan tidur pun susah nak lena (T_T).
Ketahuilah wahai ibu-ibu, anak bawah 2 tahun tidak elok dan tidak ada ubat selsema dan juga ubat batuk. Sama sekali tidak membantu menyembuhkan penyakit dia. Hanya ubat kahak yang membantu dia untuk keluarkan kahak dan mengurangkan batuk.
Sebenarnya banyak sangat perubatan semulajadi yang kita boleh cuba dan cuba sehingga salah satunya membantu menyelesaikan masalah anak kita. Semua ni yang Dalee kongsikan ini telah dikumpul dari pelbagai blog dan kumpulan2 seperti Kumpulan Kesihatan Ibu, Bayi dan Anak-Anak dan HSFFYB. Terima kasih semua (*__*)
Sepanjang Bukhary selsema dan kadang-kala batuk macam2 remedy yang Dalee cuba diantara seperti di bawah :
SEGI PERMAKANAN :
1. Elakkan makanan yang membina mucus dan banyakkan makanan yang boleh membuang mucus (kahak).
3. Petua bawang merah
Potong bawang merah kepada 2 dan letakkan di tepi bantal anak, buat selama 3 hari berturut. Bawang akan meng'absorb' semua virus2 di udara. Bawang yang terdedah tadi jangan di gunakan didalam makanan kerana dikuatiri memudaratkan.
Nota : Jangan sekali2 menggunakan bawang yang telah terdedah.
4. Steaming and cupping
Teknik percussion perlu di buat 1 minit bahagian kiri belakang badan dan 1 minit bahagian kanan belakang badan dan telentangkan anak ke depan dan tepuk selama 1 minit bahagian depan kiri dada dan 1 minit bahagian kanan depan dada. Ulang proses tersebut sehingga sekurang2nya 10 minit. Sekiranya anak meronta dan menangis itu lebih baik kerana dia menyedut wap tersebut dengan lebih agresif. Kalau tangan anak bergerak2, bedung anak tersebut dan salinkan pakaian baru selepas selesai proses steaming.
5. Sedut kahak dan nebulizer
Sila berjumpa dengan doktor Nadir Khan di alamat di bawah
Klinik Wangsa Sdn Bhd
No 46 Jalan 24/27A
Seksyen 1, Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Tel : 03-41421614
(dekat dengan Menara kausar, belakang LHDN)
Doktor ini akan menerangkan seterang2nya masalah mukus ini. Sangat baik dan efisen. Caj dalam RM70 - RM100 setiap kali lawatan.
Segi kebersihan :
1. Pastikan ibu-ibu mop lantai rumah dengan Dettol. Lap dan bersihkan habuk2 di almari, kerusi dan bahagian lain dengan dettol. Pastikan juga ada ada penyegar Febreeze di udara. (serius ni tak tipu). InsyaAllah membantu mengurangkan kuman dan virus di rumah.
Segi kerohanian :
1. Jangan lupa dan terus berdoa dan bersedekah. InsyaAllah. Keyakinan kepada Allah perlu diletakkan di tempat yang tertinggi.
***************************************************************
Syukur internet dapat membantu Dalee mencari petua-petua dan maklumat2 tersebut. Terima kasih juga kepada mak-mak yang sudi berkongsi petua. Semoga anak2 kita sehat dan membesar sebagai Khalifah Allah yang berjaya. InsyaAllah.
Lots of luv,
Dalee~~
Kredit to :
http://superibu.com/2013/04/cara-semula-jadi-untuk-rawat-kahak-dan-selsema-pada-baby/
FB : Kumpulan Kesihatan Ibu, Bayi dan Anak-Anak dan HSFFYB