Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 13, 2010

IKEA - beli barang atau datang makan?


Ahhaaiii~~~ (sila nyanyi cam Datuk M. Daud Kilau- tepuk-tepuk)

Bab makan susah nak ditafsirkan macam mana gembiranya 2 ekor hypo ni =). Selepas menghadiri majlis kahwin di Bentong (perut lapar lagi ni.. sebab time sampai nasi kenduri dah nak habis, nasib baik bapak mertuaku tak meroyan =)) terus 2 ekor hypo ni pergi IKEA. Mula-mula hypo hitam ni kata nak pergi beli langsir kat dapur tuh..

Berani kau kutuk langsuir IBUKU.. (kwang hajau nye menantu eh..=))..huuuuuushh Daleela bukan langsuir..langsir.. karang tak ada pula orang nak datang beraya rumah kau..(tepuk-tepuk mulut kau..biasa sangat tu nak cita bab hantu)

Meneruskan perjalanan meredah store IKEA, hypo putih nak cari meja laptop tau.. tapi tak berjodoh pulak..ke dah terjuling pandang tempat lain.



Si hypo putih ni bajet kau model cam Hanis Zulaikha =). I wish too..

Kesudahannya.. perhhhh pergi IKEA semata-mata nak makan chicken chop..



Pastu bajet nak bagitau semua orang yang akula makan paling banyak yek..



Ohe hay.. tolongla la En. hypo hitam semua orang dah pandang haku ni... Enuffnang k...

Dan hari itu kempunan nak makan hotdog kecas kecus..dengan limpahan sos banjir, dengan mustard macam hotdog kene sakit kuning, taburan bawang macam hotdog berjerawat.. hanya RM2 (tak payah kot bagi tau.. semua orang dah tau Daleela..=))

IKEA sila tunggu kami terjah lagi bulan depan. Rase macam nak makan meatball 10 biji dengan tamaknya.. muahahaha (gumbira bila cerita bab makan eh hypo =))

Misai Kucing meow meow~~

Ahhaaaiiii~~~

Pernah dengar misai kucing? Owh oh hey.. haku jela yang tak pernah nampak bunga misai kucing... Tula jadinyabila berita jarang nak tengok, radio jarang-jarang nak baca. surat khabar lagila jarang-jarang nak sentuh... =). Ni la rupanya bunga misai kucing yang aku jumpa di Bentong ketika menghadiri majlis kahwin hujung minggu lepas..


Yang kat bawah ni memang batak.. Macam beruk dapat bunga... hahahhaha apakah kau ingat itu bunga wangi? Hek mu.. Itu bunga boleh bikin ubat...



Menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan herba FRIM, Dr. Azizul Abdul Kadir, pokok misai kucing ini telah digunakan, secara tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan batu karang.

Cara-caranya :
“Ambil daun-daunnya yang segar dalam segenggam dan kemudian jemurkan sehingga kering, bila sudah kering daun itu direbus dengan tiga gelas air mentah sehingga pekat atau tinggal lebih kurang segelas air mentah.Bila sudah suam minumlah sedikit demi sedikit beberapa kali sehingga habis"

Batangnya pun boleh juga merawat penyakit kencing manis dan batu karang..



p/s : tapi hari tu haku xambil pulak daun dan pokok tu sebab tak jumpa tuan dia.. Mungkin tuan dia sibuk makan lauk kenduri..Lawatlah web ini untuk keterangan lanjut.

Bila Siti & Ameen Comel Masuk Hospital



Ahhhaaaiii~~~

Ermm.. sayu hati kakak bila Siti dan Ameen sakit. Dah seminggu sakit, baru je jenguk mereka hari Sabtu minggu lepas. Beli kek untuk hari ibu, ibu pulak masuk hospital sebab kencing kotor. Aduyyyaaiii haisshh kesian betul. Silih berganti masuk hospital.. Paling sedih bila adik-adik kakak kena tahan wad hari selasa dan rabu (tulah blog tak berupdate). Nasib mereka tak buat perangai. Terkejar-kejar dari P.J. (tempat client) ke ofis terus ke hospital..


Sunyi pulak rasa hati ni bila tak nampak gelak tawa budak berdua ni...ehemm..



"Siti pandainya pegang...Siti kuatkan... Siti cepat-cepat sehat eh..Kakak Sayang Siti dan Abang Ameen.."


Ya Allah.. Kau ampunilah dosaku dan keluargaku. Kau sembuhkanlah adik-adikku..Amiinnn...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails