Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Percutian. Show all posts
Showing posts with label Percutian. Show all posts

Monday, June 28, 2010

Rezeki bila rajin isi borang pendaftaran di karnival-karnival


Ahhaaiii~~

Petang Sabtu kelmarin, menyusun kata dan menyulam sabar untuk memujuk E. A pergi ke Hotel Palace of The Golden Horses. Kenapa? Bagus satu soalan yang bagus kenapa aku dan En. A pergi ke sana. Jemputan dari Palace Vacation Club untuk menjadi ahli kelabnya (membership club).

Bagaimana? Bagaimana aku boleh mendapat jemputan. Inilah kelebihan memberi peluang kepada orang lain. Tapi di ingatkan jangan beri peluang orang lain menipu anda yek. Sila sambung kembali Daleela.. ooo ok..erm masih ingat tak minggu lepas ada karnival promosi barangan Malaysia. Kepada yang suka pergi karnival-karnival ni, pasti anda akan tahu mengenainya. Apabila anda melawat ke karnival-karnival seperti ini pernah tak anda mengisi borang pendaftaran? Tak pernah.. memanglah rugi dowh..Aku memang rajin dan menghargai penganjur-penganjur karnival ni. Sudah pasti aku akan membuat pendaftaran. Tidak memberi harapan yang tinggi, rezeki terlebih kot..hehehe mereka buat panggilan menjemput ke Palace the Golden Horses dan meluangkan masa 1 jam untuk mendengar produk dari Palace Vacation Club.

Agak2 kamu orang la kan.. Suami2 ni kalau kita tiba-tiba je kata ada jemputan macam ni diaorang nak pergi ke.. Jangan harap la kawan..Kena bebel 7 bakul campur aku buat muka kesian, baru En. A bersetuju. Fuh~~ penat nak meyakinkan.."Ok, saya janji ini semua sponsor, free dan tidak ada bayaran. Kalau dieorang suruh bayar. Kita blah la kan.."

       *********************************************************************

Sebaik sampai di kawasan Parking Palace of the Golden Horses (penatlah aku taip panjang2 ni..make it shortla POTGH..ohe) mulut En. A terus-terusan membebel. Belum stop lagi, di lobby pun bebel sebakul 2. Apa isteri perlu buat dalam situasi begini? Diam atau tanya "Awak tak selesa ke? Jomlah balik.." Sure dia terus diam.. =)


Bila selesai sessi pendaftaran.. yes pendaftaran lagi..(isi maklumat P & C), kami di jemput oleh salah seorang staff Palace Vacation Club untuk lite buffet.. biasa2 je..kasi isi perut dulu ok.. jom..

 Teh Tarik dan Mee Goreng.. Lapar dan terjahhh....hehehe. Selepas selesai sessi makan2, staff yang lebih di kenali Murni ni bawa kami jalan-jalan sekitar POTGH...mari-mari cekedout..


Hahaha mesti kamu orang nak kata, setakat tandas dekat mid valley pon ada. Kawan.. ni dah jatuh hukum wajib bagi diriku ini. Walau ke mana sekali pun. Ini tempat wajib. Mesti jenguk. hehehe

Cam biasa tempat orang nak kawen boleh di langsungkan sini.. bajet kasar 100K kalau tak ada, duduk diam2  je kat rumah.

Perkahwinan anak datuk mana tah... Ada live Band. Suami Ruhil.

Inilah tempat dan tujuan utama aku di bawa ke sini. Di perkenalkan untuk kemudahan kesihatan yang mencakupi keseluruhan keluarga. Memang berbaloi dowh. Boleh mendapat segala medical chek up yang ngetop  free once dah jadi members.

Untuk hari itu sahaja kami dapat buat simple medical check up yang bernilai MYR80. Contoh seperti check tekanan darah, check berat dan kegemukan..(benci dowh) dan check mata (bukan ceck rabun..tapi tak ingat ape tah nama saintifik untuk buta tetiba tu).

Di samping ada kemudahan dalam medical check up, facilities biasa seperti Gym, swimming pool, spa, dan lain2 adalah unlimited di gunakan selama 38 tahun. Members juga akan mendapat 7 hari percutian setahun. Memang worth it lah kalau join. Sebab membership card itu boleh di kongsi bersama keluarga dan kawan2.... Mesti korang nak menggeleseh kat aku kan..kan.. nak ikut.. boleh.. kalau korang dapat lumba lari dengan kuda tu dan menang. Aku bagi ikut.. boleh x?

Masa 1 jam yang berlalu di gantikan dengan sagu hati = voucher. Kami mendapat penginapan 2h 1m ke 5 destinasi pilihan. Bulan 8 ni lah kot nak pergi. Tapi masih dalam perbincangan dengan En. A. <------- sukalah tu dapat bercuti. Dah stop dah bebel dia tuh. Nyampas..


Sekian



Lots of luv,
Dalee~~




Ketibaan yang tiba-tiba : Encik Suami betul2 membebel bagaimana saya boleh kena tipu. Mana ada kena tipu.. Silalah percaya saya lagi next time yek..I'll try my level best utk mengelakkan diri dari di tipu.


Monday, June 14, 2010

Melaka Town untuk Di Lawati..

Ahhhaaaiii~~~

Berkurun lama juga aku tak menjejakkan kaki ke MELAKA. Lebih tepat MELAKA TOWN.. (kasi up sikit bandar melaka ...hehhehe). Al maklumlah, kehidupan belajar dulu lebih ke negeri UTARA. Aku pun tak tau pulak yang kat Melaka tu banyak tempat-tempat baru yang telah di bangunkan. Aceh.. malu sebenarnya nak habaq last time melawat melaka waktu lawatan sambil belajar darjah 6. Haaaa.. ambil..

Sabtu mingu lepas, aku telah di undang ke majlis perkahwinan anak sedara mak angkatku. Lepas je makan-makan dan tengok pengantin, dan di tapaukan dengan beberapa bungkus gulai (terima kasih yek) kami meneruskan perjalanan ke melaka town. Melaka kan banyak pantai, jadi xsahlah kalau x tinggal jejak kat pantai pengkalan balak hehhehehe..

Samapai Melaka Town aku nampak hampir 50% pembangunan baru telah di bangunkan. Pantai pon dah di tambak nak buat Taman Tema ape tah.. tak ingatla sorry..bila dah masuk betur bandar hilir... haaa.. ambik kau, jem plus tak ada parking. Jadi aku advisekan sesapa yang nak cari parking tu, park je kat mahkota parade. Sonang sikit.. Kalau agak tak larat nak jalan, sewalah beca...muahahaha..

Benda pertama aku nampak.....tegak dan utuh berdiri ialah Menara Taming Sari. Aikkk.. dulu tak ada benda ni.. Aku hanya tau ada kota A Famosa ngan Kapal..


Macam nilah rupanya.. aku dah mula gedik nak naik, nasib En. A nak join sama... Info untuk semua :

Tiket masuk :
Dewasa - Malaysia = RM20
Dewasa - IC Melaka = RM10
Warga emas - Malaysia = RM17
Kanak2 - Malaysia = RM10
Kanak2 - IC Melaka = RM5

Waktu operasi :
Isnin Khamis - Jam 10.00 a.m - 10.00 p.m.
Jumaat - Ahad - Jam 10.00 a.m. - 11.00 p.m.

Korang tau ape aku buat.. Tumpang IC orang MELAKA la.. bijak tak aku? Hawau ko.. hehehe
 

Kami tak takut ok - Boleh masuk FEAR FACTOR la aku rasa.. =). Cekedout picture dari kerajaan atas langit... eh eh eh bukan2.. dari menara taming sari


Eye on Malaysia.. Lagi tinggi darinya.. yuhoooo...

Ni yang pasti.. Aku cuma tahu yang sungai melaka telah di bersihkan dan boleh naik bot ala-ala di Venice gitu. Namun sayangnya tak sempat nak naik.. Kalau korang nak pergi di nasihatkan pergi waktu malam sebab boleh tengok perkampungan di penuhi lampu neon yang indah..Bot kau tunggu yek.. bulan 7 hamba datang..



The ship ni masih ada lagi.. pandangan dari atas menara.. tidak berkesempatan juga.. Kau tunggu ya!!

Last sekali nak bagi korang semua tengok penambakkan di lakukan dengan berleluasa...

On da way aku nak ke parking kereta..aku ternampak bot beroda bergerak di darat...

comelkan..??

Pastu ternampak beca comel gak (sowy tak smepat nak snap)..ingat nak naik, beca di melaka di lengkapi dengan sound system...sekali dia pasang lagu Andai Ku tahu (ungu).. Ha.... menakutkan jek...takutla nak naik.. sampai ajal *kalau tak paham pergi dgr lagu ni dulu eh* baru sambung baca ohe =)


Berita di laporkan,
Dalee



Ketibaan yang tiba-tiba : Super execited nak tunggu bulan tujuh, nak pergi jalan-jalan di Melaka. Nora bella.. wa tunggu lu nye homestay ni beb.. sila roger bila nak duit..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails