Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label My Cafe. Show all posts
Showing posts with label My Cafe. Show all posts

Tuesday, June 22, 2010

Serunding murah dari harga pasaran..beli sebelum harga barang naik bila menjelang raya..

Ahhaaiii~~

Weiii.. dah ganti puasa ke belum ni.. lagi sebulan je nak Ramadhan. Baju raya sibukkan kau pergi menempah.. tudung segala bagai kau dah beli siap-siapkan..Gaya pagi macam ustadzah je kau ni Daleela.. hehehehhe Balik kampung nanti kamu orang nak beli apa untuk mak ngan bapak? Dari kamu orang beli mahal-mahal dekat JALAN TAR tu.. baik tempah je dan beli SERUNDING dengan aku untuk mak kamu orang.

             ***********************************************************************************
Serunding kalau dapat makan time sahur sedapkan.. Kalau tetiba dah terlajak gajah, tapi kamu orang jenis yang tak boleh tahan tengok nasi, boleh makan serunding dengan nasi panas... perggghhhh sedap sehh...especially yang dok merantau tukan.. ado ko maso nak masak-masak pagi buta tu..paham-pahamlah siapakan..

Kalau yang malas nak masak nasi, rembat je roti housemate kamu orang tu. Dari die expired dan berkulat kemudiannya di campak ke dalam tong sampah.. baik kamu orang tolong makankan... Sumbatkan serunding dalam roti..sure kenyang ni..(aku selalu je buat time dok menyewa dulu hehehe).

Kalau nak dekat raya tu dia... harga akan pasti melambung macam ayam kat pasar tu. Pantang je nak cuti ke nak raya ke nak kawen ke.. melambung-lambung harga ayam macam berat badan ku ni..Samalah dengan serunding ni..benda lain naik, semua berkait-kait nak naik sama.

 Kalau tak tahu serunding tu nak makan dengan apa, tunggu-tunggu lah nanti den buat plak entry cara nak makan serunding.. (bengong). Makan dengan nasi impit sedap woo, makan ngan ketupat bercampur rendang.. aduh...entahlah nak cakap...

Mak kau suko kan makan popia serunding. Apo lae belilah serunding leh buat popiah untuk kuih rayo. Esok-esok nak puasa menyesal karang..

         *****************************************************************************
Harga yang aku nak jual ni..lebih rendah dari harga market kat luar tu khas untuk kamu orang. Aku dah kauntim dengan pak cik aku kat Kampung Laut, Kelantan (memang terkenal dengan pembuatan serunding). Setahu akulah satu kampung meniaga serunding. InsyaAllah adalah stok untuk aku. Kalau kamu orang nak, orderlah cepat ye..Jangan risau serunding kalau di simpan tempat yang elok boleh tahan 3 bulan kawan..

Harga Serunding

1. Serunding daging

1kg = RM 48.00
1/2kg = RM24.00

2. Serunding ayam

1kg = RM52.00
1/2kg = RM26.00

3. Serunding ikan

1kg = RM48.00
1/2kg = RM24.00



Harga di atas tidak termasuk caj penghantaran dan pos.
Penghantaran percuma pada hari minggu di kawasan seperti : midvalley, bangsar, kerinchi, ampang, cheras, taman maluri, wangsa maju dan area keramat

Tunggu apa lagi, sila email tempahan anda di nor_daleela@yahoo.com
Nama seperti no akaun:
No . telefon :
Tarikh penghantaran :

Pembayaran melalui Maybank2u atau maybank


Lots of luv,
Daleela

Tuesday, June 15, 2010

Tart dan Chicken Roll.. Siapa nak???

Ahhhaaaaiii~~~

Dah makan tengah hari ke kawan-kawan? Dah kenyang bagus.. boleh mula kerja dan berblogging ye tak... Ohe.. mari kita lihat apa yang boleh di isi lagi dalam perut-perut macam stokin itu... Betul tak? Auuw...Kawan-kawan kerana minat yang begitu mendalam terhadap makanan dan kehebatan saya menjaga cafe world, dengan ini saya menadaptasikan keinginan dan minat saya di sini... Saya dengan ini ingin mewar-warkan bahawa BULAN JULAI ini saya sedia menerima tempahan makanan seperti di bawah ini, mari bersama-sama kita mencekedoutnya ...



Ini namanya CHICKEN ROLLS (rasanya sama seperti TWISTER KFC) - sangat kenyang - RM3.50 - minimum order 20 keping

Ini adalah tart telur rapuh dan sedap ye....RM1.60 - minimum order 20 keping


Ini ialah Chiken PAI..sedap ohe... RM 2.50 = minimum order 20 keping



Ini ialah JEM TART (RM2.00) dan CHEESE TART (RM2.00) - minimum order 20 keping

Sekiranya anda ingin melihat menu ini pada masa akan datang, sila klik ke "MY CAFE" di sebelah atas Menu Bar atau di PAGE (side bar) sebelah kanan.

Maklumat tempahan anda akan di paparkan di ORDER HERE.. pastikan anda semak TEMPAHAN anda.

SYARAT-SYARAT lain seperti maklumat penempahan (alamat, no. tel, jumlah tempahan dan jumlah bayaran) cara pembayaran, pengangkutan dan masa penghantaran akan di beritahu dalam jangkamasa terdekat.

Saya juga akan menjual pelbagai lagi edisi makanan yang akan di war-warkan apabila stock sampai.. Saya akan pastikan semua mendapat melihat gambar sebelum anda tempah

Sekiranya anda berminat boleh email kepada saya : nor_daleela@yahoo.com atau tinggalkan 'comment' di tapak 'comment'.

Lots of luv,
Dalee~~


Ketibaan yang tiba-tiba : Makin kenyanglah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails