Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Friday, June 18, 2010

Tutorial for dummy : Edit gambar menggunakan PICASA 3

Ahhaaiii~~

'Dummy' merujuk kepada aku yang tidak berapa mahir menggunakan perisian ADOBE, maka dengan bangganya aku ingin membuat tutorials kepada kawan-kawan yang rasa dia malas dan nak cepat tapi mendapat kepuasan yanng maksimum. Saya mencadangkan kawan-kawan menggunakan perisian PICASA 3 yang boleh di muat turun secara percuma.

Apa yang mahu di kongsikan bersama ialah bagaimana cara gambar yang banyak boleh di satukan dengan cantik dan menarik.

1. Pastikan kawan2 dah install PICASA.

2. Buka software picasa dan pilih gambar atau folder yang anda minat >>
    Kemudian pilih butang collage seperti yang di tunjukkan di bawah ini >>



3. Apabila kawan2 menekan butang collage tersebut, paparan seperti di bawah >>
    5 keping gambar (atau mengikut pilihan hati kawan2) akan di satukan..aceh jiwang



4. Kawan2 mempunyai pilihan sama ada ingin membiarkan background belakang kosong atau memilih gambar pilihan..sekiranya memilih background putih skip No. 4. Setelah kawan2 pilih gambar yang bersesuai, tekan butang set as background.



5. Kemudian ubah Settings frame gambar-gambar yang lain untuk impak yang lebih menarik




6. Untuk efek yang lebih menarik, Basic Fixes membolehkan kawan2 mengedit warna, tone, text dan macam2 lagi seperti di kotak merah tersebut >>



7. Memasukkan text dalam gambar mengikut font type yang di sukai >>



8. Create dan Save seperti biasa >>




SHARING IS CARING


Lots of luv,
Dalee~~


Ketibaan yang tiba-tiba : Kawan-kawan kalau berminat nak makan seperti yang dalam gambar tu, sila klik MY CAFE untuk melihat harga dan email untuk membuat tempahan

Monday, May 31, 2010

Menghadiri Kelas Tutorial Blog.Ariff

Ahhhaaaiii~~~

Seminggu tak berupdate.. hehheheh Ada ke orang yang menunggu entriku ini. Adakah orang kesah? Seminggu jugalah sebenarnya diri  ini mengupdatekan diri dengan tutorial Blog.Ariff. Baru ada masa nak selak semua topik dan baca perlahan-lahan. Paling menarik tertarik minat aku menghadiri kelas tutorial Blog.Ariff ialah BUAt BLOG DENGAN BLOGSPOT. Cikgu Arif ajar buat template ala-ala wordpress gitu. Amacam suka tak??? Kadang-kadang macam geli pula hari-hari nak pandang pink ..So inilah hasil wordpress theme aku.. hehehhe gatalkan...

Tapi ada juga lah masalah, bila baru belajar mestilah ada kekangannya.. Bila pergi themecraft.net seperti yang dicadangkan cikgi Ariff ni, xjadi pulak template aku.. Tapi dengan usaha keras si pekebul kecil aku ini aku dah jumpa bloggerstyles yang sebiji ada juga dalam themecraft.net. Selepas itu terlebih rajin pulak nak tukar kod HTML yang dah lama aku tak berpinar mata memandang tu. Dengan ingat-ingat lupa ilmu yang belajar waktu diploma dulu, berjaya juga aku menukar kod HTML itu.. Bangga pulak sekejap.. untuk kepuasan diri je yek..bukan untuk tunjuk kat korang..*Haaaa....nampak dah korang senyum kambing* hahaahahh takat tukar 2,3 line apalah sangat Daleela oii... orang lain lagi hebat.. betul3..tahniah kepad anda.. 

Nasiblah kelas tutorial Ariff ni free dan cikgunya hensem.. hehhehehe. Kalaulah waktu belajar dulu cikgu yang ajar kelas tutorial ni hensem macam..........mesti aku tak ponteng kelas.. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails