Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Pyschology. Show all posts
Showing posts with label Pyschology. Show all posts

Friday, July 9, 2010

Perang psychology bersama adik lelaki

Ahhaaii~~~

Dalam 'ketensionan' yang amat ini, aku nak update jugak blog. Semalam aku suruh adik lelaki aku yang berumur 15 tahun datang makan dengan aku lepas waktu kerja. Setelah aku mendapati adanya kecurangan berlaku dalam pembelajaran dan perlakuan. (permasalahan remaja). Sebagai kakak yang bertanggungjawab, walaupun kau dah kawen, tak semestinya nak lepas tangan je betul tak? Kalau dah terjadi apa-apa yang tidak di ingini, tercalit jugak sikit di muka ahli keluarga yang lain. Sebelum terlambat sediakan tisu siap2 agar bila terpalit di muka bolehlah lap. Tak adalah besar sangat masalah dia.. Macam kita muda-muda dulu.. aceh..

Contoh dolu2 : aku selalu ponteng sekolah sebab ngantuk, malas nak bangun. hehehe pura-pura keluar rumah pastu patah balik tidur dalam bilik. Sebab ayah aku dan ibu keluar awal. Tetiba lupa pulak yang hari ni jumaat. Ayah aku balik rumah bapak awal jam 10. Nama pun dah ayah, dia boleh menghidu pergerakkan aku di belakang pintu bilik.. cisss kantoi.. semenjak dari itu tiadalah sejarah tak pergi sekolah. Baik sikitlah.. =) 

Berbalik kepada perang Psychology bersama adik aku ni. Aku memang tak pandai sangat nak memotivasikan orang. Aku hanya pandai memotivasikan diri sendiri. Selepas menanya pada yang lebih berpengalaman dan mendapatkan point2 yang baek punya. Aku pun berpura-pura menjadi kakak yang pandai main Psychology.

"Sekolah lu macam mane? ok ke?"
"Oklah. Gua suka pergi sekolah ramai aweks. Tapi kadang2, ada budak in*** ni suka cari gaduh. bla bla bla.....pas habis sekolah gua lepak Mc D study. Tapi tulah....... bla bla tak percayalah....bla bla...Pastu nak tengok bola bla...bla... kongkonglah...nak main futsal pun..bla bla bla..."

Point pertama setle

  • Biarkan dia bercerita, lu dengar je dulu. Lu gelak je dulu. Layankan.
Langkah ke point ke 2

  • Tanya apa dia tak puas hati?
"Gua tahu bahaya buat macam tu ...bla bla bla tapi gua panas... dia sebagai...bla bla kena faham gua... gua lelaki lain... lu perempuan lain... bla bla bla..."

Setle langkah ke point ke 3

  • Tanya perasaan dia, lu rasa kakak and family buat macam tu sebab sayang kat lu ke apa?
"Wa tau, semua orang sayang gua... tapi gua...bla bla bla bla...."

Setle langkah ke point 4

  • Slow talk bagi nasihat. Mesti kasi ayat bunga-bunga kasih sayang.
"Kakak tolong lu, lu mesti tolong diri lu sendiri. Kakak slowtalk dengan ayah nanti. Papehal lu nak buat mesti ingat ibu. Kesian ibu" <-----point baik punya
"Oklah, bagi gua masa, perlahan-lahan"

Setle langkah ke point terakhir

  • Belanja makan sedap dan mahal sikit, investment. argghhh kopak duit...

Lots of luv,
Dalee~~


Ketibaan yang tiba-tiba : AKu rasa cam nak psycho lagi seorang minah ni. Lu jaga eh minah.

Thursday, June 3, 2010

FIDA AISHAH kata HIDUP INI PENUH MISTERI......

Ahhaaii~~


Benar kata Fida...Hidup ini penuh misteri yang kita sendiri tidak mampu menjangkakan apa yang tersirat di sebalik semua kejadian..Aku hanya percaya ketentuan ALLAH itu adalah yang terbaik buat diriku. Walaupun kekadang kita jatuh terduduk kerana tewas dalam mengharungi kehidupan, namun misterinya hanya ALLAH yang tahu. Aku follow....Alhamdulillah aku kini merasa nikmat misteri ini...

Tidak pernah pun terfikir diriku ini akan berkerja dalam bidang kira-kira. Dulu benci benar tengok nombor-nombor ni. Tapi itulah ketentuan ALLAH.. misteri yang sukar di ungkap. Betapa jauhnya tapak aku perlu sampai ke hari ini. Penat jugalah bila ALLAH tentukan kesusahan untuk berjaya. Aku bukan budak matrik yang hebat seperti kamu. Kamu orang pernah tahu yang aku pernah belajar kejuruteraan? Kalau tahu tak apa... hehehhe Minat gila dengan kejuruteraan tapi bukan rezekiku di bidang ini.. Bila aku mohon Politeknik untuk sambung ke bidang ini, rezeki tak ada.. ALLAh tentukan rezeki aku di bidang IT (diploma) melalui IPTS. Siapa yang minat ni? Dulu aku tak minat, Alhamdulillah minat tu boleh di pupuk adik-adik. Berjaya dengan pointer yang boleh dibanggakan..mohon UUM. Namun ALLAH jua yang tahu hambanya yang lemah ini. Aku berjaya di terima masuk ke UUM tapi bukan Degree IT... cuba teka? Dengree Account (IS). Dunia tetiba rasa gelap. Asas perakaunan pun tak berapa kuat, macam mana aku perlu teruskan selama 4 tahun? Selepas melalui SEM 1 aku dapat pointer jauh lebih teruk dari diploma. 2.++ (Sabar jelah....xpernah masa diploma dulu). Aku nekad minta tukar kos selepas bincang dengan ayah dan ibu, kemungkinan pinjaman MARA akan ditarik balik. Namun kata-kata DEKAN AKAUN mematikan hasrat aku untuk bertukar kos  "Kamu nak pointer rendah tapi dapat kerja atau pointer tinggi tapi tak dapat kerja".

Sebenarnya terpikir juga diri ini. Ramai yang ambil kos IT tapi tak dapat di praktikkan bila melangkah ke alam pekerjaan especially perempuankan.. Minta maaf bukan niat di hati nak perkecilkan sesiapa, namun ada jugak kawan-kawan aku yang hebat dapat masuk dan bekerja ke bidang IT. Sambung balik...so, aku tetap meneruskan study aku dalam bidang kira-kira ni.. Alhamdulillah walaupun pointer tidaklah sebagus HANIS ZALIKHA, aku belum pernah menganggur.. Syukur. Adik-adik yang tidak berjaya melangkah ke bidang yang di idamkan, janganla bersedih.. Kalau sudah kententuan Allah, kamu terpaksa masuk tingkatan 6, terima dengan REDHA..Hanya ALLAH yang tahu apa yang baik untuk dirimu..JUST FOLLOW THE FLOW.InsyaAllah akan baik-baik belaka. Tapi kamu semua perlu kuat untuk mengharungi dugaan itu.


Sedih belum bertemu jodoh? hehehhehe jangan sedih. Dulu aku pernah dengar orang kata, kalau masuk U cepat-cepatlah cari jodoh, nanti selepas tempoh itu agak sukar cari jodoh. Itu semua ALLAh yang tentukan...waktu aku belajar dulu ada gak terjumpa sekerat, dah keluar makan semua bagai, buka puasa sesamala apela pergi shopinglah.. sekali baru tahu hak milik orang. Diam sudah. Ciitt punya SENIOR..Tapi ALLAH tentukan jodoh aku selepas habis belajar. Boleh faham tak adik-adik? hehehh bagus... Pergi U tu baik belajar betul-betul..Jangan mudah tertipu dengan lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan di U tu. bukan semuanya baik dan bukan semuanya jahat. Tapi kebanyakkannya... bila di U, berkepit sana-sini waktu belajar. Kalau boleh nak sedaya upaya tolong BF/GF kita tu lulus dan dapat markah baik untuk tugasan. Namun apabila dia sudah melangkah ke alam praktikal atau pekerjaan.. Selamat tinggal sayanglah jawabnya...sabar ye adik-adik jodoh pertemuan dan perpisahan adalah misteri Allah... Kekadang ALLAh nak kita jumpa dengan orang yang salah dulu, belajar dari kesilapan dan kemudian baru kita di pertemukan dengan yang ditakdirkan..


Ketibaan yang tiba-tiba : Rindu kat UUM...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails