Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 3, 2011

Pembukaan kain...

Ahhaaaii~~

Memang suka tajuk2 macam ni yek. Hampeh. Pandang ke kanan sikit dengan kepala teleng ke kanan. Ok bagus, kanan adalah positif. Apabila positif kita akan pandang pada makna yang positif jugak.

"Pembukaan Kain Tirai Untuk Tahun 2011". \(^_^)/ yeaaahh. Selamat Tahun Baru semua.. ok semua nak baru boleh? Owh suami baru ha.. hehehe balik rumah sure kene lempang tak pun kena cubit. Sekarang hobi kami berlumba siapa boleh cubit dengar kadar tekanan yang boleh melebamkan tangan. Kalau bawa pergi JAWI ni sure boleh kena kaunseling suami akak ni. hehehe sebab dia berjaya membuat tekanan yang boleh melebamkan sehingga kepekatan PH -10 (lebam gila)

Apalah yang best sangat korang dok terkinja2 dengan sesak2 orang untuk sambut new year tu. Buat lemas hidung kena nafas laju2 je dan tepaksa membesarkan diameter lubang hidung untuk membolehkan korang bernafas. lebih baik lepak di rumah dan tidur. Bunga api? ekelle.. macam tak pernah main bunga api je gaya, best sangat ke tengok bunga api di KLCC tu? Owhh terpercik sampai muka, patutlah best. Maaflah akak tak pernah nak pergi.

Tapi akak adalah pergi menyantai gedikkan diri pada 01.01.2011 di wangsa walk tu, lepas makan2 di rumah kazen di seremban. Pergi tengok wayang Gulliver. Mengikut pendapat akak tangan seni ni boleh di bagi 3 1/2 bintang. Tak boleh lawan Kak Limah balik Rumah weeiii hahaha (most recommended).

Seterusnya pergi buat duit. Memang buang duit serius. Kedai ni warna-warni menarik perhatian sangat. Ohh Tutti Frutti. Tetiba tekak mengidam. memang orang kata mahal. Padan muka sebab tak percaya.


Encik Suami pun tak percaya gak. Sekali ambillah kau sedekah makan ais krim RM18.60-

Ni akak punya murah sikitlah RM16.40.

Tak rasa pun yogurtnya...[bonda Auf] boleh ajar macam mana nak beli.

Tahun ni umur pon dah bertambah, jadi nama panggilan untuk tahun ini di belog ini ialah akak. Sekian terima kasih adik2.

Lots of Luv,
Dalee~~

Thursday, December 30, 2010

My Bento Lunch

Ahhhaaaii~~

Aniyosayo... er salah.. ni Korea.. Kobamwa.. hehehe terror kan cakap Jepun. Ok angan2 Jepun belum habis lagi dari [dulu]. Tetiba jadi gila nak makan bento.

[Bento ialah makanan Jepun yang di letakkan ke dalam bekas dari rumah. Bento tradisional terdiri daripada nasi, ikan, daging dan 1 atau lebih sayur yang di masak/kukus dan di masukkan ke dalam bekas. Makanan tersebut akan di hias secara kreatif. Walaupun bento ini boleh di dapati di kedai, stesen keretapi dan di mana jua, tetapi 'home maker' Jepun ini tetap akan meluangkan masa untuk membuatnya untuk anak2, isteri atau suami secara rapi dan kreatif]


Bento ni dari Jepun..kreativiti

Bento dari Jusco Mid Valley

So semalam Daleela ni gagah lah pergi beli benda2 yang patut nak buat bento, pagi2 saya bangun dan siapkan My Bento Lunch. So ni hasilnya.....

Drum roll please... cekuceng2 ceng2..woii itu drum untuk tarian naga..

dededededeng tengg..[bunyi ape ni. hah bantai jelah]
-
-
-
-

"Rama2.. terbang di udara tanpa ada..." stop Dalee. Sengau

Lots of luv,
Dalee~~





Monday, December 20, 2010

Saya tak sambut Krismas tapi saya pun kena beli hadiah!

Ahhhaaii~~


Beb..duit dah habis bulan ni. Duit dah ter'over' spent bulan ni.. sangat2 over ok. Ni paling tak suka ni.. Bila orang lain yang sambut Krismas, kita pun terpaksa melibatkan diri. Pandangan orang terhadap pembeli hadiah untuk Krismas adalah sungguh mengjengkelkan. haha. Sebab saya pun suka pandang orang macam tu. Sekali tahun ni saya pun terpaksa ma...Setakat beli hadiah boleh terimalah.. ibarat bagi duit raya...but please dun ask me to wear those christmas cap and what so ever. Bajet RM10 ke atas tauu.. dah tuh kena beli 2 pulak. 1 untuk office celebration lagi 1 untuk charity.

Itu belum lagi untuk office mate yang baik hati tak minta tapi nak bagi jugak tu.. Tak pasal2 kena beli hadiah lagi untuk si baik hati  ni. Orang dah memberi takkan kita tak membalasnya. Ni bajet mesti atas RM30. Haduii penin lagi.. Tampal koyok.

Pastu diri ini bajet nak cari hadiah murah tapi lain dari yang lain..pastu bajet nak hadiah kunun dari overseas. Ko memang bajet hebat Daleela. My sukalah, my hadiah...hahaha. So saya pun men'survey'kan diri tengok di kedai $100 yen. Sebenarnya terpengaruh dengan adik saya Ameen yang suka tengok kartun Hagimaro tu.. terpengaruh yang sangat kuat ye.. 

Contoh 1: "Kakak, Ameen lapar. Boleh minta $100 yen, Amen nak beli ais krim"

Melampau bajet macam sekolah tadika kat Jepun je adik saya ni, padahal tadika kemas je. Boleh pulak minta nak makan sushi..ni sebab tengok Hagimaru makan sushilah ni. Takpe kakak belikan ye.

"sedaplah kakak sushi ni." hahaha kena tipu. Itu sebenarnya donut sushi Big Apple. Tak pe bohong khatan sekali-sekala.

Owh.. sudah terpesong jauh entry kita ni..kembali kepada cahaya kebenaran. Banyak juga barang2 Jepun di kedai $100 yen tu. Sudah tentu Daleela. Walaupun berpatutan, tapi sangat menarik dan tertarik. So lepas dapat gaji ni saya nak borong barang di kedai ini. Bila orang datang rumah bajet semua barang Jepun.. hahaha.

 Lepas tu boleh bersantai makan Ais krim sambil buat mata orang Jepun yang sepet. En. A kata Halal. Kenyang.
Lepas dah setle semua, balik rumah balut hadiah santek2.

Ok. Dah siap balut simpan elok2 dalam plastik karang Datuk Santa Buncit curi hadiahku. Owh, nanti saya tunjuk hadiah yang saya dapat.. Harap2 dapat i-pad. Paling busuk pun, i-phone. Lol mengalahkan orang sambut Krismas.

Lots of luv,
Dalee~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails