Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 13, 2010

Our anniversary photoshoot...

Ahhhaii~~~

Tak sangka ye dah hampir setahun kami berkongsi segala2nya, bertumbuk selalu, berebut TV, berebut makanan, berebut bantal, bilik air tak pernah berebut sebab malasnyaaaaaaaaaa nak mandi. huh. Oh ye jeles babe tengok si preggie mummy buat photoshoot.

Baik punya pujuk akhir berjaya memujuk En. A mengabadikan 1 tahun anniversary. Photoshoot yang seterusnya ialah pada 10 tahun akan datang. Siap buat perjanjian. Walaweeehhh mesti saiz badan dah di alter menjadi XXXL. Tak sabar nak tunggu lagi 10 tahun. Itu pun kalau umur panjang.

Camera man ni pun tak bagi lagi rate dan bajetnya berapa. Tapi saya dah sibuk ni pikir nak bawa props apa. Poyo jugak ko ni Daleela. Tahu takpe. heh. Encik camera man kata saya kena bawa props sendiri. Mula2 pikirnya nak buat di white room tapi En. camera man kata baik buat outdoor. So pilihan terbaik ialah di FRIM.. hah kau, dah macam industan pulak.

Seronokkan kalau kita dapat mengabadikan saat2 bersama dalam waktu tempoh 1 tahun tu. Mahu nak dekat 12 album ni.

Antara storyboardnya (tulis siap2, saya ni cepat lupa) :
1. Pillow fighter - mengingatkan kami suka rebut2 bantal
2. Main bola (dengan jersey Arsenal) - mengingatkan En. A selalu tengok bola dan saya terpaksa tengok juga.
3. Picnic with a lot of food - mengingatkan kami memang suka makan. heh.
4. Playing guitar - mengingatkan lagu2 cinta (haduii jiwang seh)
5. Blanket - Mengingatkan kami suka tidur (penting ke ni??? My sukalah, my gambar)
6. Bubble - Best2 ni.. cam budak2. Dulu tak dapat main pun. Kena buat sendiri dengan sabun fab.
7. Books and belon - Dulu kami suka pergi library tapi belon tu tak ada kena mengena. Eh mungkin ada. Badan dah macam belon. lol.


Now let's testing Daleela
 Ok gud try daleela. En A jadi camera man jap. Gambar di ambil di FRIM jugaklah ni semalam.

So hopefully jadi secantik ini.. bukan di atas tu tapi di bawah ini...

 Props dia cumel2kan. Mana pulak nak cari beg2 klasik macam tu...


Lots of luv,
Dalee~~

Credit to : greenweddingshoes




Monday, December 6, 2010

Bersoppin' di kilang...

Ahhhaaaii~~

Pernah tak korang tengok tupperware, tipuware dan segala adik beradik 'perware' bersusun kat rumah ibu. Hahhhh... samalah dengan akak, akak pun pening jugak bila kemas umah ibu dulu2 tengok bersusun je tupperware dan tipuware. Cakap je saiz apa yang tak ada. Semua ada.. Bentuk pun dah macam2. Pelik dengan ibu kenapa suka bebenor nak kumpul tupperware dan tipuware ni. Nak simpan hapakabenda pon taktaulah.. Guna kadang2 je, itu pun nak dekat raya. Ayahlah selalu jadi mandor buang tipuware ibu.

Sekarang baru tahu, mana tak tumpah kuah laksa kalau bukan di laksa.. Dah terberjangkit simptom2 kegilaan tupperware dan tipuware dari ibu. Kegilaan akak makin menjadi2 bila Bonda Auf punya kilang telah membuat jualan warehouse. Hadooiii fenin tau dan dalam di lema KRU tau antara nak beli atau tidak. Tapi akhirnya jadi begini..

Ini semua salah bonda Auf.. (T_T)


Inilah hasilnya. Tupperware yang warna biru tu bolehlah nak letak sotong, ayam, fish ball, kaki ayam. Botol2 tu boleh letak rempah-ratus (poyo gaya macam rajin masak - tipu ni). Walaupun tak di gunakan rempah ratus tu, simpan jelah kan. Tupperware kuning tu tak pikir lagi.. yang botol2 air tu pon belum pikir lagi.. ok esok esok jelah akak pikir eh.. hadoooiii kompius. Malas nak cakap tau harga berapa karang ada yang nangis.. lagi 5 tahun pergi Tesco pun  tak dapatlah harga cam gitu. Lelong betul 3 = RM5, 2 = RM6, 4 = RM5. Haiissh dah bergenang je air mata ibu tu...



Lots of luv,
Dalee~~



Wednesday, December 1, 2010

Sorry saya tak minat berlakon..

Ahhaaiii~~~

Minggu lepas kami pergi ke kenduri kawin kawan sekolah di Batang Berjuntai...haissh bukan dah..sekarang jadi Berjuntai Bestari. Ampun Tuanku.. Tak tahu kata mana? Alahai yang dekat dengan Unisel tulah kan. Owh gambar di atas adalah akibat saya menjaga anak kawan saya. Mak dan pak dia nak makan, maka berlakulah praktikal mummy dalam waktu 1/2 jam. Lama gak kan. Sebab mak pak dia makan pun lama. hehehe. Nasib si syed jr ni tak meragam dan tak berapa nak kesah orang jaga dia. Tapi Syed Affan ni sempatlah bisik kata " Untie ni mangilah.." hehehehe perasan (^_^)

Lepas selesai kenduri kami gerak-gerak khas~ ke KL kembali. Melawat pakcik En. A yang baru selamat pulang dari tempat Rahmat Allah. Di sebabkan perjalanan dari Batang ber...eh eh salah.. Berjuntai Bestari ke KL boleh tahan jauhnya, kami singgah solat dan makan di Restoran Chan Abdullah di Wangsa Maju.

Kalau dah lapar, memang tak nampak apa dah. Ok saya order makanan macam biasa dan solat. Tetiba terperasan ada orang pandang2.. hehehe.. perasan lagi.. Aku yang perasan si pelakon yang baru ini tengah melepak di meja depan kami.. Alahaii tak hengat nama pulak dah.

Mamat ni korang kenalkan. Alahaii dia ada berlakon dalam cerita SPA Q tuh. Nama dia Dafi dan anak kepada Norish Karman. Hah comellah kan.. Tak paham. Erk..

Dan ada lagi sorang mamat ni saya pon tak hengat jugak nama dia. Tapi yang pasti dia ni dari anak wayang di Astro tu.

Boleh pulak nak berlakon depan kedai ni. Risau pulak kang tengah sedap makan di halaunya. Nasib tak adalah tapi tercelit pulak aku dan En. A dalam adegan tu. Ye kot!!! hehehe





Macam tak larat nak makan dah. Sebelum kami di halau baiklah kami keluar dari kedai ni. Tapi macam tak best je jadi pelakon ni. Memang berlakon lah pelakon ni..

Lots of luvs,
Dalee~~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails