Friday, November 30, 2012

4 months 2 weeks : Bukhary si mulut becok


Assalamualaikum dan ahhhaaaaiiii~~~

*******************

 Bukhary masa dia berumur 4 bulan 2 minggu. Mulut memang banyak tau budak bertuah ni tapi gigi sebatang pon tak tumbuh lagi. Pa diaaaa hang ni !!!!! Suka buli Mama dia... Mama dah lama xbaking anak oiii.. Ashik nak mengadap dia je.


video

Lots of luv,
Dalee~~

Tuesday, November 20, 2012

Breastfeeding Journey : Di atas pengalaman sendiri



Assalamualaikum dan aaahhhhhhaaaaaaiiiii~~~~


******************************************************


Disclaimer : Setiap patah perkataan adalah dari tulus hati, pandangan dan pengalaman saya sendiri. Sebarang gurisan hati saya memohon maaf seawalnya.


******************************************************

Sebagai PARENTS kita pastinya nak terbaik tuk our BABY. Especially anak 1stkan? Bila semua orang mention yang SUSU IBU adalah susu yg terbaik untuk anak, Dalee buat keputusan untuk fully breastfeed lil Buk sampai 2 Tahun. InsyaAllah. Plus Dalee bersalin kat spital gomen, hospital mesra susu ibu gitu.

Bila Dalee dah berniat nak FULLY/EXCLUSIVELY breastfeed my lil Buk, Dalee rasa so excited. Tambah2 bila Dalee dapat galakan dari suami dan orang-orang terdekat. So apa yang Dalee buat before lil Buk keluar :

* Dalee start survey2 breast pump and decided to buy Avent manual
* Beli nursing cover sebab Dalee memang xsuka Nursing In Public (NIP)
* Join group BF dalam internet untuk mencari ilmu
* Beli barang keperluan BF seperti coole bag, ice pack, storage bottle dan nursing bra
* Attend class yang ajar breastfeeding
* Mind set : always positif, susu banyak 

Note :
FULLY/EXCLUSIVELY = Sepenuhnya Susu Ibu tanpa ada campuran Susu Formula


Dalee tak pernah fikir yg BF itu susah sampai saat lil Buk dilahirkan. Dalee sangat bertuah sebab lil Buk tak menangis beriya2 pada hari pertama dia dilahirkan. Dia sangat cerdik sebab pandai 'latch'. Tapi sayangnya susu memang tak keluar. Sebelum keluar dari hospital. Nurse2 dah banyak bantu dan saat itu Dalee baru tau yang niple Dalee inverted. (T_T) sangat menyukarkan lil Buk untuk BF. Tapi dia sangat tabah sehingga hari ke2 dia betul2 kelaparan. [Fakta : Bayi baru lahir boleh bertahan sehingga 48 jam]. Menangis tanpa henti di waktu malam dan what happen? Malam itu Dalee dapat bagi setitik dua titik saja SUSU IBU. WTH? Puas Dalee dan ibu pujuk dan sapu minyak pada perut, tapi dia menangis sehingga bengkak mata. Lagi teruk, lil Buk is "DEHYDRATE". Affect from that, kencing dia berdarah dan ada tompok2 kuning. 



Setelah apa yang berlaku, kami bawa lil Buk ke Hospital Ampang kembali. Di tahan selama seminngu [klik sini]. Dengan kuasa Allah, lil Buk telah di beri susu formula kerana kekurangan susu ibu. Memang kurang dan ini fakta dan bukan mind set. Walaupon susu itu bukan racun tapi memang kesian kat lil Buk kerana terpaksa menghadam sesuatu yang sgt komplikated di usia 2 hari. [Maafkan mama sayang]. Dengan kuasa Allah juga Dalee ditemukan dengan nurse bernama Puan Rogayah di wad NICU, Ampang. Dia tanya kenapa lil Buk tak mahu minum susu formula tu dan dia sendiri jawab "Susu ibu lagi sedapkan sayang". 

Kemudian Dalee ambil lil Buk untuk paksa dia direct feeding. Buk cuba dan nurse nampak kepayahan kami berdua. Ini disebabkan 'inverted nipple'. Kemudian nurse tu suruh tidurkan Bukhary dulu dan dia akan tunggu Dalee di bilik penyusuan. Dia kata dia akan ajar Dalee sampai boleh untuk keluarkan susu tu. Dia kata takut bengkak susu nanti lagi masalah. 

Syukur Puan Rogayah memang mengotakan janji dia. Dalee jumpa dia di bilik penyusuan. Dengan sedikit ilmu penyusuan yg Dalee ada lagi cepat Dalee pick up apa dia ajar dan pengalaman yang paling berharga buat Dalee ialah belajar marmet. Puan Rogayah ajar Dalee step by step marmet dan dia tunggu sehingga botol tu berisi. Alhamdulillah dapat juga Dalee keluarkan kolostrum sebanyak 4 oz kedua2 belah. Marmet depan dia? Yes.. hahaha memalukan tapi ada aku kesah. [Terima kasih Puan, semoga Allah membantu dan memberkati Puan sekeluarga].

Bila Dalee berkampung di Hospital Ampang sebab kencing berdarah lil Buk, Dalee memang bagi dia direct feeding. Tapi bila malam, lil Buk jadi Hang Jebat menangis macam tak cukup. Masa tu ingat susu tak cukup untuk dia, then topupla formula. Kekenyang dan ketiduranlah dia. Dari sehari ke sehari Dalee try bagi BF sehingga tak perlu topup formula. Alhamdulillah, Dalee berjaya sehingga Bukhary 4bulan lebih. [Fakta : Susu memang kurang masa dalam pantang, tapi memang kena rajin pump dan makan makanan yang membanyakkan susu]

Sehinggalah budak bertuah tu [lil Buk] dah langsung tak nak direct feeding sebab dia dah comfortable dengan puting botol (T_T). Susu semakin berkurangan. Yes, Dalee dah pump tapi susu semakin hari semakin kurang. Tetapi rezeki lil Buk masih murah sebab ada ibu susuan beri susunya kepada lil Buk. 2 minggu sebelum lil Buk masuk 5 bulan, susu memang makin drop. Selepas tidurkan lil Buk terus pump, lepas makan terus pum, lepas solat pump.. pump, pump dan pump. Memang rezeki xsemeriah dulu. Lil Buk memerlukan at least 24 oz. Tapi skrg dapat 10 oz tu kira dah boleh wat solat syukur. Akhir, nak tak nak terpaksa juga bg lil Buk susu formula [enfalac]. Saat itu rasa sangat LOSER sebab tak dapat memenuhi keperluan dia. Its not about mind set OK? Semua itu rezeki Allah seperti yg ditetapkan selepas dah habis berusaha.

Sampai sekarang kalau pon sehari hanya dapat 6 oz, Dalee tetap bagi. Mesti minum susu ibu hari2 walaupun setitik ye sayang... Dalee selalu berdoa susu itu cukup sehingga 2 tahun. InsyaAllah, bila Lil Buk da start makan, harap2 dia dah kurang minum susu dan tak dehydrate. Amin.

Dalee pon xnak jadi terlalu obses susu ibu sehingga mengenepikan fitrah kehidupan yang mana setiap anak itu perlu minum dan makan secukupnya. Memang x di nafikan perasaan bangga dapat susukan anak dgn susu ibu. Jangan tipu kalau kau rasa kau xbangga langsung. Tp janganlah keterlaluan sgt sehingga memandang susu formula itu sebagai racun yang merosakkan anak kita. Dan tidak pula Dalee tidak pula rasa susu Formula itu bagus kerana di dapat memenuhi keperluan lil Buk sehingga melupakan hak dia untuk minum susu ibu.

Sesungguhnya, kesihatan yang baik atau sebaliknya datangnya dari Allah. Lindungannya adalah kehendakNya. Walaupun, lil Buk minum susu ibu sepenuhnya, kalau dengan kehendakNya dia sakit, maka sakitlah dia. Tapi pon kalau lil Buk minum susu campuran Formula, kalau dengan kehendakNya dia sehat, maka sehatlah dia. Doa adalah pelindung terbaik untuk segala hal. Dan Dalee percaya setiap perancangan dari Allah adalah yang terbaik untuk Dalee. Terima kasih YA ALLAH kerana mengizinkan hamba mu yang hina ini menyusukan anakku sepenuhnya dengan SUSU IBU sehingga 4 bulan lebih. Dan terima kasih juga sehingga kini, masih mengalir susu di dadaku buat lil Buk. 




Happy Breastfeeding Uoalls!!!

Lots of luv,
Dalee~~


p/s : To those yang x BF, jangan rasa down atau di motivated. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kamu. Sama2 kita support each others. Kita adalah perempuan yang istimewa kerana kita seorang ibu.


Thursday, November 1, 2012

Post Natal Figure


 Assalamualaikum dan aaaaahhhhaaaaaiiiiii~~~~~


************************************

Here is my Post Natal Figure... Hahahha saja nak buat kenang-kenangan dah kurus kembali. Tak sure berat sekarang berapa. Yang pasti dah kembali kepada berat sebelum pregnant. Lepas pantang hari tu lagi kurus.




Bagaimana kita dapat mengekalkan berat badan selepas bersalin? Sebenarnya bagi Dalee sangat mudah untuk turun sebab masa pantang kita tak makan benda berminyak.

Masa pantang Dalee hanya makan ikan bakar dan Sup sawi dan lobak putih selama 40 hari. Kekadang ikan singgang dan ayam panggang. Ikan pulak makan ikan sela sahaja. Nasib tak muntah hijau makan makanan yang sama.

Air manis memang kurang hanya minum di waktu pagi dan malam. Horlick dan kopi. {Sebab tu masa pantang Bukhary tak mau tido malam}

Berbengkung. Ini Dalee selalu curi2 tak pakai. Tapi lepas cukup 40 hari Dalee pakai Premium Beutiful. gagagagagagga (-_-)

Sampai sekarang Dalee pantang minum ais, minuman bergas dan ais krim.

Tapi sayangnya jamu2 semua Dalee tak makan sebab anak prolong jaundice. Sakit badan den. Serius tak sekuat dulu. Balik rumah lepas tidurkan Bukhary, pancit penat macam keje angkat balak.  Terlepas nak tengok TV "Clean House dan Extreme Coupon". gagaggagagagag (T_T)

Harap2 kurus dan sehat kekal sampai anak kedua. Anak kedua tahun depan. {EH!Biar betul hang hang ni?}


Lots of luv,
Dalee~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails