Thursday, May 10, 2012

Sshhhh... camne nak elak minum air gula..




Assalamulaikum dan aaahhhaaaaiiii~~~~~

*********************************

Akak paling tak paham konsep "minum air gula". Untuk detact kencing manis? Tapi takpelah, kalau bab kesihatan tak boleh nak main2 sangat. Nanti kemudian hari yang susah. Yang susahnya, appointment minum air gula tak sama hari dengan hari check up. Udah lah berulang kali nak ke KK Ampang tu. Orang kalau sikit takpe.. ini seramai2 umat ada. Cakap jelah nak bangsa apa...semua ada. Masa ni lah nak belajar bersabar dan meregangkan otot mulut. Sama ada nak senyum atau nak membebel. Heheheheh (^_^). 

Di sebabkan bekera sebagai kuli batak kat opis ni, mana boleh sesuka hati mak kita nak ambil cuti atau time off pon. Bapaklah kedekut. Dahlah xde half day leave, time off pon 2 jam je.. Sengal. Masa check up minggu ke 31 tu, akak minta kebenaran KK untuk buat test air gula tu di klinik swasta. Nasib baik dia kata boleh. Lega ahkak.. Lepas settle check up kat KK, akak pergi ke klinik swasta Samuel macam biasa. Dengan penuh harapan, akak menyatakan hasrat nak buat test air gula kat situ. Tapi nurse kata klinik tu tak de test camtu. Haduuuiiilaaa pon... 

Tapi akak terus2 juga tanya dengan doktor Samuel. Jawapannya...

"Boleh.. kita buat sekarang"
"Eh.. tapi doc, i tak puasa hari ni" 
"Tak payah puasa2. Non sense. Sudah makan tengah hari?"
"Sudah.. I makan kuih2 saja"
"Ok.. kita buat test. Nurse amik jarum"

Gulp.. gitu je. Tak payah nak minum air gula bagai. Akak tak puas hati tanya jugaklah walaupun Doktor tu memang pakar. Dia kata sebab kita dah makan, so kalau kita buat test masih boleh detact kita penghidap kencing manis ke tak sebab darah kita telah bertindak balas dengan gula. Kalau doktor tu tipu, tipu lah akak kepada semua yang baca ni... Maap maap. Tapi nampak macam logik juga.

Di sebabkan masa ujian tersebut adalah jam 4.30, tahap gula akak mesti tidak lebih dari 7. Yup darah akak hanya 6.30. So settle. Alhamdulillah sehat dan tak payah ambil cuti... Woohaaaaaa.......




So, Dr. Samuel bagi akak surat pengesahan ni untuk di tunjuk kan kepada KK. Harap2 mereka puas hati dan tak payahlah nak kena ambil cuti semata2 nak minum air gula.... Cooooiiiii....


Lots of luv,

Mommy Dalee~~


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails