Monday, February 20, 2012

Majlis cukur jambul yang comel ke atau aqiqah???


Assalamualaikum dan Aaaaaahhhhaaaaiiiii~~~~~


*******************

Buku feberet akak sekarang ni... acecece nak tunjuk buku tu di sign oleh Ustaz Don sebonar eh... So far akak rasa buku ni paling best dan praktikal. Kecil boleh letak kat dalam handbag. Buku ni pon di edit dengan baik. Senang nak paham dan tak macam buku sekolah kita tu.

Dulu masa belum ada rezeki lagi, akak ada gak tanya2 orang pasal cukur jambul ni. Ada yang kata majlis cukur jambul yang di hiasi dengan nyanyian berzanji tu hanyalah adat kita je. Bukan sunnah atau wajib. Di sebabkan majlis cukur jambul sekarang mengalahkan pelamin akak masa kawen dulu... itu yang lebih mendorong dan terdorong untuk mencari ilmu pasal majlis cukur jambul ni. Mendahulukan yang wajib tu lebih baik untuk mendapat kebaikan dan keredhaannya.

Menurut buku "Doa, Zikir & Amalan Ibu Hamil" (DZAIH) cukur jambul anak sunat di buat pada hari ke 7 selepas kelahiran. Kemudian rambut tersebut ditimbang dengan emas atau perak sesuai dengan kemampuan ibubapanya, dan di sedekahkan.

Aqiqah pula yang paling utama dilaksanakan pada hari ke 7 dari kelahiran bayi dan memotong kambing. Di anjurkan kedua-dua ibu bapanya tidak memakan daging akikah anaknya, termasuk keluarga dari kedua-dua keluarga. Hukumnya mendekati haram.

Tapi sekarang ni kebanyakkan orang buat majlis cukur jambul dulu dan melambat2kan aqiqah. Mungkin ada yang terlupa untuk memasukkan bajet aqiqah ni... Sama macam parents akak dulu, akak dah besar panjang baru nak buat aqiqah. Alhamdulillah lah akak ni sehat..... 

Ini kerana kaifiyat  aqiqah ialah diharapkan si bayi memperoleh kekuatan, kesihatan zahir dan batin. Zahir dan batinnya tumbuh dan berkembang dengan nilai2 Ilahiyah. Dengan aqiqah juga diharapkan si bayi kelak menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu-bapanya. Jika acara ini dilaksanakan dengan tulus ikhlas dan dijiwai nilai2 rohaninya oleh kedua-dua ibu bapanya, tentu akan terpengaruh terhadap perkembangan jiwa dan rohani si bayi.


Makk aiii kalah pelamin akak.. 

"Wahai anakku, mama tak buatlah majlis cute mute gilang gemilang macam ni untuk kamu ye.. Sebab mama nak kejarkan barakah hari ke 7 bercukur tu. Dengarlah kataku, wahai anakku yang soleh. InsyaAllah majlis aqiqah kamu mama buat pada hari raya Aildilfitri nanti. Kalau nak kejarkan aqiqah hari ke 7 tu pon tak sempat wahai anakku yang soleh sebab semua orang sibuk nak buat persiapan ramadhan dan berpuasa....InsyaAllah dengan Izin Allah..."

Bersama2lah kita mengingati.. kalau akak lupa, 'tolong ingatkan aku...'[nyanyi macam Anna Rafali.. erk.. gelii]. Dan akak harap teman2 lain pun jangan lupa memasukkan bajet aqiqah dalam bajet kita masa preknan. Selalu wat blog walking, memang bab ni selalu mommy-to-be tertinggal. Erk sekarang kena buat keputusan untuk anak pulak.. dulu utk diri sendiri. Haiii untuk diri sendiri pon selalunya berperang... ni plak untuk anak... Aduii kena banyak membaca lagi.. tapi penyakit M ni memang menjadi2 bak kuasa petala ke 8.


Lots of luv,
Mommy Dalee~~

Thursday, February 2, 2012

How to make home made Subway Sandwhich?

 
 
 
Assalamualaikum dan aaahhhhaaaaaiiiiiii~~~~

************************

Semenjak JAKIM mengambil tindakan tegas terhadap sticker2 HALAL ni, rasa macam susahnya nak makan. Sebab hati dah mula was2. Bila dah mula was2 tu yang jadi masalah, dah jatuh haram nak makan kan? Tapi macam biasalah kalau benda tak boleh makan tu, nafsu bergelojak macam setan main gendang. Kita punya akal fikiran untuk berfikir, setiap permasalahan mesti ada jawapan... Kenapa tak cuba buat sendiri??? 
 
1. Mula-mula kita beli daging slice di carefour atau jusco. Bleh di timbang mengikut kepingan yang kita nak. Kemudia bakar guna microwave/oven/di kuali.
 


2. Kemudian beli roti oatmeal/wholemeal di carefour/giant/jusco. Kemudian belah di bahagian belakangnya dan di bakar bersama cheese.






3. Kemudian sediakan dan potong sayur2 mengikut kegemaran anda... 




4. Kemudian letakkan sos2 kegemaran anda...



5. Boleh di makan dengan jayanya...... oooowwhh noooo... rasanya sama...rasa sandwhich lah...




Selamat memakan makanan halal..... hahahhaha



Lots of luv,
Mommy Dalee~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails