Wednesday, September 21, 2011

Lisa Surihani... Sila jangan nak kongsi2 okay?


Assalamualaikum dan ahhhaaaaiiii~~~~

**********************************

Terpewanjat boboii tau....Dahlah dulu Yusry di wampas oleh Ewa faziwa.. tapi akak xkesah sebab Ewa memang loving dan tidak hipokrit... Tapi dengan minah hidung tinggi ni, akak memang tak suka. Menambah2 xsuka bila si Lisa berbisa ni nak tiwu2 plak baju akak.. Dah kenapa ko ni? Kalau Yusry sama baju ngan hubby xpelah.. dah kekasih lamakan... Xkan nak marah. Konon kata tak ada hubungan. Yang dok tercongok jadi peyambut tetamu mengalahkan orang dah kawen dekat majlis open house KRU tu kenapa.... KRU son satu, sampai hati buat time office hour. Tak boleh nak datang... Bajet kewwww? Korang tak caya nengok gambar ni.......




Samakan? Abaikan si budak kecik tu... Nasib si Lisa berbisa ni tak hangkut Mia sara.. Kalau tak I saman U ok.. hahahha






Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
*(excluded Lisa Surihani, melainkan die dah clash ngan Yusry baru akak maafkan hokay???) 
 
 
Lots of luv,
Dalee~~
 

Wednesday, September 14, 2011

Eid Celebration/Potluck 1432 (2011)



Assalamualaikum dan aaahhhhaaaaaiiiiiii~~~~


**************

Planning nak buat potluck ni dari tahun lepas. Tetapi di sebabkan tahun lepas tu hangat2 tahi ayam je.. jadi planning itu di carry forward ke tahun ini. Alhamdulillah menjadi... Tambahan lagi budak2 Chinese buat collection dan belikan kueh raya untuk budak2 Melayu.. terharu gitiiewww...

Semua budak Melayu membawa harta karun masing2.. Yang lelaki pun akak paksa jugak suruh bawa. Kerjasama dari mereka amat di hargai. Biasalah mana ada benda yang perfect. Tapi kalau boleh jangan biasakan diri dengan fikiran negatif... Melayu memang sangat sinonim dengan tanggapan negatif.. Sebenarnya fikiran negatif seperti ini hanya akan memburukkan lagi keadaan..Semangat orang2 di sekeliling akan hancur musnah.. Kalau semua orang di serapkan dengat semangat dan fikiran yang negatif, pasti semua benda tidak berjalan....Kita buat semua ni dengan ikhlas dan bukan untuk meraih pujian, InsyaAllah Allah akan melancarkan semuanya....

Makanan memang ada lebih, tapi tidak berlebih. Antara makanan yang di bawa  ialah :
#Lemang dan nasi impit - akak jugak (pandai kan.. xyah fenat2 nak masak)
#Nasi dagang dan roti jala - Kak Sofia (HOD akak a.k.a. orang kaya shah alam)
#Rendang kerang - Kak Zaharah
#Rendang ayam - Tina
#Rendang daging dan kek coklat - Kak Wani
#Meehun Soto - Zarifah
#Puding dan koktail - Kak Radziah
#Kambing bakar - En. Husni (Orang kaya Ampang)
#Hann - Air Kotak (Orang Kaya Damansara)
#Danial - Pinggan, mangkuk, sudu, garfu dan air botol (Orang kaya PJ)
#Taufiq - Buah2an (Jiran Remy Isyak) "Remy.. I lah yang selalu kirim salam pada U"


***************************************

 Makanan nak jugak gambar beraya..

Nasi dagang yang sangat sedap hokay !!!
 

Roti Jala yang aduiii sedap jugak....

Rendang kerang kental dan sedap. Dapat ku bungkus bawa balik..ngeh ngeh ngeh


Geng2 rendang : Rendang ayam 3 ekor licin dan rendang daging 2 kg licin jugak...Ooo Food Tag tu akak yang buat..so what? segan sebb bawa lemang jek..


Meehun soto pior orang Johor buat okay.. memang sedaplah.. huhuhu sedih sebab dapat makan sikit jek. 


Kambing yang di nanti2kan oleh orang ramai.. Bapak gile sedap. Dr. Grill selalu ada di kawasan Pandan Indah... Syukur berpeluang tapau. Boss TQ.

Geng2 desert..banyak kan?


*
*
*
Keseluruhannnya bila semua di satukan.....


Credit : From BB Lim Tong San  (Super senior masa UUM)

*****************************

It was sooo....great bila semua orang happy. Orang yang masak pun happy. One thing yang akak risau ialah Boss Besar (Senior Partner) takut-takut dia tak puas hati. Sebab dia jenis Boss yang very very very particular dengan benda yang kecil2. Dah lah masa nak buat celebration ni boleh plak lupa nak minta kebenaran dia. Akak dan kak Radziah (HR) minta kebenaran dari Acting Partner je. Memang telah di luluskan. Then baru akak sent email. Tapiiiiii....tulah bila Big Boss terima email, terus dia tanya siapa punya angkara ni dan kenapa dia tak tahu. Actually kami bukan nak wat grand2 pon. Just makan2 lah. Tapi bila BB dah hint macam tu, nampaknya kena letak effort lebih nak jaga hati dia.

The deco done by Zarifah, Sofia and Zaharah....Ada ketupat, lampu lip lap di atas dan di meja...


 
Tapi BB tak makan banyak sebab dia vegetarian dat day (Moon cake festival). Tapi kalau dari air mukanya begini... dia marah ke dia ok?
 
 Kira oklah tu kan? Kalau tahun depan dia kata boleh jemput orang luar datang....Phuuewwww.. lega..

 Selamat berpuasa sunat semua....


Lots of luv,
Dalee~~
 


Wednesday, September 7, 2011

Ikhlas ke?




Assalamualaikum dan aaaahhhhaaaiii~~~



***************


Tiada siapa yang boleh mengukur keikhlasan kita bekerja melainkan diri kita sendiri.... Sentiasa percaya pada janji Allah, yang ikhlas bekerja itu pasti akan di redhai. Yupp.. akak percaya. Setiap orang pastinya mempunyai zaman kejatuhan dan naik dalam kerjaya. Pasti masalahnya lebih kurang sama..Hasad dengki, cemburu, buruk-sangka, perkauman dan politik pasti ada di mana2. Kalau alasan sebegini yang membuat kita nak berhenti kerja, pastinya kita tak akan berjaya sampai bila2.

Akak pernah dikritik teruk ketika sessi penilaian prestasi (evaluation session) antaranya tidak pandai membahagi dan mengurus masa, lembap, tidak cekap, kurang pengetahuan, tidak mencapai standard syarikat dan macam2 lagi. Saat itu kebaikan tidak timbul langsung. Bukan setakat berhenti di situ, akak juga di kritik terus-menerus di bilik mesyuarat bersama orang atasan. Saat itu hanya Allah je yang tahu betapa terlukanya dan kecewanya diri ini. Probation di sambung lagi 3 bulan, tidak ada kenaikan gaji, tiada bonus, tiada travelling/telephone claims dan 'di export' ke dapartment lain untuk memberi pertolongan kepada mereka. Semua itu akak tulis dalam diari (old skool dowh) dan telan seboleh mungkin.

Akak menyimpan azam Tahun 2011 untuk bekerja seikhlas mungkin dan bertahan selama 2 tahun di sini untuk memastikan resume sentiasa cantik. Azam itu ialah biarlah tak ada kenaikan gaji, biarlah tiada bonus dan jauh sekali nak naik pangkat. Akak cuma mahu tetap sahaja. Alhamdulillah awal tahun  Allah kabulkan mendapat tetap. Berterusanlah akak menerima kerja. Susah dan payah pun akak terima. Walaupun terpaksa bekerja lewat seorang diri. Takut memangla takut tapi semua tu ku tahan Jebat...Sewaktu orang sibuk pergi ke gym dan bersuka ria, akak berusaha keras untuk siapkan kerja. Setiap hari akak pasang niat untuk habiskan kerja 1 hari walau apa yang terjadi. Setiap kerja keras akak pastinya ada wangi2an semangat dari En. A dan kawan rapat. En. A banyak berkorban masa, tenaga dan minyak kereta (hhahahaha) untuk memastikan keselamatan akak terjamin. So, dialah yang datang tiap2 malam ambil  akak dari Ampang ke Mid Valley ke Ampang. Sehingga ada yang bercakap "Kesian suami kau, sudah2lah tu kerja". Akak hanya mampu menjawab "Suami aku sporting". 


Namun.....setiap titik usaha keihklasan akak itu akhirnya di balas Allah..Syukur yang teramat. Kenaikan gaji, bonus dan kenaikan pangkat menjadi milik akak. Harapan selepas ini... akak tidak alpa dengan apa yang telah ada. InsyaAllah. Boss akak pon main twitter uolls... wajib kot ade twitter.


Lots of luv,
Dalee~~



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails