Wednesday, March 30, 2011

Wordless Wednesday_01



Assalamualaikum dan aaahhhhaaaiii~~~~


***********************






Lots of luv,
Dalee~~


Wednesday, March 23, 2011

Bukan Ratu Longkang!!!


Assalamualaikum dan aaaahhhhaaaaiii~~~


**********



Akak sangat bersyukur kerna mempunyai makcik2, pakcik2 dan kazen yang sempoi dan 'haiipening'. Tambahan lagi kalau ada volunteer yang nak buat event untuk family bagi mengeratkan silaturahim. Biar jauh mana pun kita tinggal, carilah masa untuk bersama selain dari Hari Raya. Sebab hari raya adalah hari yang sibuk nak makan daging rendang, rendang maman, lemang ketupat dan sebagainya. Dah ramai2 tu tak kuasalah akak nak borak2 panjang sebab queu gelas dan pinggan pun panjang jugak.

"The Limi's family" telah dipilih sebagai nama family. Kenapa LIMI...ni nama arwah atuk den.. Event setiap tahun ialah bowling tournament.. Welll u noe me.. tahun lepas akak RATU LONGKANG ok... punyalah kuat chemistry.. En. A pun samo dapat RAJA LONGKANG....

Di tempat yang sama dan cuma tahun je berlainan telah merubah segala keputusan tauuuu.... Hampir jadi juara tauuu...cuma tak de luck je.. (ferasaaannn)




Kami di bahagikan kepada 4 kategori :

1. Kanak-kanak (Anak2 buah)
2. Veteran (Pakcik dan makcik)
3. Raja (kazen2 lelaki)
4. Ratu (kazen2 perempuan)

Pertarungan yang sengit ini berlangsung selama 2 jam selepas perut penuh. Selepas sessi pertarungan selesai. Berdebar2 jugaklah time ni.. Bajet leh dapat No.2, dah tau mesti tak menang, janji jgn kalah lagi. Hahahaha

Pemenang Kanak2 ialah Ezat (Anak Achik - Pakcik hensemku)


Pemenang kategori Veteran - Acik


Apo pasal mata korang tu terbeliak? Macam Zizan Nin kan?? Memang lah ni Zizan Nin punyo abang lain emak lain bapak. Hehehe

Pemenang kategori Raja ialah Asrul (ore kelate ni.. gomo kelate gomo) Slogan ni boleh pakai untuk apa jua kejohanan. Tak semestinya bola kan?


Dah lima bulan eh Asrul? hehehe Pewut sama bosa dengan pewut isterinya yang pregnant. (Tu sebab xbanyak saingan dalam kategori ratu, sorang dah tak qualified)

Pemenang kategori ratu ialah Kak yong bobok..eh salah.. Kak yong tart (tgk link blog die. Skrg dia jual macaroon gak tau)


Muka kak yong memang tak boleh blah.. poyo habis. Almaklumlah dapat menpertahankan kejuaraannya itu.

Dan juara keseluruhan ialah..........

*
*
*



Yang tengah tu ye sambil pegang 2 piala.. Memang DIva habisssslah.. (eh..lelaki boleh gelar Diva gak ke?) Bukan yang tepi sebelah kanan tu tau..(Yong, esksaited bukan main ko ngalahkan acik)

Suka benor Achik ni dapat 2 piala. Gelak besar nampak.

Owh.. Korang mesti nak tau siapa pengalah2 setiap kategorikan...



Tetap sporting walaupon kena pakai baju tersebut.


Last but not least..





L for Limi's not for loser okayyyy..

Disebabkan ada orang cakap...Siapa menang kena belanja...




Dapatlah kami makan beriani kambiiinggg... embek embek di Restoran Saba, cyberjaya.. Perghh memang sedap...


Tahun depan mesti akak cuba mendapatkan hadiah sagu hati..


Lots of Luv,
Dalee~~






Monday, March 21, 2011

Jalan - Jalan Cari Makan : Sweetree, Ampang


Assalamualaikum dan ahhhaaaiii~~~

*******

Sebenarnya tak lama lagi akak nak buat VLOG Jalan-Jalan Cari Makan versi [Dalee~~cious]. Pastu letak kat YOUTUBE..mengacara dengan caranya gelojoh tak makan 10 tahun tapi masih manis bersopan. Tak da lah nak miming bagai.. oppsss... Memberi maklumat kepada orang lain lebih baik dari tidak memberi apa2. 

Kali ini jalan-jalan cari makan kita ialah di Restoran Korea Sweetree, Putra Sulaiman, Ampang. Jangan risau, di yakini Halal. Jalan-Jalan Cari Makan TV3 pon dah mengesahkan. 

Waktu operasi : Isnin - Sabtu (Ahad tutup - bos nak kasi semua staff dia cuti)
Jam : 11.00 -10.00 malam
 Kesesuai tempat : Boleh buat untuk gathering, meeting dan memang santai habis. Parking pun senang.





Now let's cekedout the menu's.












Dessert dan air dia memang marbelas. Cuma main course dia averagelah. Sebab akak rasa makanan korea di the gardens lagi sedap koooot.... OOoOoo bagi siapa yang tak minat makanan korea, nasi goreng cina, chicken chop, beef steak pon hada... Harga berpatutan dan makanan korea tu agak murahlah akak rasa compare to the gardens. Bila nak cuba beromantisan di sana?


Picture of the day~~


Si Mahsuri demok di ikat di pokok.hahaha


Lots of luv,
Dalee~~



Sunday, March 13, 2011

Resepi : Moist Chocolate Cake with Chocolate ganache


Assalamualaikum dan aaahhhaaaaaiii~~~~


*****************


Ilmu dunia kalau kita kongsi2kan mendapat kerberkatan..."kaf ra ba ra kaf......."(macam dunia baru daaa...). Oleh itu, saya dengan ini berkongsi resepi moist choc cake with choc ganache ini untuk semua. Saya pun ambil resepi asal dari buku MIDI tahun yang bila pun tak tahu.. Kakak angkat saya yang buat dulu, kemudian saya tambah dengan coklat ganache itu.


Picture taken from my new gadget.. kuikuikui


Bahan A (Kek)

2 cawan tepung gandum (di ayak)
3 biji telur (basuh dulu tau)
2 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair
1 cawan air suam
1 sudu kecil soda karbonat
1 sudu kecil serbuk penaik

Bahan B (coklat ganache)

400 gram coklat (di hancur2kan)
200  gram whip cream
3 sudu madu

Bahan C

Tupperware microwave
choclate rise



Cara-cara membuatnya :

1. Pukul telur dan gula hingga kembang
2. Masukkan serbuk koko, serbuk penaik, serbuk soda bikarbonat, susu cair dan minyak. Pukul hingga sebati
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan air suam dan kacau hingga rata.
5. Sediakan tupperware microwave dan masukkan dalam 3 bekas. Kemudian kukus sehingga 15 - 25 minit.
6. Selepas kek sudah masak. Biarkan ia sejuk seketika dan letak di tepi.
7. Panaskan whip cream sehingga mendidih. Kemudian tutup api.
8. Masukkan coklat yang di hancurkan tadi. Kacau hingga rata dengan cepat.
9. Masukkan madu tadi. (membuatkan coklat bertambah berkilat).
10. Selepas kek di yakini sejuk. Masukkan coklat ganache yang sedang panas tadi ke atas kek tadi dan ratakan.
11. Tabur coklat rise. Kalau nak sedap masuk peti sejuk.

Selamat mencuba ya...


Lots of luv,
Dalee~~



Nota pesanan : Selamat datang ke blog saya. Jemput datang lagi. Oh ye. Kalau rajin tolong klik iklan2 di atas itu. Terima Kasih.








Thursday, March 3, 2011

Review W-Day | 1st year Ann : Make Up


Assalamualaikum dan ahhhaaaii~~~

******

Buat B2B yang mencari tukang make up untuk your BIG Day boleh cuba 2 suwiitss make up artis ini. Mereka juga kerja di Karangkraf dan selalu dapat job untuk make up artis.




Kak Hanna make up akak masa nikah. Actually, akak minta kak Leeya namun begitu Leeya ada kelas pada tarikh tersebut. Tak ada masalah ape, just try Kak Hanna. Dia pun memang meleetoppss...

mengantuk..... start make up seawal jam 7. (Punya xsabar nak kawen...)






So, inilah hasilnya macam IFA RAZIAHkan? Hahahaha


************************************************************



Start tengok hasil kerja tangan Leeya time wedding my BFF, Yaya. Memang meletopss.. tetiba muka Yaya macam Ekin Mawi. Akak pun eksaited nak Leeya make up kan...

"Leeya... i nak macam Kris Dayanti tau!!!"

Baru sikit je tu...






Happy gila mak tau.. santeeks nok!! (Hi rizal!! My camera man yang baik hati...)


Macam Kris Dayanti kan?? Meletoppps..

Masa akak nikah dan sanding hari tu, harga dia dalam RM350 each. Now dah tak tahulah berapakan. Mereka memang suwiittsslah and can accept comment from Ayah \(^_^)/.


Lots of luv,
Dalee~~



Wednesday, March 2, 2011

Jalan - Jalan Cari Makan : Pastis Cafe @ The Gardens, Mid Valley


Assalamualaikum dan aahhhaaaaii~~~


****

Ok segmen jalan-jalan cari makan kita hari ini ialah di sekitar The Gardens. Pastis cafe @ The Gardens. Cafe ini berhampiran Isetan, The Gardens.

Tenang dan nyaman......


Perkenalkan ini pengacara Jalan-Jalan cari makan kita, Puan Daleelot (Dalee + boyot)


See... i told u.. tenangkan....


Sudah2 lah tu tengok2 tempat mari makan....




Eat within your budget (refer to me lah..) Kalau banyak duit boleh lah pilih nak rasa apa sahaja. 1st time makan di sini, jangan terlalu menaruh harapan tinggi. Jadi mari pilih Lunch Set RM14 ++.

*
*
*

Lunch Set Menu
Main course : Linguini mushroom OR chicken pie OR chicken panini
Drinks : Coffee OR ice leman tea
Dessert : Ice-cream OR cut fruits

Ice lemon tea from lunch set

coffee from lunch set

Criollo marshmallow - RM10.50 (LIKE LIKE LIKE SAMPAI 1K)


Chicken pie from lunch set


Aglio olio - RM21.90


Lunguini mushroom from lunch set

Dessert : cut fruits from lunch set


White flower...free for see... hahahahahaha



The comment will be 4 stars. Tak rugi cuba ya...


Lots of luv,
Dalee~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails