Monday, February 28, 2011

Review W-Day | 1st year Ann : Hantaran Pihak Perempuan kepada Pihal Lelaki



Assalamualaikum dan ahhhhaaaaiii~~~

****

Sempena ulang tahun pertama kami, inginlah diri ini 'mengrefreshkan' memori2 indah dalam kotak ingatan ni. Saat yang paling indah dan susah di gambarkan. Penat, payah dan akhirnya selesai juga. Sessi 'review mengreview' di mulakan dengan hantaran pihak perempuan kepada lelaki. Semuanya di buat oleh my ibu chicken rice {hahaha. chicken rice tak ada kena mengena. Abaikan je.} dan my super ayah. Tak paham kenapa warna kuning? Meh nak cerita. Ayah cakap keluarga kami memang perlu ada warna kuning. Sama ada pelamin warna kuning atau hantaran atau baju nikah. Wuiiiissshhh ayah sikit tak agak nak suruh anak perempuan dia pakai kuning. Dah macam anak raja je tapi kulit kasar macam ular. Jadi akak play safe pilih warna hantaran jelah buat warna kuning.  


- 9 Dulang hantaran -

Sireh Junjung
Pulut Kuning
Kasut
Kemaja dan Seluar
Al-Quran
Jam dan wallet
Shaver and minyak wangi
Alat2 pembersihan diri
Tuala



Sireh Junjung

Ini ayah dan ibu yang buat. Petua untuk sesiapa yang teringin nak buat sireh junjung sendiri ialah pastikan anda menggunakan sireh india. Jangan sesekali menggunakan sireh melayu yang biasa nenek2 makan tu. Sireh melayu cepat layu [serius, terjadi masa akak tunang dulu]. Akibat dari peristiwa sireh layu time akak tunang tu, akak tanya makcik En. A macam mana sireh dia boleh segar sampai malam.

Dia kata pakai sireh India... OOoOoOoO now i noe edy.

Kayu ukiran beli di Masjid Jamek



Pulut Kuning

Yepp...ayah akak agak konservatif sikit. Penuh dengan adat dan tatasusila. Tapi kesian anak dia suka main redah je... Ni pun akak ikutttt je. Pulut kuning itu ibu yang rendam malam2 dan makcik2 yang masak dan hias. Pulut kuning yang di saluti telur dadar.

Kayu ukiran beli di Masjid Jamek



Kemaja dan seluar | SEED {if i'm not mistakenlah... dah xingatlah}

Ayah malas nak gubah2.. ayah beli bakul sangkar dan sumbat dalam tu.. dan hias sikit dengan bunga.. sekarang bakul tu kami guna buat letak barang kelengkapan En. A.

Baju beli di Isetan, KLCC
Bakul beli di Sin Ying, Semua House



Towel |Elle *brown colour

Ni sama kes seperti di atas, ayah malas nak buat gubahan tambahan pula masa pun tidak berapa mencukupi. Last minit juga tetiba bakul warna emas tak ada, yang ada cuma warna putih. Pejam mata beli sajalah....

Towel beli di Jusco *Agak murah*
Bakul beli di Sin Ying, Semua House


Jam, wallet dan tali pinggang | Fossil

Bentuk sangkar separa bulat. Ayah dan ibu gubah bersama bulu2 kuning dan sedikit fresh flower {my BFF yang letak pagi2 time nikah tu}

Jam, wallet dan tali pinggang beli di The Gardens
Bakul beli di kedai {No Name}, Semua House



Al-Quran

Ayah cakap tak payah hias2 sangat sebab ianya dah unik. Al-Quran agak kecil tapi kaabah tu yang indah sangat tau. Ayah dan ibu tambah bulu2 di tepi sahaja.

Al-Quran beli di kedai arab di Giant, Gombak



Minyak wangi | Boss dan Shaver | Phillips

Ayah susun dan gam2kan barang barang tersebut supaya tak terjatuh masa bawa ke masjid. Shaver tu consist of shaver muka dan hidung.. senang nak trim bulu hidung jugak. hahaha

Minyak wangi beli di sogo
Shaver beli di Carefour, Mid Valley



Barang pembersihan diri | Nivea

Ni pun sama ayah gam2kan semua agar tak tercicir. Ni akak beli sebab nak suruh En. A wangi dan kemas.

Nivea beli di Tesco, Ampang *ini pon nak bg tau.. hahahah*


*
*
*
*
*

Kasut | Primavera

Gambar entahlah hilang pulak CD camera man utama tu. Cuba tengok yang atas sekali tu. Hujung sekali. Ayah tak gubah apa2 cuma, ayah letak dengan bulu2 kuning tu je..

Kasut beli di Primavera, KLCC * tempat lain xde saiz


Semuanya di buat oleh ibu dan ayah. Sebab akak busy buat En. A punya sebab nak jimat. So far, semua barang2 tu dah habis di gunakan. Semua barang hantaran kami beli sendiri, tak ada sponsor dari sesiapa. PUAAASSS tak susahkan orang. 


Lots of luv,
Dalee~~



Thursday, February 24, 2011

Mencari publisiti murahan di Golden Screen Cinema, The Gardens!!!!


Assalamualaikum dan ahhhaaaiiiii~~

*******

Celebration untuk Chinesse New Year dah lama lepaskan.. Takpe2. Kadang2 benda basi memang best. Semua superstar (UHY staff) bergerak ke GSC Paradiso, Signature The Garden untuk CNY celebration dengan hati yang berdebar2. Komfem.


Ok korang nak buat gossiipp liar eh. Budak bertudung minum.*Keleeeppeekk..rasakan sepakan powerpuff gurl ini*. Itu adalah sparkling juice perisa epal yang halal dan mengunakan gelas berkaki yang tinggi. Paham!


Sebelah kiri tu ialah 'LOU SANG' selepas acara 'YEE SANG' dan sebelah kanan tu ialah main course. Check the Menu [Here here here and here]. Gila banyak kali here here here. hahaha


Lepas semua superstar makan sepuas2nya dan boleh tambah dimana akak saja yang tambah yang kurus semua tak tambah. Biarlah benda free. Agenda seterusnya ialah bergerak ke GSC theater untuk tengok wayang. Yeay akak tipu. Pergi GSC theater untuk presentation CNY.


Harapan kosong yang memang menyakitkan. Pergi GS theater tapi tak tengok wayang. Wishes for new year. Semua superstar wajib bagi speech kat depan. "owh memang gila". Rasa macam jantung nak terkeluar tapi masuk balik dan mengecil dan membesar macam sakit jantung pun ada.



Couple seat lagi you. Hi!! ini couple saya En. Zaharah.


Ok. Bagi chance pada kepala2 bahagian (head of SBU) untuk berucap dulu.

video

Now your turn Daleela..Tetiba akak nampak kecik. Tipu tu...Macam pemes pulak ada orang tangkap gambar sekali. [Guna speakerlah kalau nak dengar suara merdu akak ni.*ferasan*].

Last week ada review on those wishes make on dat day. Boss besar kata, akak dapat B-  sebab terlalu banyak aaaa----- aaaaa-----aaaaa----- [tengah susun ayat dalam kepala otak]. Elok2 boss nak bagi A- terus jadi B-. Fuhhh... Mencabar betul. Akibatnya pasti adakan.........Akak di jemput menjadi host di besday celebration esok. *mamppp...*. Please doakan akak xcakap aaaaaa----- aaaaaaa----- aaaaaa------- esok. aaaaaaaa------meer.*gulp tersebut nama tersayang pulak...windu*

Lots of luv,
Dalee~~

Tuesday, February 22, 2011

Housewife and Candy Cup Cakes



Ahhaaaii~~~




Pernah tengok desprate housewives tak? My ex-housemate dulu pernah cakap, akak macam Bree dalam cerita tu.. Hehehe. Ok jugaklah. Tak sure dia refer akak pada apa yang boleh menyamai Bree dalam cerita tu. Kalau cantik dan kurus tu memang tidaklah. Mungkin bab suka memasak.



***********


Comel tak? Ok.. dah tau dah memang cumel. hahaha. Akak buat untuk kazen En. A di bentong ahad lepas. Diaorang buat aqiqah untuk anak2 mereka. Ibu akak pesan kalau datang rumah orang jangan lenggang kangkong kak limah balik rumah. Mesti bawa buah tangan untuk tuan rumah. [erk...banyak pulak perkataan rumah]. It was CANDY CUP CAKE. Flavor vanila tapi akak campur sikit dengan kismis. Seronok macam main masak2.

Akak dah uploadkan gambar ni kat FB. Ada juga orang message untuk buat tempahan, tapi akak belum kompiden lagi nak ambil tempahan. Mungkin lepas masuk kelas baru terbina kompiden itu koot..itu pun tak nak buat secara serius atau nak buat promosi, buat ikut waktu kelapangan je. Hidup akak dah penuh dengan aktiviti. Tak sanggup rasanya nak pendekkan waktu tidor [hah.. engko ni daleela, tak berubah2]. 

Okay babai.. nak tidur.. eh.. silap nak buat kerjalahkan... 

Lots of luv,
Dalee~~


Monday, February 21, 2011

Percutian Bajet - Penang


Assalammualaikum dan ahhaaaii~~

Destinasi percutian bajet pilihan kali ini ialah Penang. Di samping dapat melawat sedara-mara, dapat memenuhi nafsu makan yang membuak2 dan dapat juga menenangkan fikiran (erk..tenang jugak kot kalo tak jemlah). Yap, pergi Penang hang kena pikir 2 or 3kali. 10 kali pun tak pa aih..Tapi setelah berdoa panjang, kami redah je...Hotel pun kami tempah 2 minggu sebelum Chinesse New Year. Untuk tempahan mengejut dan terkejut tengok harga, sila click [Agoda]. Sila percaya. Kalau tak percaya, lantak hanglah. Hangpa jangan terkejut kalau mai (datang) Penang anda terpaksa melalui situasi begini :

1. Nak makan nasi kandar, hangpa kena beratur (belajar bersabar)
2. Hangpa tengah drive, tetiba ada orang pancung kereta hangpa (ni kekadang akak memang tak boleh sabar. Kurang ajar hang ni tau)
3. Syurga makanan weiiii....

Mari saksikan percutian sempoi kami (Akak dan En.A serta My BFF-Axim dan As. Lu orang memang rawkkk...) :

Day 1@ Penang
* Alhamdulillah tak jem time kami pi (pergi) sana. Uolls ada 2 option sama ada nak naik feri (RM7) atau lalu jambatan.

* Check in hotel di Grand Continental, Georgetown-betul2 di town. Everything is ok except breakfast cam hampeh sikit. Dun expect nak makan macam kat Primula Hotel ke, Bayview ke... biasa2 je.. tapi bilik ada bath tab youuu!!! Suka? mestilah..hahahaha

* Kami dinner di Nasi Kandar Beratur (berhampiran dengan Masjid Kapitan Keling). Takpe2.. boleh sebut, tak ade orang marah, dah memang nama dia macam tu. Heh. Amaran Keras untuk uolls, kalau betul2 sabar dan teringin nak makan nasi kandar power, barulah pergi beratur..Kalau tak mahu 1/2 jam pun uolls masih tak dapat lagi.

* Pergi lepak di dataran gurney melihat ketenangan pantai..Amaran Keras lagi.. kawasan jem beb. Ada beran?

* Pergi Taman Kota Lama dan lepak2 sambil bermain bola2 api...Aceh..



Day 2 @ Penang
* Lepas breakfast di hotel kami pergi pasar kulit (flea market). Macam2 ada barang lama dan barang baru. Akak beli buah mata kucing. nyiiaaw..sedap2.

* Terus bergerak ke Rumah P.Ramlee. Best jugak weiii...

* Jalan2 di tokong cina (depan je tau..)

* Pergi makan Nasi Kandar Kassim Mustaffa (ok2 jelah)

*Saat yang di nanti2kan.. Bukit Feringhi.. woww... best pasar macam kat down town. (Waktu malam je). Heaven weii..Ada satu gerai jagung yang memang terbaik. Mesti cuba. Jagung bakar ni sebelum dia bakar ia akan di celup bersama teh, madu dan kopi (kalau xsilap - rasa memang marbelassss). 

* Dinner kat dataran berhampiran kota lama. Nak cerita panjang sikit. Cendol, laksa dan pasembor dia memang marbelass...Paling hampeh Char keow teow RM8. Kalau sedap takpa, ni macam 'teeeeeetttt'. Sumpah semua orang kata tak 'teeeettttt'. Ada pakcik dari KL tu siap tanya kami lagi "Dik dah terkena ke? Kalau makan kat Old town pun mahal gak camni.. tapi sedap berbaloilahkan..." [Sila refer picture yang last sekali tu eh]  



Day 3 @ Penang
* Lunch di Nasi Kandar Line Clear.. (Murah giler sehhh)

* Mari bershopping di sebalah Nasi Kandar Line Clear.. (Dapat beli seluar Ali baba, i looikkeee. Selesa habis)

* Mari beli asam di Chow Rasta..

* Mari balik naik feri. Kalau nak keluar dari Penang free. Kalau nak masuk je kena bayar RM7.



It was HOLIDAY yang best with En. A (thanks yayang sebab sanggup drive sensorang hahahha and my BFF-Thanks to both of u.... korang memang besshhh). Kami balik hari Sabtu, jalan dah start JEM. Tapi tak teruk sangatlah. 

Lots of luv,
Dalee~~ 


Wednesday, February 16, 2011

Sunnah Nabi Muhamad s.a.w yang sekarang baru aku nak ikut...

Assalamualaikum dan ahhhaaiii~~~

*****

Selawat ke atas junjungan Nabi Muhamad s.a.w.
  
"Barangsiapa yang mengikut sunnahku, bermakna dia mengasihiku.” Hadith riwayat Muslim.

Mungkin  aku bukan umatmu yang baik Ya Rasulullah.. tapi aku masih mengikut sunnah mu walaupun tak banyak. Itu pun baru je kami suami isteri mengamalkan. Apakah??? Meminum susu kambing dan makan daging kambing.

Untuk pengetahuan semua, susu kambing lebih baik dari susu lembu. Kalau yang dah tahu tu baguslah. Amalankan berterusan. Yang belum tahu, baca sampai habis ye. Keadaan dunia sekarang, kita kerap kali di sodok... eh silap di sogok dengan tipu helah YAHUDI. Di TV dan surat khabar, kita di tipu terang-terangan dengan cerita susu lembu lebih baik dari susu kambing tetapi hakikatnya ia adalah helah mereka supaya kita meninggalkan sunnah Rasulullah. [kurang hajar tau Yahudi ni, nah rasakan pelempang maut baja hitam.. keleeeppeeek].

Sekiranya kita berniat minum susu kambing untuk mengikut sunnah sahaja boleh dapat pahala. Dan setiap sunnah yang Nabi ajar pada kita semuanya ada kebenaran dari segi saintifik untuk kesihatan setiap orang yang mengamalkannya. Susu kambing hampir-hampir sama kandungannya dengan susu ibu. Jadi susu kambing ni boleh jadi susu alternatif kalau ibu tidak ada susu.

Kebaikan minum susu kambing antaranya : 
• Mengatasi masalah alahan susu
• Menguatkan sistem imunisasi  
• Meningkatkan daya kepekaan tumpuan dan ingatan
• Melancarkan sistem penghadaman  
• Mengatasi masalah kulit dan sukar tidur
• Mengatasi masalah kahak  
• Memulihkan tenaga dan tenaga batin 
• Menghindarkan kanser

Tulah sekarang ni akak peminum tegar susu kambing Higoat. Campur kopi sikit kalau nak hilang bau. Haippp bukan nak promosi suruh beli Higoat tapi dekat area Ampang susah betul nak cari susu kambing segar. 

*****

Sekarang kita cerita pasal daging kambing pulak, sebenarnya makan daging kambing elok untuk memecahkan lemak di samping melancarkan perjalanan darah yang tersumbat. Dan janganlah kite berterusan membenarkan kafir laknat menipu kita. Daging kambing adalah paling kurang kolestrol. Apabila kita makan daging kambing dan terasa pening, itu bermaksud darah kita bergerak dengan laju untuk melancarkan jalan2 yang tersumbat tu. Bukan anda di serang darah tinggi. Tau tak daging apa yang paling tinggi kolestrol? Daging vavi.. [patutlah kau ni haram]

Memanglah daging kambing ni mahal, tapi elok untuk kesihatan. Sekarang ni akak rasa macam orang kaya pulak (padahal kayap), seminggu sampai 3-4 kali makan kambing. Akak suka buat kambing beratur, tidak menggunakan minyak jadi dapat diet lagi. Rasulullah pun dulu buat kambing beratur. Buat kebab kambing pun sedap woo~~ok semua selamat berkambing. Tetiba rasa nak wat business kambing. Hahaha.
Lots of luv,
Dalee~~





Wednesday, February 9, 2011

Bumper Isu Kahwin : Kenapa lelaki buncit dan perempuan gemuk selepas kahwin??

Ahhhaaaii~~

Huh.. baru nak perasan lepas 1 tahun kahwin. Dulu akak memang cute macam Sizuka dan sekarang akak bertambah cute macam adik Giant dalam kartun doraemon tu.. Siapa nak jadi Giant?? hahahaha teeetttt.. 

Siapa boleh jawab soalan akak di atas tu, akak belanja makan kat belakang Ampang Point sambil2 boleh sekodeng cikgu Linda Jasmin dan Que Haidar ajar menari....


Tengok sendirilah kan. Cakap lebih2 kecik hati. Malas nak cerita. Itu belum ada anak lagi, kalau dah anak sure cute lagi.. tapi kenapa kawan akak YAYA tu kurus jugak lepas kahwin. Eh tapi lepas bersalin tu dia ada kembung jugalah. teeetttt..sowy.

Hari ni akak membentangkan hujah2 yang boleh uolls guna pakai/buang bila ada orang cuba menembak uolls dengan soalan yang "elleh.. ko bajet ko sorang je kurus."

Fakta : Lelaki buncit selepas kahwin

Apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekaligus akan mudah membuatkan perut menjadi buncit. Faktor itu juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. [OoooOOoo..betullah ni memang terbukti]

Namun jika hubungan kelamin tidak dilakukan dalam tempoh yang lama, perut mereka akan kembali kendur dan zakar pula akan mula mengecut. Selalunya berlaku kepada lelaki yang dah bercerai, mereka yang dah lama menduda atau selalu sibuk dengan kerja sampaikan tuntutan nafkah batin diabaikan. [Mak aii..siankan...boleh ke ni? Yayang wat sit up sudahlah ye, bleh gak perut tu turun]

Kesan dari perbuatan di atas telah menyebabkan :
1. Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.
2. Mengurangkan jerawat. 
3. Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta² hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.

Fakta tak berapa nak fakta : Perempuan gemuk selepas kahwin

1. Kita rasa sudah berjumpa teman hidup dan tidak perlu menjadi menarik lagi.
2. Kita rasa perlu menunjukkan skil2 pandai memasak kepada suami dan keluarga mertua. Bau masakan tu pun dah boleh menggemukkan tau... tak percaya tengoklah chef2 tu.
3. Kita makan sama banyak dengan suami kita [memang pun..kadang2 terlebih teeeett]
4. Kita makan makanan yang berlebihan dengan alasan kesian tengok makanan tu, membazir. [Membazir amalan syaitonn...erk]
5. Kita mahu diri kita disayangi tanpa ada syarat "Terimalah saya seadanya gemuk ini". Hehehe
6. Mengandung [belum lagi lah... lempang kang]

Adakah jawapan anda sama dengan akak? Kalau awak kurus.. komen baik2 sikit eh, kecik hati kang.... Cabaran untuk kurus telah bermula semalam. Selepas makan nasi kandar 3 hari berturut2 dan kemudian timbang sekali dah hampir ke nombor sama dengan tarikh lahir.

  

Lots of luv,
Dalee~~


credit : Maskulin 2009

Tuesday, February 8, 2011

Moments naik keretapi KTMB ke kelantan

Ahhhaaaiii~~~



Moment naik keretapi memang best. Terhengat pulak jaman2 time belajar diploma dulu. Akak habit memang tak leh naik bas.. Kalau naik juga, mau 8 kali berenti nak g tandas. PHyscho tullah menciiikk.. And i believe ramai yang dah try naik keretapi dan tak tahan duduk lama2 dalam tu. Akak tak kesah lah berapa jam nak duduk dalam tu, janji akak boleh telentang. Tapi tulah tak berjaya nak pecah rekod telentang 12 jam. Yelah, ada je yang ganggu..ajak pergi cafelah, teman pergi toiletlah...orang datang check tiketlah..orang intai2 di sebalik langsirlah..

Inilah orang2 yang banyak mengganggu akak nak pecah rekod telentang 12 jam. Korang berjaya tak pecah rekod telentang 12 jam. Akak percaya belum ada lagi.. hehehe.

Dalam banyak2 moment yang best ada jugak yang tak bestnya. Kalau korang tengok gambar di atas tu, itu adalah katil bawah.. syookklah nak borak2 sambil tengok permandangan. Kami beli tiket ke kelantan untuk 4 katil bawah. Risiko2 yang akan kita hadapi bila berada di katil bawah ialah :

1. Orang minta tukar katil atas ke bawah. Alasan ada anak kecil atau orang tua. Beb.. harga pun tak sama. Nak tukar kena fikir 2/3 kali.

[Boleh akak bagi alasan akak? --> Tau tak bapak saya beratur beli tiket jam berapa? Jam 6 pagi lepas solat subuh terus beratur ambil nombor tau. Abang suka2 je nak tukar. Saya rasa kalau abang ada anak kecil, lebih baik duduk atas sebab nanti anak abang tu tak memanjat di tangga dan jatuh tergolek dok kan susah.]

2. Orang atas kentut. ---> Maaakk aiihh.. ko ni kenapa bang.. main kentut2 plak. Dah lah air-cond kuat dowh.

3. Orang asyik turun naik2 ---> Aiii Ya Allah, rasa nak lempang pun hada ni.

If next time uolls nak beli tiket tempat tidur, please remember dis tips ya..Tulah yang menyebabkan akak nak telentang je 12 jam. Naik keretapi terus tutup langsir dan tidoorr..

Ni adik akak ni ayik berjalan2. Tapi nasib dia tak ganggu orang dan buat bising.

Ni nak cerita time balik ke KL (akak dan hubby je balik). Di sebabkan banjir di Rembau dan Tampin, keretapi menghala ke Tumpat-KL akan berhenti di mentakab. Syukur KTMB tak cancel teruss.. Dari mentakab pihak KTMB ada menyediakan 4 biji bas untuk penumpang ke KL Sentral. 4 biji macam tak cukup je kan. Terpaksalah berebut (normallah Malaysia rebut2 ni). Tapi nasib akak dan hubby beratur di bas persiaran sebab bas sekolah yang di sediakan rosak di tengah jalan. Terpaksalah mereka2 dalam tu, menumpang bas2 kami. Kesian tau makcik2, pakcik2 dan budak2 kecil. Kalau nak bagi diaorang duduk, akaknya perut ni memulas lain macam. Sebabkan akak memang tak boleh naik baskan... 

Kesimpulannya, niat baik KTMB sangat2 kami hargai, cuma bab management KTMB memang sangap.. hancus.. tak adillah tiket mahal tapi naik bas sekolah, lepas tu bas rosak dan kena berdiri 1/2 jam. 1/2 jam pon lama gakkan..Tunggu akak komplen kat KTMB [kalau rajinlah dan tak ada kerja]. Akak bukan suka2 nak komplen tapi memperjuangkan orang2 yang tidak bernasib baik itu.

Lots of luv,
Dalee~~


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails