Thursday, January 27, 2011

Serashi bershama Ameer dan Dalee..

Ahhhaaaii~~~

Rasa mengarut je tengok rancangan serasi bersama tu. Tapi akak nak juga try. Memang mengadakan. Sesiapa rasa nak muntah tu..nah plastik sorang satu. Al-maklumlah nak sambut anniversary 1 tahun. Kot2lah En. Suami masih tak leh jawab soalan2 basic kan... ada yang kena tidur luar sebulan ni..hahahahaha.. seb baik leh jawab semua soalan.

Marilah mengarut bersama......

video

Sakit kepala ke tgk mcm tu? hehehe sesekali eksesais, ape salahnya....

Muntah darah ke weeiii... (T_T). Sorry takleh nak derma darah, akak ada penyakit darah bulan sabit.
Akak sebenarnya malu dengan video ni. Kenapa pulak gaya percakapan akak macam nak buat video untuk rancangan kanak2. Eeeeee... baru akak teringat, time diploma dulu akak dan best friend akak ada buat software untuk kanak2 (project dip). Bajet suara sedap, dubbing sekali suara sendiri. Sebiji macam tu bunyi nye... Sekali terbawa2 pulak sampai sekarang.

Sebenarnya perhubungan akak dengan Encik Suami ni lebih kepada besf friend.. apa2 pun boleh cerita, apa2 pun boleh gurau tapi akak masih tahu batas2 seorang isteri. Kehidupan yang lebih lengkap bila kami bersama. Aceh...Kalau ada penambahan ahli keluarga lagi2 lah lengkap. Tapi Allah lebih mengetahui segalanya. Paham.[emosi]
Kepada anda semua yang telah datang pada majlis perkahwinan akak setahun yg lalu, akak ucapkan terima kasih. Tidak lupa terima kasih juga kepada teman yang sentiasa mendoakan yang baik untuk kami..


Lots of luv,
Dalee~~





Friday, January 14, 2011

Jalan - Jalan Cari Makan : Flying Chillies, The Gardens

Ahhaaaiiii~~

Kepada sesiapa yang rajin datang The Gardens mungkin boleh mencuba makanan di Restoran Flying Chillies ini. Kedudukannya berhampiran Robinsons level 3. Really worth it. If your husband/wife/family working di area or building The Gardens, anda akan dapat lagi diskaun 15%. Cuma tunjukkan Access card anda. Lagi banyak lagi bagus. Eh.. tipu. Valid for 1 card only ya.

Cekedout ------>

Suasananya yang tenang (mungkin time ni tak ramai orang, tp time lunch ni...). ID work 5*

Now... let's order..

Coconut water and carrot (Most recommended)

Tomyam untuk 2 orang makan ( tapi cukup juga kalau nak makan untuk 4 orang). Price RM25. Taste 5/5.

Baby kailan with salted fish. Price RM12. Taste 5/5


Siakap steamed. Price RM45. Taste 5/5



Green chicken curry (kaaaawww habis). Price RM25. Taste 5/5

Muka gembira dapat makan dan habiskan duit tau...

Ok gadis yang buat peace itu ialah boss akak dengan staff kesayangannya. Suka boss akak tu sebab kiteorang belanja die sempena birthday. Baik punya staff tau....

Sawa de kap. Dah habis makan kena cakap Thailand tau.. nanti lagi dapat byk diskaun. hehehe. Selamat mencuba ya...


Lot of luvs,
Dalee~~

Thursday, January 13, 2011

Apa maksudnya kalau dapat hadiah anniversary macam ni hah???

Ahhaaiiii~~~

Dah lama tak update blog. Siapa menunggu entri baru, cecuba akan tangan? Jawapan yang lebih tepat sebabnya malas dan tak ada masa. Owh lupa. Turunkanlah tangan tu hah. Agak tertusuk jugaklah bau ketiak tu kan.

2 minggu lepas, makcik akak dari rawang ada bagi akak cup cakes yang comel dan sedap. Sehingga ke kek cawan [cup cakelah..] yang terakhir En. A ada bersuara "Kalau buat sendiri mesti banyak.". Akak pula mengada nak provok En. A "Kalau ada oven, semua saya boleh buat."

Berlanjutan sehingga... "Hadiah anniversary kita, saya beli oven bagi awak eh eh eh"

Alamak. Tak romantik langsung ni bagi oven. Esok2 kalau anak cucu tanya..

"Nek, dulu atuk bagi hadiah anniversary apa? Cecita cecita.."
"Bagi oven je ha..." Erk.. canggih ke? Orang lain dapat Blackberryla kan..

Tapi hadiah En. A ni akak rasa ada agenda tersendiri. Kesusah-payahan En. A men'survey' oven yang baik punya akhirnya terlaksana. Akak tak kesah sangatlah oven elektrik ke manual ke janji ada sudah.

Boleh diberi pujianlah sebab warna putihkan memang peberet akak. Tapi nak beli oven ni taklah semudah yang di sangka. Cecuba baca [Tips memilih oven yang sesuai] ni. Oleh itu, sila pilih oven yang baik punya apabila nak baking. Nanti tak adalah jadi kek masak di bahagian tepi sahaja dan tengah tidak masak.

Agenda En. A ialah nak suruh buat kek dan dia boleh makan.. Pandai betul.

Hari sabtu yang lepas, bermulalah kehidupan seorang pembuat oven.. eh silap.. baker. Akak buat cup cakes \(^_^)/. Akak membuat mengikut resepi yang di beri oleh kedai HERO di Ampang. [Cop cop nak cita pasal kedai ni. Baik je pekerja dia ni ajar akak beli barang2 nak buat cup cakes ni. Tapi malu jugalah kan.. diaorang ni suka cakap kuat2. Habis malu 1 kedai tau 1st nak buat cup cakes. "Abang2.. ajar akak ni jap, dia ni 1st time buat cup cakes".."Dik.. cakap2 perlahan sikit.. malu kat indon tu hah. 1st time nak buat cup cakes".."Kak, kat sini jangan malu, kami semua boleh ajar"...So abang tu pon ajar akak macam mana nak buat icing dan bahan2 yang akak boleh beli. *Nanti next entry akak tunjuk resepi dan bahan2nya*]


Nampak macam sedap kan. Tepung mix boleh didapati di kedai ini. Tak payah nak beli tepung gandum, tepung naik semua bagai. [susah ni sambil wat kek sambil nak ambil gambar]

Aceh ce ceh.. nak tunjuk skills sikit

Hahaha inilah hasilnya.. kat FB ramai komen too creamy.. tapi just nak bgtau.. cream yang digunakan sedap dan tak berminyak tauuu.. should try lo..


Lot of luvs,
Dalee~~

Tuesday, January 4, 2011

Si gemuk yang malang dapat hadiah Christmas!!!

Ahhaaii~~

Akak semalam baru nak exchange [gift] dengan officemate. Seharian berdebar di office sehingga meninggalkan kesan mood yang tidak baik sehari. Hahaha akak tipu. Tepat jam 6.00 p.m. kami semua bergegas ke bilik meeting untuk sessi tukar hadiah yang tak tahu apa isinya. Akak sebenarnya risau takut hadiah akak paling murah. Al-maklumlah semua yang kat opis ni anak orang kayo kecuali akaklah..Serius. Akak sorang je tak de pasport. Orang lain dah terbang ke mana hala tau. Sedih tak? Memang sengaja bagi semua sedih. Tak mau sedih sorang2. Nah tisu.. kita sharing eh..

Sesampai je di bilik meeting itu budak trainee dan orang2 HR pun pura2 sibuk susun hadiah mengikut no. Tetiba hati ni menyampah pula pada trainee2 tu. Diaorang ni seksi mengalahkan akak. Tu yang akak jeles tu. Akak nak seksi pun kat tangan je. Tulahh mood akak tak baik semalam, so tak ambil gambar. Tak dapatlah nak tunjuk keseksian akak ni. Cuba lagi lain kali eh. (^_^).


Sebenarnya akak dah aim baik punya 1 hadiah ni. Tapi akak tau akak ni memang malang., jadi akak tidak meletakkan harapan akak di almari yang tinggi. Just letak kat tempat yang boleh capailah. Kemudian no yang telah di letak di dalam tupperware di edarkan ke semua staff. Teka lah akak dapat no apa? NO SUWEYYY MAAA.. confirm orang cainise tak mau.

"SAY SAY = mati mati"


Masa ni akak masih berfikiran positif. [Itu hanya omong kosong ya buk..] berkata dalam hati.

Sexcited nak buka ni... jeng jeng. Doa[minta2lah iphone...tak pun Samsung Galaxy 5. Aminn]

-
-
-
-
-
-

Hah.. masa ni darah tinggi akak dah naik. Senyum pun dah susah time ni. Apa ke malang dapat hadiah ni. Nak letak kat mana benda alah ni? Nak bagi kucing main pun, kucing pun tak nak kot. Agak2 siapa yang kejam bagi benda ni.. Harga RM10 ke ni? Sedih tak. Bak balik tisu akak tadi.. Tak cukup plak.

Di sebabkan akak tak berapa nak happy dapat hadiah yang cumel ni.[ Tetiba benci semua benda yang comel] Akak saja letak kat atas meja di office.. kasi semua orang tau hadiah yang akak dapat paling besar sekali.

Tak apalah mungkin ini bukan amalan agama kita nak tukar2 hadiah.

Petang tu akak balik dengan hati yang sedih dan malu. Malu dengan Encik suami. Memang tepat jangkaan akak. Sebaik kaki melangkah ke dalam kereta, Encik suami gelakkan akak. Dia kata akak memang malang. huhuhu (T_T).



Lots of Luvs,
Dalee~~




p/s : Hari ni akak gembira. Hehehe

Monday, January 3, 2011

Pembukaan kain...

Ahhaaaii~~

Memang suka tajuk2 macam ni yek. Hampeh. Pandang ke kanan sikit dengan kepala teleng ke kanan. Ok bagus, kanan adalah positif. Apabila positif kita akan pandang pada makna yang positif jugak.

"Pembukaan Kain Tirai Untuk Tahun 2011". \(^_^)/ yeaaahh. Selamat Tahun Baru semua.. ok semua nak baru boleh? Owh suami baru ha.. hehehe balik rumah sure kene lempang tak pun kena cubit. Sekarang hobi kami berlumba siapa boleh cubit dengar kadar tekanan yang boleh melebamkan tangan. Kalau bawa pergi JAWI ni sure boleh kena kaunseling suami akak ni. hehehe sebab dia berjaya membuat tekanan yang boleh melebamkan sehingga kepekatan PH -10 (lebam gila)

Apalah yang best sangat korang dok terkinja2 dengan sesak2 orang untuk sambut new year tu. Buat lemas hidung kena nafas laju2 je dan tepaksa membesarkan diameter lubang hidung untuk membolehkan korang bernafas. lebih baik lepak di rumah dan tidur. Bunga api? ekelle.. macam tak pernah main bunga api je gaya, best sangat ke tengok bunga api di KLCC tu? Owhh terpercik sampai muka, patutlah best. Maaflah akak tak pernah nak pergi.

Tapi akak adalah pergi menyantai gedikkan diri pada 01.01.2011 di wangsa walk tu, lepas makan2 di rumah kazen di seremban. Pergi tengok wayang Gulliver. Mengikut pendapat akak tangan seni ni boleh di bagi 3 1/2 bintang. Tak boleh lawan Kak Limah balik Rumah weeiii hahaha (most recommended).

Seterusnya pergi buat duit. Memang buang duit serius. Kedai ni warna-warni menarik perhatian sangat. Ohh Tutti Frutti. Tetiba tekak mengidam. memang orang kata mahal. Padan muka sebab tak percaya.


Encik Suami pun tak percaya gak. Sekali ambillah kau sedekah makan ais krim RM18.60-

Ni akak punya murah sikitlah RM16.40.

Tak rasa pun yogurtnya...[bonda Auf] boleh ajar macam mana nak beli.

Tahun ni umur pon dah bertambah, jadi nama panggilan untuk tahun ini di belog ini ialah akak. Sekian terima kasih adik2.

Lots of Luv,
Dalee~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails