Tuesday, August 24, 2010

Perang Kuih Raya

Ahhaaaiii~~~


Salam kuih raya. Tiba-tiba...tak pernah lagi orang buat salam kuih raya. Sekarang aku dalam keadaan stress nak raya. Dalam kesibukan mencari malam lailatul qadar *Ayat membawa kepada kebaikan untuk semua-mengada*, sibuk juga mencari masa untuk berbuka puasa bagai. Nanti kami ada jemputan berbuka puasa. Time ini, En. A kata kemungkinan ada perang kuih raya. Huisshh!!! Sebelum aku pergi aku cuba membayangkan corak pertahanan dan stratergi yang akan aku gunakan untuk berlawan di perang kuih raya. Sebenarnya aku tak paham jugak corak perlawanan kuih raya itu nanti. Aku hanya menggunakan kaedah selak dan hafal * selak majalah & info di internet dan hafal resepi*.

Dengan ilmu penuh di dada dan sedikit rasa kompiden, selesai sembahyang maghrib bagai, geng-geng mak orang dan bapak orang juga berkumpul *sekarang aku dah join geng mak orang - kesian!!*

Aku dah berdebar, aku rasa diaorang nak berlawan dah ni. Cepatlah weii, aku dah tak sabar nak lawan ni sambil buat muka sopan perempuan melayu terakhir.

"Dalee, tahun ni buat kuih raya tak?" - Bedah

"Tak pastilah, buat tapi mungkin sikit je kot" - Dalee

"Bedahkan tiap2 tahun buat kuih sendiri. Bedah simpan kat tempat persembunyian tapi nanti mesti si abang Abu jumpa. hehehe. Si Tipah ni pun sama ni, buat kuih sendiri lagi banyak ni. Penuh 1 almari. Si tipah ni pun buat kuih diam2 je, tengok-tengok time raya menimbun kuih dia" - Bedah

"Bedah aku belum start buat macam kau lagilah" - Tipah

"Alaa.. Tipah entah-entah kau dah siapkan semua..eh tapikan si Temah kata dia dah siap sebelum raya lagi. Semalam dia call aku, aku tanya dia kata dah siap semua kueh raya diasebelum puasa" - Bedah

"Bedah, tahun lepas kuih si Temah tu sikit bebenor kan. Aku dapat rasa sikit je" - Tipah

"Eh Engkau ni Tipah, kita datang beraya rumah dia pun dah nak dekat habis raya, dah tentulah kuih raya dia nak habis" - Bedah

Acara menyerang aku pulak sekarang...

"Daleela, kenapa tak buat kuih?" - Bedah

"Tak sempatlah nak buat. Tengoklah nanti kalau ada masa buatlah" - Daleela

"Eh kiteorang tak buat kuih raya susah2, kiteorang beli kuih raya time malam raya. Kalau dah habis, kitaorang hidangkan jelah kuih karipap ke, kuih kaswi ke, kuih seri muka ke... Jemu jugakkan makan raya nanti"

Terburailah gelak tawa masing-masing tat kala dengar khutbah pendek En. A. Tetiba nak jadi pengadil.

OoOOooOo pening jugak bila dah kawen ni nak pikir pasal kuih rayalah bagaikan...puasa pun belum sampai ke penguhujungnya tapi dah perlu fikir kuih raya. Sebenarnya elok juga buat awal-awal ni. Nanti dah nak penghujung 10 malam terakhir tu boleh fokus untuk malam lailatul qadar. Nasib IKEA ada jual kueh raya, murah dan sedap juga kecuali tart nenas tu keras sikit jemnya. boleh buat main baling2 lepas semayang terawikh. Ala-ala di mekah nak baling batu pada si setan...ngeh ngeh ngeh..



Harga sekotak ialah RM10 - 30 biji


Lots of luv,
Dalee~~


p/s : Tunggu entri balang kuih raya. Kalau rajin nak buat DIY.. suprise. En. A kata balang kuih raya aku sebesar baldi. Senang sikit tak payah nak refill bagai kan..


Friday, August 20, 2010

Resepi : Ikan Cencaru Sumbat Special

Ahhaaii~~

Di bulan puasa ni kalau dapat makan ikan bakar memang sedapkan... Nak beli mahal nak mam~~~!! Sila cuba resepi ini gerenti sodap.. heheehehe

Bahan-bahan :

3 ekor ikan cencaru
5 biji cili merah
3 biji cili padi (kalau nak lebih pedas)
2 ulang bawah merah
sepotong belacan (sebesar duit 50 sen - pandai2lah ukur eh) dan di bakar sedikit. Jangan kasi rentung pulak eh..

*saya tak letak garam sebb belacan dah masin

Cara-caranya :

Potong ikan tersebut dari arah belakang. Pastikan anda membasuh bahagian dalamnya dengan bersih.



Kemudian mesin atau tumbuk bahan-bahan yang lain tapi jangan terlalu hancur.


Kemudian sumbatkan ikan tersebut pada bahagian dalam insang dahulu kemudian bahagian belakang.

Bakar seperti biasa pastikan bahagian dalam masak atau goreng dengan minyak yang panas gila dan api agak perlahan supaya bahagian dalam masak. Kalau lagi garing lagi sedap..

Ok sekarang boleh baca doa buka puasa... "Allahumma lakasum...."Oiitt belum2.. jam 7.30 p.m. nanti ye...


Lots of luv,
Dalee~~

Simple jekan untuk orang yang baru berkahwin... *teheee..

Wednesday, August 18, 2010

Resepi : Ayam masak kunyit

Ahhaaaii~~

Ini adalah makanan peberet En. A. Paling senang dan sedap. Kami bersahur semalam makan ni dan bihun dan bubur lambuk. Layan ye...

Bahan A :

Ayam 6 ketul potong kecil atau sederhana
Kunyit
Garam secubit


Bahan B :

2 ulas bawang merah dihiris halus
3 ulas bawang putih dihiris halus
1 ulas saiz sederhana halia dihiris halus
8 ulas cili padi di belah dua
Kacang buncis di potong halus
Tomato sekadar hiasan
2 sudu minyak bijan

Cara-caranya :

Perapkan bahan A dan goreng ayam separuh masak. Kemudian campakkan atau masukkan dengan sopan bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi yang dihiris tadi. Selepas sudah naik bau, masukkan kacang buncis dan tomato. Goreng dengan lembut dan kemudian masukkan minyak bijan tersebut.

Sekarang bolehlah kita makan atau ratah2 ayamnya..Senangkan.. main campak2 je..



Lots of luv,
Dalee~~

p/s : Ibu, sila bangga ye.. resepi ibu dah masuk dalam blog kakak. hehehehe


Sunday, August 15, 2010

Resepi : Puding Karamel Gula Hangus (kukus dalam bekas microwave)


Ahhhaaaiii~~~

Assalamualaikum teman2ku. Dalam pemerhatianku, harga barang sekarang turun naik, ketika waktu dahulu telur sepapan RM7.90 kemudian menaik tidak diduga kepada RM9.90 dan kemudian RM8.90. Aku tanpa berfikir panjang lagi, membeli sepapan. Tatkala sampai di rumah, baru berfikir2 nak buat apa dengan telur banyak2 ni. Puding Karamel Gula Hangus. Keesokkan harinya baru mencari bahan2 lain dan bekas microwave.

Pengalaman pertama membuat menggunakan bekas microwave gred rendah, sangat mengecewakan. Sewaktu air gula hangus di masukkan ke dalam bekas tersebut, lubang sebesar duit 50 sen terbentuk. ahaks malu.. Ini adalah pengalaman kedua nak buat menggunakan bekas microwave. Nasihat aku, guna bekas microwave gred A (tebal). Mari tinjau resepi...(*aku dah penat nak taip di bulan puasa ini, ampun yek)

Resepi ini akan menghasilkan 15 bekas microwave kecil. So, kalau teman2 nak lebih, doublekanlah resepi ini.. ok?


Bahan A:
5 biji telur
1 tin susu cair
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air
1 sudu besar esen vanila (aku guna banyak sikit supaya hilang bau telur)

Bahan B:
1 cawan gula (pastikan menggunakan cawan yang sama untuk air)

Cara-caranya :
Satukan bahan2 A dan pukul hingga sedikit kembang. Letakkan di tepi dahulu.
Kemudian  bersihkan dan sediakan bekas dahulu.

Kemudian panaskan Bahan B tadi di dalam periuk dengan api yang perlahan. Selepas gula hancur dan berwarna coklat keperangan masukkan kedalam bekas dengan kadar segera.
Kemudian ambil Bahan A yang telah di pukul tadi dan letakkan kedalam bekas yang diisi gula hangus tadi.

Kemudian tutup bekas microwave ini dan letakkan dalam pengukus. Pastikan tutup dengan rapat.
Kemudian kukus selama 30 minit-40 minit. Setelah masak, masukkan dalam peti ais. 
Apabila dah sejuk, bolehlah makan..ermm... sedap..


Lots of luv,
Dalee~~


p/s : terima kasih kepada kawan aku yang bagi hadiah pengukus..macam2 aku dah kukus. Ameer je belum aku kukus.. *teheeeee


Friday, August 13, 2010

Malaysia Airlines-MITM Travel Fair & Malaysia (FIRST) Online Fashion Entrepreneurs' Weekend at Mid Valley 13/8 -15/8

Ahhhaaiii~~

Officemate aku minta aku temankan dia pergi MITM Travel Fair tu sebab dia nak pergi China. Walaupun 'kemalasan' melanda, aku mengikut juga. Sampai je di Exibition Centre tu...ada pulak entrance fee of RM3. Bukannya tak ada duit, tapi rugi je nak bayar RM3 untuk 1/2 jam. So she decide pergi esok je. So kami pun U-Turn ke kanan masuk pulak Malaysia (FIRST) Online Fashion Entrepreneurs' Weekend (MOFEW).

Ada pelbagai barang yang di jual, baju (cantik, menarik, kau memang sexy), tudung, kasut (tutup mata cepat!! nanti terbeli..), handbag dan macam2 lagi.. Barang makanan pun ado, tapi jangan harap nak lalulah kan... kau ingat aku kuat semangat ke? hehehehe


Marilah kita rajin mendaftar, lenggang kangkung depan kaunter pendaftaran.. so guess what apa yang anda boleh dapat? hehehehe goodie bag la~~

Goodie bag yang xseberapa ni yang kau nak hebohkan? Eh eh..eh.. bukan ok... aku dapat mengesan barang koleksi aku ada di dalam. mauahahhahaha..
Tengok tu ada fridge magnet 2 dari KFC.. Bangga nya..(Yayang dapat fridge magnetlah...Bonda Auf nak satu tak? Belanja KFC dulu auuw..)
Dapat jam jugaklah... nanti bagi kat adikku Ameen si pengumpul jam murah, buku nota, lanyard kfc, wristband dan kupondan2 yang boleh di gunakan.

Maaflah aku memang teruja barang free. Sila maafkan saya di bulan Ramadhan ini. *teheeeee

Lots of luv,
Dalee~~

Wednesday, August 11, 2010

Pengalaman pertama bersahur dan berpuasa sebagai ISTERI

Ahhhaaaii~~

Huarrgghhh.. buruk perangai. Mengantuk seh aku ni. Bangun seawal pagi nak sediakan makanan untuk En. A dan bersahur bersama2. Berdebar2 je rasa nak memikul tanggungjawab sebagai isteri di bulan Ramadhan ni. Dulu main redah je. Rasa nak bangun sahur, bangun. Kalau tak mau bangun, tidur jelah. Respek pada ibu-ibu bekerja yang boleh bangun awal dan masak kemudian sebelah petang masak untuk berbuka, kemudian ada masa pergi solat terawikh dan baca Quran. Ya Allah, aku mencari kekuatan seperti itu. Kurniakanlah kekuatan itu kepadaku.


Ok ini sahur 1 Ramadhan..(meehun goreng, telur mata kerbau, peria goreng dan teh  'o' pudina) huhuhuhu En. A dan aku target nak mengecilkan dan meminimakan kolestrol yang bergelut di badan ni.. we will see ya... So seboleh2nya kita elakkan makan nasi. InsyaAllah..

Petang ni kepala pening nak masak apa? Aduhaiii... ada idea x kawan2? Dalam peti ais ada ayam, telur, dan sedikit sayur. Ohhh.. cabaran ni.


Lots of luv,
Dalee~~

Tuesday, August 10, 2010

Buku ini lebih hebat dari 1000 novel yang ada di pasaran (Travelog Haji : Menubah Sempadan Iman)

Ahhhaaaii~~

Assalamualaikum dan salam menyambut Ramadhan wahai teman2. Mungkin aku tidak pandai menyusun kata seindah novel dan sepuitis sajak2 yang di karang oleh insan yang di anugerah bakat dalam berkarya. Namun, di sudut hati kecilku yang jahil ini, berharap dengan penuh kesungguhan agar apa yang tersentuh di hati ku turut tersentuh di hati teman yang akan membaca buku ini. Carilah waktu dan benarkah lah hatimu untuk membaca buku ini. Sesungguhnya bukan kata-kata indah yang membuai perasaanmu tika membaca, namun pengalaman, kesungguhan dan pengharapan yang tertinggi dari Allah pasti akan membuat kalian menitis air mata setiap kali menyelak helai demi helaian.

Beliau bukanlah Ustadz yang sentiasa memberi ceramah di media dan di dada akhbar, beliau ialah Prof. Perakaunan di Uitm yang memiliki segala2nya tapi bukan nur dan hidayah yang sempurna. Namun hatinya telah diketuk oleh jemputan ke rumah Allah. Berterusan memikirkan apa yang Allah telah berikan kepadanya pastinya ada mesej yang tersirat.

Perubahan dirinya sebelum mengadap yang Esa (belum penah Qhatam Al-Quran), pahit getir yang ditempuhi adalah ujian yang di sambut penuh tawaduk dan rendah diri ketika mengerjakan ibadat haji dan kesungguhan yang berterusan untuk terus tekun beribadah selepas menunaikan ibadah haji menjadi intipati menarik dalam mengisahkan travelog ini. Sepenuh pergantungan terhadap yang Esa dalam mempraktikan kehidupan hariannya selepas cahaya itu di temuinya ketika mengerjakan ibadah Haji dan mendapat keistimewaan yang tiada tolok bandingnya.

Wahai teman2ku, lembutkanlah hatimu membaca buku ini agar Ramadhan yang kita tempuh lembih bermakna. Terima kasih kepada temanku Suriati yang beriya2 menyuruh aku baca buku ini..


Lots of luv,
Dalee~~

p/s: Kini aku lebih redha menerima hakikat yang aku belum di kurniakan cahaya mata.



Jalan-Jalan Cari Makan : Redwok, Bangi

Ahhaaiiii~~~

Planning punya lah lama nak jumpa dan makan-makan. Akhirnya jumpa juga teman-teman yang di sayangi ini. Selama hampir sebulan 'berconversation' di YM. Selalu saja cerita bab makan, sebab bab makan sesuatu yang menggembirakan hehehehe... Nasib baik En. A tak kisah nak join makan-makan ni... *ngeh ngeh ngeh

Ohe... ni teman2 yang belajar time diploma dulu, teman2 yang sanggup mati sama-sama. SUMPAH. Aku tak tipu. Biarlah ianya menjadi SUMPAH kami. Kami ni tidak pernah makan steamboat, so Ain suggest pergi REDWOK (buffet) dan harga berpatutan. Service Superb!!! Surau dan toilet juga bersih...

Buffet ayam roaster, hotdog, ikan, nasi goreng, spegeti dan meehun

Semua ini boleh juling matakan??? Pilihlah udang, ketam, sotong putih, sotong paul, fish ball, crab ball dan macam2...

Ini periuk steamboat nye.. sila pilih nak flavor ape.. Kami pilih tomyam dan sup ayam..

Sedap seh..wuuiitt korang tengok ape eh tu? Perutku..*ngeh ngeh ngeh

Ini mak buyong yang tak sedar diri.. sebelum sampai kata tak boleh makan seafood.. bila sampai je terus serbu seafood...*chaiiyookk!!!

En. A yang sopan...hehehe makan sayur.. tak paham den..

Aku tak akan lupa kan kamu semua walaupun suatu hari nanti kamu semua meninggalkanku...*ngeh ngeh ngeh.. Zana nape muka ko berasap.. ko wat effect eh.. wuiit wuiit teheeeeee

Let's talk about redwok :

Waktu operasi : 6 p.m.
Buffet dewasa : RM22 net (di ulang net..tidak ade service tax)
Buffet kanak2 atas 100cm : RM12 net
Lupa nak bg tau.. ada aiskrim juga...air fresh oren dan air sojuk..dan kentang putar juga dan macam2 lagi.

Memang berbaloi2


p/s : Aku sayang kawan aku yang pelbagai bentuk dan rupa..terima kasih untuk waktu yang di luangkan. Maaf sebab bateri xada.



Friday, August 6, 2010

Pantang larang ketika bershopping

Ahhaaaiii~~

Perempuan memang tidak dapat di pisahkan dengan shopping. Tapi apabila kita bershopping... beberapa faktor akan mempengaruhi 'pershoppingan' kita ye kawan2. Oleh itu sila jadikan pantang larang ini sebagai panduan untuk yang nak bershopping. Al-maklumlah sekarang ni mega sales.  


1. Jangan memakai kasut tinggi lebih dari 2 inchi
Bagi yang sudah biasa tu tak apalah. Tapi cuba bayangkan kalau dari masjid jamek penjelajahan shopping bermula. Kemudian menyusuri jalan TAR, seterusnya mengelilingi bangunan SOGO..
Bila dah semua tempat sales, kita akan hilang arah, sekejap ke kanan sekejap nak ke kiri, sekejap nak ke tempat handbag, sekejap nak ke tempat kasut, sekejap nak ke tempat bed sheet. Kesudahannya, pasti kaki akan sakit dan melecet. Tapi kegagahan wanita bila bershopping, sangat terbukti. Walaupun kaki dah sakit akan terus bershopping dan bila berjalan sudah menyerupai Orang Kurang Upaya..(^_^). Pergerakan pun akan lebih terbatas dan lambat. So next time..jangan pakai heels.

2. Jangan keluar shopping dengan orang yang gila shopping juga
Kenapa? Sebelum kita keluar bershopping, pastikan budget telah di buat. Jangan akhir bulan nanti makan capati kat rumah bapak mertuaku.. hehehehe. Bila budget dah buat, baru kita mulakan shopping.

Bila orang lain beli kasut dan kasut tidak termasuk dalam list barang yang perlu di shopping, ni yang menjadi masalah ni.. Tambahan pula memang murah sampai 70%. Haiiisshh.... So, please avoid bershopping dengan orang yang gila shopping jugak yek.

3. Rancang pengangkutan yang akan di gunakan
Kalau dah shopping list tu melebihi 10 items dan saiz nye besor2. Kemudian anda balik hanya berdua atau seorang je, janganlah naik lrt kan... walaupun SOGO tu dekat dengan stesen lrt.

Inilah gaya perempuan lupa diri yang dia perlu balik naik lrt.

Lots of luv,
Dalee~~



Ketibaan yang tiba2 : Sogo member day bermula hari ini dan esok (6/8/10 - 7/8/10)



Tuesday, August 3, 2010

Review : Perfume Enchanteur Adore

Ahhaaaiii~~

Weekend yang lepas aku shopping kat watson je. Rasa-rasa nak beli barang keperluan. Memang tak boleh blahlah gambar di atas.. macam nak promosi barang jualan kat kaunter je..(Ini En. A yang punya kerja, sila maafkan dia). Olay tu murah RM3, compact powder silky girl pun murah RM2, alore vera tu sunblock RM9.90 (ini permintaan orang yang suka berjemur-hahahahah) dan perfume ENCHANTEUR.



Review (Adore): Harga yang berpatutan RM22.90 (promosi). Bau yang lembut, manis dan comel (adakah bau comel). Bila dah pakai 2 3 kali, macam tak sherasi(ala-ala ajai yek) bersama dengan badan aku ni. Aku kalau boleh nak 1 lif bau minyak wangi aku. Salah satu senjata untuk meningkatkan daya kompiden aku. Kan orang selalu kata "x Cantik tak apa, janji mangi...". Kembali pada review. Bagi peminat minyak wangi Nina Ricci, bau dia lebih kurang je. Dulu aku pernah pakai yang ini, bila duit dah tak da baru tukar Echanteur. Tapi Nina Ricci lepas basuh baju, baunya masih melekat lagi. Tapi yang ini tidak pasti sebab belum basuh baju lagi...


Selamat mencuba...

Lots of luv,
Dalee~~

Monday, August 2, 2010

Bapak mertuaku tanya pandai masak ke?

Ahhaaaiii~~

Sepatutnya aku ada di Penang saat ini. Tetapi di sebabkan tuntutan kerja yang terlalu 'URGENT' macam korang sakit perut rasa nak ke tandas atau macam nyawa di hujung tanduk, terpaksalah aku melukai hati2 dan makhluk2 di Penang yang menanti kedatangan si santek manis ini.. muahhahaha...Dan terpaksalah juga bapa mertua, mak mertua dan adik iparku 2 orang menguruskan diri mereka dengan menaiki keretapi.. jangan tak tahu bapak mertuaku naik kelas mahal RM67..haiiissh bapak, saya pun tak pernah naik yang mahal tuh. Bapak sengaja ke beli sebab saya tak ikut eh? eh? eh? *teehhhhhheeee guwau jek..

Sepemergian bapak dan mak mertuaku, aku dan En. A di amanahkan menjaga adik2 ipar ku yang lagi 2 orang tak ikut tuh..Baik punya aku gosip dengan adik ipar ku, tetiba bapak mertua aku tanya :

"Mau beli ayam ke ikan ke letak dalam peti Ais?"
"Eh... tak pe pak, nanti saya beli sendiri"
"Tau masak ke?"

Dushhhhhhh.. mengecil hatiku seperti semut... huhu pantang seh aku orang memandang kecil kepada aku yang besar ni.

"Tau pak.. nanti saya masak untuk Fatimah dan Udin"

Keesokkan harinya....

Adik ipar ku Fatimah yang tak ikut itu bersuara "Kak.. bapak beli daging burger. Kalau akak ngan abang Ameer nak, gorenglah"

Wuhooo.. bapak mertua aku ingat aku ni western sangat ke? Aku senyum je dengan adik ipar aku. Untuk membuktikan aku mampu menjaga mereka2 yang tidak ikut ni.. Aku masak ohe.. Tapi aku masak di rumahku sebab ayam ada lagi setengah ekor dalam peti ais. Malas nak membazir2. Aku membuat keputusan nak masak ayam masak merah....


Sebagai bukti aku masak, aku bawa periuk2 sekali ke rumah bapak mertua aku. Nanti kalau aku pindah masuk tupperware dia kata aku belikan.. Muahahahahah sekarang boleh pergi dapur bapak mertua aku. Dah licin ayam masak merah aku. Aku yang habiskan... *teheeeee kena lah tunjuk dah habis, baru dia kata sedapkan kan kan kan?

Sekarang aku nak tidur sebab nanti nak bangun awal ambil bapak mertua, mak mertua aku dan adik2 ipar aku yang balik subuh esok...

Ketibaan yang tetiba : Kenapa aku dengar ada bunyi periuk2 berbunyi di dapur? Adakah beruang berbulu sedang menyelongkar saki baki nasi goreng yang aku goreng tadi...jap nak g check...


Sunday, August 1, 2010

Kau Sahabatku.....

Ahhaaaiiii~~~

Apa yang best sangat hari ni? Hari minggu memang best kalau dapat lepak-lepak di rumah tanpa ada gangguan. Tapi hari ini 'ISTIMEWA' kerana hari ini 'Friendship Day'. Buka je Pesbuk(Facebook) ada kawan tag 'Happy Friendship day'. Aku sangat menghargai sahabat yang pernah susah payah, suka dan gembira sama-sama, kering-kontang sesama..muahhahhaha.

Jelajah sahabat :

Definisi kawan dan sahabat bagi diriku adalah berbeza..

Kawan = Kawan boleh lepak2, gelak2, kutuk sesama.. esok jumpa lagi, next month jumpa lagi..tak payah sms tanya khabar..Next month kepochi lagi..jumpa di facebook dan comment2.. Hanya di situ sahaja definisi kawan.

Sahabat =

1. Seseorang yang menghulurkan pertolongan ketika kita tidak memerlukan
2. Seseorang yang menangis untuk kita ketika kita berpura2 gembira
3. Seseorang yang memerhatikan kita dari jauh untuk perhatikan keselamatan kita
4. Seseorang yang kehabisan duit untuk menunjukkan kita di ingati ketika hari lahir atau hari berbahagia kita
5. Seseorang yang jujur dengan segala kebenaran agar kita sedar apa yang kita buat adalah salah
6. Seseorang yang menganggap keluarga kita adalah keluarga mereka
7. Seseorang yang sama-sama susah untuk pastikan kita berjaya bersama-sama
8. Seseorang yang memikirkan kepentingan kita melebihi kepentingan dia
9. Seseorang yang tidak pernah lupa segala janji dan segala ketulusan yang di berikan kepadanya
10. Seseorang yang memberi melebihi permintaan kita
11. Seseorang yang memberi nasihat dan penyelesaian ketika kita dalam konflik
12. Seseorang yang sama2 marah bila kita sedang marah walaupun dia tak tahu punca kemarahan kita
13. Seseorang yang sama2 benci orang yang kita benci walaupun dia tak tahu apa punca kita membenci seseorang itu
14. Seseorang yang mengagumi kita walaupun kita tidaklah hebat mana dan kita tidaklah cantik mana
15. Seseorang yang yakin dengan kita walaupun kita tidak yakin dengan keputusan yang kita buat
16. Seseorang yang marah/risau kalau kita tidak makan
17. Seseorang yang sanggup teman kita di YM untuk pastikan kita tidak STRESS ketika kerja
18. Seseorang yang meyokong business kita ketika orang lain tidak yakin dengan kita
19. Seseorang yang tidak kutuk atau tikam kita dari belakang
20. Seseorang yang anggap kita seperti adik beradik

Penat dowh aku menyenaraikan semua yang pernah kamu orang buat untuk aku. Dan aku pasti banyak lagi yang sahabat2 aku pernah buat untuk aku tapi tidak mampu aku senaraikan di sini.....

Kepada sahabat2 ku Ameer, Sassaroots, United 11, Alang, Suriati, hana (syabas), Nor Laili (SMTKS), Ayu, Kak Ros, Nor Habibah, Angah, Adik Lyn, Nadia, Mohd Aswan, Elyana, NurDiana Harun, Mei Mei, Yuzi Zalila, Zadila, Eila, Intan...........Kalau aku ingat nanti aku update lagi eh..


Lots of luv,
Dalee~~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails