Tuesday, June 29, 2010

Sila bekerja pada waktu kerja

Ahhaaii~~~


"Apabila kita bekerja ye, pastikan jangan sibuk mengupdate blog, membuat blogwalking, mengupdate gambar di facebook, memberi comment di facebook dan seangkatan dengannya. Saya pasti kalau bos kita mendapati kita sedang menyalah gunakan kemudahan internet yang di berikan, pasti dia akan melambatkan gaji. Sekarang saya sedang mengalami masalah kelambatan masuk gaji. Dengan duit yang telah di beri oleh suami saya, saya telah pun menghabiskan dengan meronggeng duit itu untuk membeli tudung dan baju. Oleh kerana kelambatan masuk gaji jua, saya tidak mempunyai mood bekerja dengan lebih gigih. Saya berharap dengan kelambatan gaji ini mempunyai sebab musababnya. Saya sekarang berada dalam keadaan tension ye Tuan Puan. Tahap ketensionan saya telah bertambah dan berganda kuasa lapan seperti dragon ballz kerana tahap kerja saya juga berganda. Pengejaran masa yang sangat pantas tidak dapat saya kejar. Client-client dan Tuan Puan, saya berharap jangan mengganggu dan menelefon saya ye, kerana saya takut telefon itu terbakar dan mengeluarkan asap dan menyebabkan kehuru-haraan di bangunan IGB ini. Sekiranya ini berlaku, menyebabkan kerja saya tergendala. Namun, sekiranya gaji yang bakal di masukkan esok mempunyai penambahan dari asal, pastinya diri saya ini akan membuat kerja sepantas superman. Sekian Tuan Puan.Sila mula kerja kembali. Nanti tidak berkat."




Lots of luv,
Dalee~~

Monday, June 28, 2010

Rezeki bila rajin isi borang pendaftaran di karnival-karnival


Ahhaaiii~~

Petang Sabtu kelmarin, menyusun kata dan menyulam sabar untuk memujuk E. A pergi ke Hotel Palace of The Golden Horses. Kenapa? Bagus satu soalan yang bagus kenapa aku dan En. A pergi ke sana. Jemputan dari Palace Vacation Club untuk menjadi ahli kelabnya (membership club).

Bagaimana? Bagaimana aku boleh mendapat jemputan. Inilah kelebihan memberi peluang kepada orang lain. Tapi di ingatkan jangan beri peluang orang lain menipu anda yek. Sila sambung kembali Daleela.. ooo ok..erm masih ingat tak minggu lepas ada karnival promosi barangan Malaysia. Kepada yang suka pergi karnival-karnival ni, pasti anda akan tahu mengenainya. Apabila anda melawat ke karnival-karnival seperti ini pernah tak anda mengisi borang pendaftaran? Tak pernah.. memanglah rugi dowh..Aku memang rajin dan menghargai penganjur-penganjur karnival ni. Sudah pasti aku akan membuat pendaftaran. Tidak memberi harapan yang tinggi, rezeki terlebih kot..hehehe mereka buat panggilan menjemput ke Palace the Golden Horses dan meluangkan masa 1 jam untuk mendengar produk dari Palace Vacation Club.

Agak2 kamu orang la kan.. Suami2 ni kalau kita tiba-tiba je kata ada jemputan macam ni diaorang nak pergi ke.. Jangan harap la kawan..Kena bebel 7 bakul campur aku buat muka kesian, baru En. A bersetuju. Fuh~~ penat nak meyakinkan.."Ok, saya janji ini semua sponsor, free dan tidak ada bayaran. Kalau dieorang suruh bayar. Kita blah la kan.."

       *********************************************************************

Sebaik sampai di kawasan Parking Palace of the Golden Horses (penatlah aku taip panjang2 ni..make it shortla POTGH..ohe) mulut En. A terus-terusan membebel. Belum stop lagi, di lobby pun bebel sebakul 2. Apa isteri perlu buat dalam situasi begini? Diam atau tanya "Awak tak selesa ke? Jomlah balik.." Sure dia terus diam.. =)


Bila selesai sessi pendaftaran.. yes pendaftaran lagi..(isi maklumat P & C), kami di jemput oleh salah seorang staff Palace Vacation Club untuk lite buffet.. biasa2 je..kasi isi perut dulu ok.. jom..

 Teh Tarik dan Mee Goreng.. Lapar dan terjahhh....hehehe. Selepas selesai sessi makan2, staff yang lebih di kenali Murni ni bawa kami jalan-jalan sekitar POTGH...mari-mari cekedout..


Hahaha mesti kamu orang nak kata, setakat tandas dekat mid valley pon ada. Kawan.. ni dah jatuh hukum wajib bagi diriku ini. Walau ke mana sekali pun. Ini tempat wajib. Mesti jenguk. hehehe

Cam biasa tempat orang nak kawen boleh di langsungkan sini.. bajet kasar 100K kalau tak ada, duduk diam2  je kat rumah.

Perkahwinan anak datuk mana tah... Ada live Band. Suami Ruhil.

Inilah tempat dan tujuan utama aku di bawa ke sini. Di perkenalkan untuk kemudahan kesihatan yang mencakupi keseluruhan keluarga. Memang berbaloi dowh. Boleh mendapat segala medical chek up yang ngetop  free once dah jadi members.

Untuk hari itu sahaja kami dapat buat simple medical check up yang bernilai MYR80. Contoh seperti check tekanan darah, check berat dan kegemukan..(benci dowh) dan check mata (bukan ceck rabun..tapi tak ingat ape tah nama saintifik untuk buta tetiba tu).

Di samping ada kemudahan dalam medical check up, facilities biasa seperti Gym, swimming pool, spa, dan lain2 adalah unlimited di gunakan selama 38 tahun. Members juga akan mendapat 7 hari percutian setahun. Memang worth it lah kalau join. Sebab membership card itu boleh di kongsi bersama keluarga dan kawan2.... Mesti korang nak menggeleseh kat aku kan..kan.. nak ikut.. boleh.. kalau korang dapat lumba lari dengan kuda tu dan menang. Aku bagi ikut.. boleh x?

Masa 1 jam yang berlalu di gantikan dengan sagu hati = voucher. Kami mendapat penginapan 2h 1m ke 5 destinasi pilihan. Bulan 8 ni lah kot nak pergi. Tapi masih dalam perbincangan dengan En. A. <------- sukalah tu dapat bercuti. Dah stop dah bebel dia tuh. Nyampas..


Sekian



Lots of luv,
Dalee~~




Ketibaan yang tiba-tiba : Encik Suami betul2 membebel bagaimana saya boleh kena tipu. Mana ada kena tipu.. Silalah percaya saya lagi next time yek..I'll try my level best utk mengelakkan diri dari di tipu.


Thursday, June 24, 2010

My Mind is the Scene of the Crime

Ahhaaaiii~~

Warghh(menguap)... tutup mulut, dahla mulut busuk..kenapa rasa otakku ni lain macam je? Cuba bayangkan apabila terjaga dari tidur terasa sesuatu yang lain. Seseorang telah mencuri rahsia paling berharga yang di simpan dalam kepala otak ku. Ohhh.. tidak...


What your most valuable secret in your mind that you don’t want to be stolen.

Apakah rahsia nya?

Rahsianya : IDEA bagaimana hendak memenangi hadiah-hadiah menarik melalui contest2 yang di sertai. Ye betul. Kalau orang tahu rahsia aku, sure aku tidak berpeluang lagi memenangi hadiah-hadiah menarik. =( 

Contohnya kalau aku menang kali ni, dapat 2 tiket ke pra tonton....Jack is back guys "U jump, I jump.." =)

poster


Sinopsis :
Dom Cobb (Leonardo DiCaprio) is a skilled thief, the absolute best in the dangerous art of extraction: stealing valuable secrets from deep within the subconscious during the dream state when the mind is at its most vulnerable. Cobb’s rare ability has made him a coveted player in this treacherous new world of corporate espionage, but it has also made him an international fugitive and cost him everything he has ever loved. Now Cobb is being offered a chance at redemption. One last job could give him his life back but only if he can accomplish the impossible—inception. Instead of the perfect heist, Cobb and his team of specialists have to pull off the reverse; their task is not to steal an idea but to plant one. If they succeed, it could be the perfect crime.
But no amount of careful planning or expertise can prepare the team for the dangerous enemy that seems to predict their every move. An enemy that only Cobb could have seen coming.


This summer, your mind is the scene of the crime.

I'll watch first on 14 July 2010.. (hehehehe how sure are u, babe?)

Make sure you watch it on 15 July 2o10.. Cekedout>>



Lots of luv,
Dalee~~


Ketibaan yang tiba-tiba : I always luv NUFFNANG. Bulan Julai, bulan yang istimewa..

Tuesday, June 22, 2010

How to Order Subway?

Ahhaaii~~~

 Lokasi : Meja office

"Wak.. kenapa 2 3 hari ni status Facebook kawan-kawan kita asyik SUBWAY je"
"Mengandung kot dieorang tu.."
"Ish ada yang belum kawen lagi tuh.." <----tanda-tanda nak gosip *ngeh ngeh ngeh*

Diam 5 minit..

"Awak nak makan ke hari ni ke bawa bekal?"
"Tak sempatlah pagi tadi terlajak..rasa macam nak makankan..ermm awak nak makan kat mana?"
"Subway jom.."

Yahoo...

    *****************************************************************************************************

"Awak nak order apa?"
"Entahlah.. awak order dulula.."

Keadaan nak melarikan diri..

"Jap eh saya nak tengok di luar menu of the day apa..?"

Aiseh.. dieorang ni belum order-order lagi ke? Alamak.. lambatnye nak Queue.

"Awak nak order apa?"
"Menu of the day la, turkey breast and chicken slices - today is Thursday hehehe"
"Samalah..kita pun nak order yang tu jugak. Awak orderlah dulu"
"Arghh.. awaklah dulu"
"Awaklah..."

Aduhai... dah sampai turn ni...aku tak tahu order sebenarnya ni.. kampung betul kau ni Daleela...hahahaa..tengok Menu sekali lagi..erm lagi...





"Saya nak set No. 12 ya.."


"Parmesan Oregano please.."

Langkah ke kiri sikit...setapak gaya ala-ala kawad..



"Semua i nak ok..." <----buruk perangai, lantaklah perut aku..ahaks

Langkah lagi setapak ke kiri..



"Mustard, chili and mayo please..."


"Drink..No thanx..."


MYR7.80 with service tax..(menu of the day only)

"Wak.. Saya makan dulu eh.. lapar sudah"  (*_*)



Lots of luv,
Dalee~~




Ketibaan yang tiba-tiba : sesuai untuk orang berdiet ni.. 6 inch tak kenyanglah kalau aku..

Serunding murah dari harga pasaran..beli sebelum harga barang naik bila menjelang raya..

Ahhaaiii~~

Weiii.. dah ganti puasa ke belum ni.. lagi sebulan je nak Ramadhan. Baju raya sibukkan kau pergi menempah.. tudung segala bagai kau dah beli siap-siapkan..Gaya pagi macam ustadzah je kau ni Daleela.. hehehehhe Balik kampung nanti kamu orang nak beli apa untuk mak ngan bapak? Dari kamu orang beli mahal-mahal dekat JALAN TAR tu.. baik tempah je dan beli SERUNDING dengan aku untuk mak kamu orang.

             ***********************************************************************************
Serunding kalau dapat makan time sahur sedapkan.. Kalau tetiba dah terlajak gajah, tapi kamu orang jenis yang tak boleh tahan tengok nasi, boleh makan serunding dengan nasi panas... perggghhhh sedap sehh...especially yang dok merantau tukan.. ado ko maso nak masak-masak pagi buta tu..paham-pahamlah siapakan..

Kalau yang malas nak masak nasi, rembat je roti housemate kamu orang tu. Dari die expired dan berkulat kemudiannya di campak ke dalam tong sampah.. baik kamu orang tolong makankan... Sumbatkan serunding dalam roti..sure kenyang ni..(aku selalu je buat time dok menyewa dulu hehehe).

Kalau nak dekat raya tu dia... harga akan pasti melambung macam ayam kat pasar tu. Pantang je nak cuti ke nak raya ke nak kawen ke.. melambung-lambung harga ayam macam berat badan ku ni..Samalah dengan serunding ni..benda lain naik, semua berkait-kait nak naik sama.

 Kalau tak tahu serunding tu nak makan dengan apa, tunggu-tunggu lah nanti den buat plak entry cara nak makan serunding.. (bengong). Makan dengan nasi impit sedap woo, makan ngan ketupat bercampur rendang.. aduh...entahlah nak cakap...

Mak kau suko kan makan popia serunding. Apo lae belilah serunding leh buat popiah untuk kuih rayo. Esok-esok nak puasa menyesal karang..

         *****************************************************************************
Harga yang aku nak jual ni..lebih rendah dari harga market kat luar tu khas untuk kamu orang. Aku dah kauntim dengan pak cik aku kat Kampung Laut, Kelantan (memang terkenal dengan pembuatan serunding). Setahu akulah satu kampung meniaga serunding. InsyaAllah adalah stok untuk aku. Kalau kamu orang nak, orderlah cepat ye..Jangan risau serunding kalau di simpan tempat yang elok boleh tahan 3 bulan kawan..

Harga Serunding

1. Serunding daging

1kg = RM 48.00
1/2kg = RM24.00

2. Serunding ayam

1kg = RM52.00
1/2kg = RM26.00

3. Serunding ikan

1kg = RM48.00
1/2kg = RM24.00



Harga di atas tidak termasuk caj penghantaran dan pos.
Penghantaran percuma pada hari minggu di kawasan seperti : midvalley, bangsar, kerinchi, ampang, cheras, taman maluri, wangsa maju dan area keramat

Tunggu apa lagi, sila email tempahan anda di nor_daleela@yahoo.com
Nama seperti no akaun:
No . telefon :
Tarikh penghantaran :

Pembayaran melalui Maybank2u atau maybank


Lots of luv,
Daleela

Monday, June 21, 2010

My Water Moments

Ahhaaii~~


Aku bukan pengantin baru lagi. Tapi saat berHONEYMOON buat pertama kali di Pulau Langkawi adalah kenangan yang terindah (aduhai terjiwang.. terpaksa ni..jangan gelak). Nama saja pulau mesti terbayang laut dan air. Kalau dah ada laut dan air, takkan nak tengok saja, pasti nak cecah kaki, paling teruk pun berendam sekali ye tak? Kalau pergi dah berdua sahaja, kalau dua-dua berendam dalam air, siapa yang nak tangkap gambar? Burung-burung pun tak boleh tolong nak tangkapkan. Kenapa? Kamera tidak kalis air (aduhh..malu ketinggalan zaman). Tinggal je kat situkan, then enjoy mandi-manda. Kalau hilang siapa nak ganti? Siapa nak bagi FREE? Eh... siapa lagi mestilah NUFFNANG. Thank you in advance  *perasan dah menang =)


Tipukan kata tak berendam. This is my water moments at Langkawi. Ya the only one my dear. Selepas penat berjalan-jalan satu pulau, kami mengambil peluang berdua-duaan je di pool ni. Romantiskan. Mestilah mandi, tapi gilir-gilir jaga camera.. bahaya kalau camera kena air. Kalau jatuh masuk air, lagilah....siapa nak jawab? Heii mestilah SONY boleh jawab dengan camera model baru nye. 

Kenapa? Tidak percaya ke? Ok, bersedia.. buka mata hangpa besaq-besaq ya..Kalau tak nampak jugak, bohong sangat tu. Sebab hangpa(kamu) hendak menidakkan kehebatan SONY TX 5  yang setanding dengan DSLR hangpakan? RM1,499 je. Nak ketawa guling-guling boleh tak? Er.. tak ada icon pulak. LOL. Dah terasa kekecewaannya? Nah aku tambah lagi rasa kekecewaan hangpa..cekedout (check this out)..

1. Water proof (kalis air)
Olympus FE-20 : Agak-agak macam tu jelah gaya ye, sekali tengok macam penguin nak belajar berenang,haiissh tak seksi langsung Daleela oii..


Sony TX 5: Kalau aku ada Sony TX 5 ni, aku boleh bergaya seksi sampai ke dalam 3 meter, sebabnya ia di lengkapi 4x Optical Zoom Cyber Shoot...dicipta segalanya kalis.



2. Dust prove (kalis debu)



Olympus FE-20 = Gambar pantai ni cantik, air nampak biru hijau. Tapi tidak berapa terang dan tajamkan. Waktu ni ada mat salleh dari mana tah,tolong ambil gambar. Kalau nasib tak baik, jatuh jugak camera aku tu sebab ada banyak batu dan pasir yang sangat panas untuk di pijak. Agak-agak kalau jatuh atas pasir yang panas tu boleh tahan ke camera aku tu. Tak ada maknanya, aku kuburkan je camera tu kat situ jugak.

Sony TX 5 = Jangan risau, kalau ada Sonny TX 5 ni, jatuh di kawasan berpasir seperti di padang pasir tempat kelahiran unta pun tak apa-apa. Kalis debu (Dust proof). Gambar aku tetap maintain cantik dan tajam. Jatuh dalam air laut tahap kedinginan macam air-cond sejuk? Tak ada hal kawan. Sony add-on kecanggihannya macam makanan Mekdi (Mc D) di mana model ini kalis suhu (temperature proof) dan kalis kejutan (shock proof) boleh jatuh sampai 1.5 meter beb. Fuhh~~ hebat. Anda geram? 


3. Effortless panoramic photos


Olympus FE-20 = Aku tangkap gambar ni di atas ketinggian yang tinggi, sepatutnya nampak laut dan pulau-pulau yang ada. Tapi terbataskan. Nampak laut di sebelah je..Aissh.

Sony TX 5 = Kalau guna Sony TX 5 yang di lengkapi 'intelligent system', anda boleh menangkap gambar dengan lebih lebar mencakupi ketinggian dari atas ke bawah. Mesti gambar aku nampak lagi luas dan tinggi keseluruhan panorama. Add on lagi, di mana ia mampu memastikan wajah dan objek bergerak dan satukan untuk  menjadikan panorama natural.


4. Perfect twilight shots and low-light environment



Olympus FE-20 = Tengokla hasilnya, malap sebab tidak ada pengcahayaan. Sepatutnya keindahan pantulan cahaya matahari pada air laut nampak jelas. 

Sony TX 5 : Walaupun penata cahayaan kurang, Sony TX 5 mampu manghasilkan keindahan gambar dengan jelas dan tajam. Ini kerana Sony menggunakan kecanggihan 'Exmor R' CMOS yang sangat sensitif terhadap gangguan di mana prosessor camera ini menggunakan superimpose sehingga 6 rangka gambar untuk mendapatkan kejelasannya. Tak ada masalah lagi selepas ini dengan Sony TX 5. Mesti gambar aku dan En. A nampak terang dengan pantulan air laut kejinggaan sewaktu matahari terbenam.


5. Takes 10 picture in 1 second
Olympus FE-20 =  Nak rakam pergerakan terbatas. 1, 2, 3 snap ...tengok dah sampai di tangga, gambar En. A tu macam berenang ke? Tak nampak natural pun.


Sony TX 5 = Macam dslr, boleh tangkap 10 gambar dalam masa 1 saat plus anti kabur (anti-motion blur). Dslr nak kena adjust kan? Sony tak payah nak adjust. Tapi dslr bukan kalis airkan? Kalau macam ni boleh tengok gaya berenang sebanyak 10 keping dalam 1 saat. Wow..


Kalau aku mempunyai Sony TX 5 warna pink itu, mungkin aku boleh menambahkan keromantisan saat berbulan maduku seperti >>>


 
Lawati Sony TX 5 untuk buat perbandingan spek. Anda pasti menyesal kerana telah membeli dslr. hehehe sekarang dapatkan Sony TX 5, buat pilihan anda..






Lots of luv,
Dalee~~


Friday, June 18, 2010

Tutorial for dummy : Edit gambar menggunakan PICASA 3

Ahhaaiii~~

'Dummy' merujuk kepada aku yang tidak berapa mahir menggunakan perisian ADOBE, maka dengan bangganya aku ingin membuat tutorials kepada kawan-kawan yang rasa dia malas dan nak cepat tapi mendapat kepuasan yanng maksimum. Saya mencadangkan kawan-kawan menggunakan perisian PICASA 3 yang boleh di muat turun secara percuma.

Apa yang mahu di kongsikan bersama ialah bagaimana cara gambar yang banyak boleh di satukan dengan cantik dan menarik.

1. Pastikan kawan2 dah install PICASA.

2. Buka software picasa dan pilih gambar atau folder yang anda minat >>
    Kemudian pilih butang collage seperti yang di tunjukkan di bawah ini >>



3. Apabila kawan2 menekan butang collage tersebut, paparan seperti di bawah >>
    5 keping gambar (atau mengikut pilihan hati kawan2) akan di satukan..aceh jiwang



4. Kawan2 mempunyai pilihan sama ada ingin membiarkan background belakang kosong atau memilih gambar pilihan..sekiranya memilih background putih skip No. 4. Setelah kawan2 pilih gambar yang bersesuai, tekan butang set as background.



5. Kemudian ubah Settings frame gambar-gambar yang lain untuk impak yang lebih menarik




6. Untuk efek yang lebih menarik, Basic Fixes membolehkan kawan2 mengedit warna, tone, text dan macam2 lagi seperti di kotak merah tersebut >>



7. Memasukkan text dalam gambar mengikut font type yang di sukai >>



8. Create dan Save seperti biasa >>




SHARING IS CARING


Lots of luv,
Dalee~~


Ketibaan yang tiba-tiba : Kawan-kawan kalau berminat nak makan seperti yang dalam gambar tu, sila klik MY CAFE untuk melihat harga dan email untuk membuat tempahan

Thursday, June 17, 2010

Cikgu dah mula bertanya tentang TAG

Ahhaaaii~~

Dah lama saya tak kena marah dengan cikgu.. Semalam cikgu comment di FB saya..

"Kamu tahu tak kamu di TAG?"

Ayat di atas menggambarkan kesabaran cikgu yang sedikit terganggu kerana telah hampir seminggu aku tidak menjawab tagnya... Cikgu saya malaslah.. hehheheehe. Tag cikgu ada banyak syarat .

Rules: The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 6 people.

Cikgu.. saya masih ingat cikgu sekolah dulu2 saya kata.. kalau nak jawab soalan, jawab soalan yang senang dulu... tapi soalan yang Cikgu Eiza bagi ni semuanya susah..tapi saya dah cuba yang terbaik. Tapi saya berdosa dah ni kerana menggunakan sedikit waktu ***ja saya.. Sorry **SS ..

 I am....Daleela .....(Jangan gelak...asal kau tiru nama aku.. watafakla..)


 I want to go to.... Paris


 and while I’m there, I go to...Eiffel Tower (1 day enuf...)



My Favourite Place.....my bedroom (this is not my bedroom...goshh)



My favourite Things are...digital camera & laptop


My Favourite Food is........western foods (not everyday ohe..)



My colours are.....pink (gediks la... aheks)



I currently live in..... Ampang


But was born in .........Kuala Lumpur



I attended...........Universiti Utara Malaysia (Miss so much =( )



I love watching these shows........Prison Break (sangat bessttt!!)


I love doing this........ sleeping (all the times)




I wish for these everyday........ Twins baby (hehehehe tomei-tomei)




Tags :

1. Baizura Kamal
2. Nurfazidah
3. Kamu yang bernama Dalila, Dalilah, Delaila, Dahlia dan semua yang bermula dengan huruf D




Lots of luv,
Dalee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails